BAB 3

15.6K 771 5
                                    

Telefon pintar milik Syaura berdering. Syaura terpisat-pisat memandang syiling biliknya, Telefonnya masih lagi berdering, notification penggera menandakan sudah masuk waktu subuh. Baru sahaja dia ingin melelapkan mata, pintu biliknya diketuk. Syaura mendengus perlahan. Suara neneknya yang memanggilnya dibiarkan sahaja. Malas dia ingin menyahut !

Akibat terlalu lama sangat neneknya yang mengetuk pintu terpaksa Syaura melangkah ke pintu. Puan Sri Yasmin menggelengkan kepalanya saat melihat Syaura yang memandangnya dengan pandangan layu. Mengantuk betul !

" Bangun..kan nenek kata jangan jadi syaiton kat rumah nenek.." Puan Sri Yasmin berlalu pergi. Syaura mengeluh perlahan. Ya. Dirumah Puan Sri Yasmin, solatnya akan terjaga. Penuh lima waktu, jangan harap nak ponteng solat sesuka hati. Nak tengok Puan Sri Yasmin mengamuk ?

Selesai menyarungkan telekung, Syaura melangkah menuju ke surau mini yang terletak ditingkat bawah. Seperti biasa, setiap langkah kakinya masuk ke surau, telinganya menangkap alunan zikir dari Puan Sri Yasmin dan Mak Kiah. Berbeza dengan hari ini, tetamu yang sehingga ke hari ini tidak lagi dia menegur atau beramah mesra mengambil tempat dibahagian depan.

Telah masuk waktu azan subuh, Zayne melaungkan azan. Sangat merdu. Syaura memandang sekilas Zayne yang lengkap berbaju melayu serta berkain pelekat yang berwarna biru tua. Dalam diam Syaura mengukir senyum. Sangat sinis ! Sir Zayne ? Menyampah dia dengan lecturer dihadapannya kini. Setelah selesai melaungkan azan, mereka bersiap sedia berdiri untuk menunaikan kewajipan.

" Ura nak pergi mana ? " soal Puan Sri Yasmin. Setelah namanya dipetik, dua pasangan mata memandangnya dengan pandangan lembut.

" Bilik, mengantuklah nenek.." ujar Syaura perlahan. Sumpah sekarang ni matanya terasa berat sangat. Dia menonong pergi meninggalkan neneknya dan Mak Kiah. Zayne hanya memerhati sahaja langkah Syaura yang hilang dari pandangan.

" Maaflah Zayne, semalam si Ura dia balik lambat. Tu dia mengantuk tu.." Zayne hanya tersenyum sahaja melihat Mak Kiah yang menggelengkan kepala.

" Tak apalah kita terudkan dengan tazkirah pagi ni..pagi ni Zayne nak tazkirah malam jumaat.." Zayne yang tekun memberikan tazkirah kepada dua wanita yang paling bermakna dalam hidupnya. Dia juga cuba melatih diri untuk menjadi ketua yang baik pada masa akan datang.

Syaura yang mengenakan dress labuh yang berwarna peach dan purple itu dipadankan dengan shawl warna peach. Lilitan shawl yang untuk terakhir itu dipinkan dengan kemas. Setelah menilik dress yang dikenakan akhirnya Syaura menyemburkan perfume Victoria secretnya. Jam segera dicapai dan dipakai dipergelangan tangan kirinya.

Kaki melangkah keluar menuju ke tingkat bawah. Dia memerhatikan segenap ruang tamu. Puan Sri Yasmin tiada ! Langkahnya menuju ke dapur. Mak Kiah pun tiada ? Mana semua orang dalam rumah ni ? Dah pupus ke ?

" Ehem..cari siapa ? " suara garau itu membuatkan Syaura meremang. Terkejut dia !

" Waalaikummusalam..cari nenek dengan mak kiah. " Zayne tersengih bila Syaura menjawab salamnya.

" Oh..mereka dah keluar, pagi tadi.." Syaura mengganguk perlahan. Baru sahaja dia ingin melangkah, Zayne bersuara lagi.

" Nak pergi mana ? Tak reti duduk rumah siapkan assignment ke ? " apahal mamat ni. Syaura menjulingkan matanya keatas. Zayne yang meneguk air oren itu memerhatikan Syaura yang mula memandangnya tajam.

" Yang sir sibuk kenapa ? " Zayne tersenyum manis melihat cemberut diwajah Syaura.

" Sir ? Kita bukan kat dewan kuliah or kat Uni.." perlahan Zayne melangkah ke arah Syaura. Mengikuti langkah Syaura yang menuju ke pintu keluar.

" So, kalau bukan kat dewan kuliah or kat Uni, tak payah nak buat-buat tanya pasal assignment saya sir ! And saya keluar ni pun sebab nak jumpa groupmate saya. Ada apa-apa masalah ke ? " riak wajah Zayne yang masih lagi tersenyum itu dipandang. Ada lesung pipit ! Dia ni tak reti nak sakit hati ke ?

