BAB 55

9.8K 512 25
                                    

Sejak dari tadi semua mata pelajar tertumpu melihat Zayne yang berjalan masuk kedalam kolej. Mereka semua terkejut dengan perubahan pensyarah mereka.

Tiba-tiba jadi kacak selepas ambil cuti. Zayne yang terurus, rambut dirapikan. Dan yang paling pelik, muka bekuknya sudah dihiasi dengan senyum manis.

Jadi betullah kata senior sebelum ini yang sir Zayne hot! Khabar angin tu bukanlah tipu semata tapi memang betul.

" So class, anything yang awak nak tanya boleh refer saya dekat office. Assigment awak saya bagi kelonggaran sehingga jumaat ini. " Sunyi. Tapi kesemua mata pelajar memandangnya.

" So..time is out, awak semua boleh balik. " Semua pelajar pun mengemas barang-barang. Zayne melangkah meninggalkan dewan kuliah.

Sebaik sahaja kakinya masuk kedalam pejabat, Mia sedang duduk menghadap kerusinya. Terus hatinya membara.

" Hai Zayne..how your day? Okay tak? " Mia memandang Zayne dengan senyuman menggoda.

" Kau nak apa? " Zayne membelakangkan Mia. Hatinya sakit melihat muka Mia.

" Oh! Tak ada, I saja je singgah sini nak jumpa Uncle..then alang-alang ni I melawat youlah.. "

" Buang masa kau je..sebab aku tak nak jumpa kau pun. " Mia memandang sinis.

" Oh! Macam tu..sokaylah Zayne, I datang ni nak tengok keadaan you..you now better lah.. "

" Kau baliklah Mia..aku menyampah tengok muka kau. " halau Zayne.

" Wow! Kutuk I depan-depan..okay macam nilah Zayne, if you dah tak nak tengok muka I sokay Zayne, but.. I akan pastikan yang you jadi milik I juga! " Mia memandang Zayne.

" Berangan jelah Mia.." Kata Zayne perlahan. Mia tersenyum lalu melangkah keluar.

' Sokay Zayne! I akan pastikan yang you jadi milik I sorang je..kalau I tak dapat you, orang lain pun tak boleh dapat you.. ' desis Mia.

Syaura memandang lembut pada wajah Iqbal. Tak sangka Iqbal sanggup datang ke officenya semata-mata untuk melawat dia hari pertama menjadi pengarah syarikat.

" Susahkan Encik Iqbal je datang sini semata-mata nak melawat saya. " selepas perjumpaan mereka dimajlis persandingan Mira, hubungan mereka menjadi lebih akrab.

" Tak pelah schone frau..saya rindukan awak. " kata Iqbal disambut dengan tawa Syaura.

" Ada-ada jelah encik Iqbal. " sahut Syaura.

" Awak ada apa-apa dengan Zafrul? " Soalan dari Iqbal membuatkan Syaura terdiam.

" Zaf? Kenapa tiba-tiba tanya pasal dia? " Iqbal memandang Syaura dengan serius.

" Awak tahukan Zaf tu siapa? "

" Tahu.. "

" Jadi awak kena berhati-hati dengan dia. "

" Encik Iqbal pun tahu ke? " Syaura mula mengerutkan keningnya.

" Mafia terhandal siapa je yang tak kenal? "

" Saya percaya pada Zaf yang dia tak akan sakitkan saya. " Yakin Syaura. Dia sudah kenal dengan Zafrul. Kalau Zafrul tu memang nal cederakan dia, dah lama Zafrul akan buat.

" Syaura, kita tak boleh letakkan kepercayaan tinggi pada orang. Kita belum 24 hours dengan dia. Zafrul tu bukan sekadar mafia, dia pun pembunuh Syaura. " Syaura terdiam.

" Saya taklah rapat mana dengan dia, sebagai abang dan adik. " Terang Syaura. Cuba menyedapkan hatinya.

" Zayne siapa pada awak? " Mata Iqbal cuba mencari jawapan dalam anak maga Syaura. Tapi Syaura segera mengalihkan pandangan kearah lain.

" Kawan." jawab Syaura pendek. Dia cuba menyembunyikan sesuatu dari Iqbal.

" Sokay Syaura kalau awak masih segan dengan saya untuk share life awak. " Iqbal menayang senyum.

" Terima kasih sebab faham. " Mereka berdua berbual sambil menikmati hidangan yang mereka pesan.

