BAB 34

10.3K 539 45
                                    

Syaura melangkah masuk kedalam rumah. Segala penat lelahnya berfikir selama seminggu sudah pun berakhir. Kertas terakhir dijawab pagi tadi sudah pun selesai.

3 hari sahaja lagi dimana neneknya sudah memaklumkan padanya yang neneknya akan menunaikan haji dan umrah. Puan Sri Yasmin akan pergi bersama-sama dengan kawan-kawan Puan Sri Yasmin.

Baru sahaja kakinya ingin melangkah ketangga pertama, loceng rumahnya berbunyi.

" Siapalah yang datang ni?" Syaura membuka pintu tanpa meninjau terlebih dahulu.

Mia yang terpacak dihadapan pintu rumah itu terkejut melihat Syaura didalam rumah itu. Nadine juga terkejut. Lidah Syaura kelu. Mohon abang turun cepat!

" Adell?! " suara Nadine dengar tak dengar sahaja. Mia sudah mula memandang tajam.

Situasi yang sebegini mengingatkan Syaura kejadian yang dia dan Zayne ditangkap khalwat.

" What are you doing here?!! " pekik Mia. Dia menolak Syaura. Nadine hanya mendiamkan diri. Dia masih lagi terkejut.

" Eh apahal kau ni?! " Syaura tak nak kalah. Disebabkan hari ini dia mengenakan baju kurung, dia susah untuk bergerak.

Mudah sahaja Mia menarik tudung Syaura. Zayne segera melangkah kebawah apabila mendengar bunyi riuh dibawah. Melihatkan Mia yang sedang bergusti dengan Syaura segera dia menarik Syaura.

Lagi sakit hati Mia apabila melihat Zayne memelul Syaura. Naik gila dia!

" Nadine!! Pegang Mia! " jerkah Zayne.

" You tipu I!! You kata you nak kahwin dengan I!! You dah kahwin rupanya!! " terpekik-pekik Mia menjerkah Zayne.

Nadine menarik tangan Mia. Dia cuba untuk menenangkan Mia tapi yang dia dapat hanya penampar. Mia menggila.

Dia dan Mia mahu berjumpa dengan Zayne dan memastikan sama ada betul ataupun tidak dengan sangkaan Mia yang Zayne sudah pun berkahwin. Apabila tiba disini, mereka disambut dengan Syaura.

Ingatkan Syaura dan Zayne hanya rapat sebagai pensyarah dan pelajar, tapi tak sangka Syaura layan Zayne lebih dari pensyarah.

" Kau perempuan! Berani kau rampas Zayne dari aku? Kau goda Zayne sebab nak harta Zaynekan?! Lepas tu kau paksa Zayne kahwin dengan kau kan?! Miskin ke apa kau ni?!! " Mia cuba mencapai Syaura dibelakang Zayne.

Syaura memandang tajam. Mia menghina dirinya! Goda ?!

" Kau jangan nak samakan aku dengan kau! " Syaura menuding jari. Sikit pun dia tak takut dengan Mia.

" Kau ni!! " Zayne menahan Mia dari menyerang isterinya.

" Enough Mia! Dia isteri I!! " Nadine serta merta memandang Syaura.

" Hampir 3 month kitaorang jadi suami isteri. Jangan sesukahati you nak tuduh isteri I macam ni!! " bentak Zayne. Suaranya sudah mula meninggi.

Syaura mengeluh. Dia sudahlah tidak sihat, ditambahkan dengan sandiwara ini.

" Zayne. Tahniah. " Nadine tersenyum memandang mereka berdua. Syaura memandang Nadine.

" Betullah, cinta tak semestinya dimiliki. " apa yang harus dia buat? Sedangkan Syaura sudah menjadi milik Zayne.

Walaupun dia berusaha untuk mendapatkan Syaura tapi Zayne lebih berhak.

Syaura hanya memandang Nadine dengan pandangan kosong. Mungkin dia berdendam dengan Nadine tapi dalam masa yang sama dia rasa bersalah dengan Nadine.

Mungkin ini adalah balasan untuk Nadine yang telah melukakan hati orang. Nak juga mulutnya memaki hamun, gelakkan Nadine tapi dia masih memikir perasaan orang.

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now