" Oh..kalau macam tu, bagitahulah groupmate awak tu sir Zayne yang lagikan kacak bergaya ini kirim salam ye..." Zayne yang melangkah pergi meninggalkan Syaura yang menayangkan muka yang selamba. Memelah..Memang aku mati hidup semula pun aku tak akan bagitahu member kelas aku yang Sir Zayne kesayangan korang tu uncle aku ! Huh !

Zayne masih lagi tersenyum mengingati sikapnya yang mengusik Syaura siang tadi. Boleh tahan juga mulut anak buahnya.

Dengan jelingan Syaura yang cantik, mata yang bundar itu memiliki alis yang lebat. Pipi yang tembam itu membuatkan lagi Zayne tersenyum lagi. Mak Kiah yang dari tadi melihat Zayne tersenyum itu menepuk tangan dihadapan muka Zayne. Lenyap muka Syaura dari pendangan Zayne. Yang ada hanya muka Mak Kiah.

" Yang kamu ni dari tadi mak Kiah tengok tersengih-sengih ni kenapa ? Kamu teringat awek kamu ke Zayne ? " Zayne tergelak halus.

" Mana ada aweknya mak Kiah, Zayne cuma teringat dekat sorang student ni.."

" Student ? Siapa nama dia ? " Mak Kiah mengambil tempat dihadapan Zayne.

" Adell.."

" Adell ? Sedapnya nama dia Zayne. Mesti cantik budaknya ye ? "

" Mestilah..dia bijak tau Mak Kiah, bijak melawan..hahaha. " Terhambur ketawa mereka. Hai Zayne ! Dah jatuh cinta ke ?

Syaura melangkah yakin mendekati meja groupmatenya. Siapa yang tidak kenal dengan Syaura ini. Pelajar yang selalu bikin masalah. Gayanya seperti wanita melayu terakhir. Tapi sayang, wajahnya tak mengambarkan dia wanita melayu terakhir.

" Lambatnya kau Ura..aku rindu tahu ! " Mira memuncungkan mulutnya. Nasib baiklah kawan, kalau tidak, dah lempang mulutnya dengan heels yang dipakainya.

" Alah kau ni Mira, macam tak biasa pula..aku tahu kau rindu aku.." Mira mula mempamerkan riak suka. Bukan senang Syaura nak bersawit dengannya. Mereka mula berbincang untuk mengadakan apa hujung sem ini. Walaupun masuk sem baru tapi ini sebagai langkah awal bagi mereka yang sudah hampir ke sem akhir. Tahun ini adalah tahun bermakna bagi kelas mereka untuk mengadakan dinner. Mira yang sememangnya adalah ketua program tak bertauliah itu memberikan idea yang bernas.

Senang kata, mereka hanya mengadakan dinner untuk pelajar semester akhir yang akan diikuti oleh pensyarah difalkuti mereka. Setelah memastikan tarikh, mereka mula mengagihkan tugasan. Bagi orang lain, mereka terlalu awal sangat untuk berbincang, tapi bagi mereka tidak ! Kalau ditangguhkan, bila lagi ? Sebab mereka juga ada komitmen lain yang perlu diselesaikan. Dengan mencari intership nanti, tak kira dengan assignment yang mula masuk. Dengan presentation lagi. Sebelum mereka mempunyai komitmen lain, baik mereka berbincang awal. Tiada menggangu waktu belajar. Kertas juga akan disiapkan dalam minggu ini.

Setelah selesai, groupmate lain pun mula mengangkat punggung untuk pulang. Berbeza dengan Mira dan Syaura yang masih melepak lagi dicafe ZD. Hot chocolate dihirup perlahan. Dia memang suka dengan café ini.

" Weh ! Kau nak pergi mana lepas ni ? " soal Mira. Melihat Syaura yang tengah memikirkan sesuatu itu, membuatkan Mira teruja.

" Aku rasa nak pergi baliklah" Mira terkedu !

" Balik ? Seriuslah balik ? " pelik Mira apabila, Syaura yang ingin pulang kerumah.

" Melawak je ! " Syaura menjeling manja. Tahu terkejut !

" Jom kita makan kat LAvender High.."

" Uish ! Dekat dengan club tu ? " Soal Mira teruja. Makanan kat situ semuanya sedap-sedap. Mereka pun melangkah menuju ke restoran itu. Memang bukan Syaura kalau tidak balik sampai lewat pagi. Paling kurang pun dia akan melepak di LAvender High dan menonton wayang sampai lewat pagi. Dia rasa seronok dengan kehidupannya sekarang. Ada kawan yang memahami, yang masih sudi menemaninya.

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now