Dari jauh sepasang mata memandang mereka. Zafrul menumbuk stereng! Nampaknya Iqbal mula rapat dengan Syaura. Ini akan membuatkan kerjanya menjadi sukar.

Lepas asar baru Zayne sampai kerumah. Rumahnya yang kini sudah pun dikemaskan. Hubungan dia dengan Datin Syafinas makin membaik. Jadi dia mengupah orang gaji dari rumah Dato Megat untuk membersihkan rumah itu.

" Ha abang! Baru nak balik? Pergi mana tadi? " Dengan gaya ala-ala mak Fifi mendekati Zayne.

" Tak yah sebok! " Zayne meninggalkan Fifi dibelakang dan segera melangkah masuk.

" Ish! Abang yang suruh datang sini, lepas tu nak kata kita sibuk pulak. " Fifi merempuh bahu Zayne kasar.

" Lah merajuk pulak! Tarik kang tudung tu. "

Zayne membersihkan diri dan menunaikan kewajipan. Selepas sahaja selesai menunaikan kewajipan, dia memandang sekitar bilik.

Dia rindu dengan Syaura, dia rindu segala-galanya. Bila teringatkan kejadian semasa malam majlis persandingan Mira membuatkan Zayne bertambah kecewa. Syaura yang rapat dengan Iqbal merasakan yang dia seperti tiada harapan untuk merebut cinta dari Syaura.

" Abang..Fifi dah siap kem.. Abang? " Fifi terkejut melihat Zayne yang menyeka airmata. Fifi berlutut dihadapan Zayne. Terkejut dia tengok Zayne menangis.

" Abang okay? " Bahu Zayne disentuh lembut.

" Abang menyesal Fi..menyesal sangat..abang dah buat silap paling terbesar dalam hidup abang.. Abang dah sakitkan hati orang lain Fi.. " Fifi terdiam. Siapa je tidak tahu dengan nasib Zayne. Buat keputusan yang akhirnya memakan diri sendiri.

" Abang..wake up abang! Now Kak Ura dah ada dekat sini..what should you do abang? Abang kena usaha untuk dapatkan peluang tu.. "

" Macam mana Fi kalau dia dah ada orang lain? Dia dah tak perlukan abang Fi..kalau betul dia perlukan, dah lama dia terima abang.. " luah Zayne.

" Abang! Ingat mudah ke nak terima orang yang pernah buat kita terluka?! Abang ni mudah give up! Dengan student bukan main lagi jangan give up apa semua. Ni sebab bercinta je abang nak give up? You know what abang? Fifi dapat rasakan yang kak Ura tu sayangkan abang lagi, cuma luka dia masih berbekas sakit. Buatlah apa-apa pun yang boleh buat dia accept abang. " Zayne terdiam. Adik dia tengah kutuk ke atau bagi nasihat?

" Abang tu dah besar, dah tua dah pun.. cubalah fikir pakai otak sikit, tak kan nak buat keputusan yang finally makan diri sendiri? "

" Dahlah abang, menangis macam ni pun abang tak kan dapat kak Ura tu, pergilah buat dia jatuh cinta. Abang kena betul-betul give up bila dia dah jadi isteri orang. Selagi kita diberi peluang selagi tulah kita usaha. Peluang bukan datang berkali-kali abang, if you want deserve someone better you should be a better for she abang. Bukannya abang melalak macam ni. " Terang Fifi.

Cara dia memang sedikit kasar, sebab bagi Fifi dengan cara macam ni abangnya terbuka sikit minda. Nama je pensyarah. Kadang-kadang Zayne macam tak layak untuk tittle pensyarah kerana sifatnya. Tapi siapalah kita untuk menetapkan takdir seseorang? Setiap kelebihan pasti ada kekurangan.

" Dahlah abang, jangan sedih-sedih. Fifi nak balik ni, nak bawa balik maid sekali. Rumah abang dah kemas. Jangan buat bersepah lagi. " Fifi menepuk bahu Zayne lembut sebelum keluar.

" Fifi.. Thank you. " Fifi tersenyum dan melangkah pergi.

Zayne mula merangka strategi untuk mendapatkan cinta Syaura semula. Tak kisahlah sekiranya dia ditolak mahupun dihina,dicaci. Itu adalah selayak-layaknya untuk orang seperti dirinya.

Boleh je adik dia acting mcm tu, kena dekat adik aku..aku nagis lagi dia gelakkan

Vote and comment para readers!!


SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now