BAB 15

11.7K 611 12
                                    

Saat kakinya melangkah masuk kedalam hall, mata semua tertumpu kepadanya. Ya! Kejadian semalam masih lagi menjadi perbualan pelajar dan pensyarah.

Namanya juga yang naik. Syaura menayang muka selamba dan tidak mengambil tahu manusia yang berbisik-bisik memandangnya.

" Eh ! Engkorang ni tak ada keje?! Apahal nak tengok-tengok?! Jaga kain sendiri.. " jerkah Syamira. Sakit hati dia melihat perempuan-perempuan yang mengumpat mereka.

Macamlah dia tak tahu! Akhir zaman ni, perempuan memang nak jatuhkan sesama jantina. Apo?! Tak matang langsung!

Syaura melempar pandangan sinis apabila para pensyarah masuk kedalam hall.

Perjumpaan pelajar dan lecturer diumumkan secara tiba-tiba. Syaura tahu ini berkenaan dengan kejadian semalam.

Hanya pelajar semester akhir sahaja yang dipanggil.

Kelihatan lima orang pensyarah yang bertugas untuk mengendali perjumpaan ini.

Kelas terpaksa dicancel kerana perjumpaan mengejut ini.

Sir Zayne memandang Syaura. Pipi Syaura ditampal dengan plaster.

Gulp! Nampak mata Syaura menjeling dia tajam.

" Assalamualaikum boys and girls.." Sir Mail memberikan senyuman manis. Suaranya lembut. Sir Mail adalah ketua pensyarah bagi semester akhir. Nasib Sir Mail ni baik.

Para pelajar semua menjawab dan memberikan tumpuan.

" Memandangkan semalam terjadi perkara yang sangat...umphhh..." Sir Mail menggantungkan ayatnya dan cuba mencari ayat yang lembut.

*Author nak korang bayangkan yang Sir Mail ni dia macam ejen karya yang dalam cite Ejen Ali tu..*

" Perkara yang tidak dijangka..jadi, ketua pengarah meminta pensyarah-pensyarah lain untuk mengadakan aktiviti like.."

" yang membantu awak semua lebih bermotivasi.."

Para pelajar mula mengeluh! Aktiviti apa ni? Alahai..

" Jangan risau, aktiviti tu kita buat outdoor.." Sir Mail mendengar keluhan dari para pelajar.

Semua pelajar menjerit gembira. Paling seronok! Classmate Syaura semuanya menepuk tangan. Seronok!

" Saya harap selepas ini semua berbincang dengan lecturer untuk menetapkan tarikh dan tempat.." Sir Mail tersenyum sebaik sahaja memandang Sir Zayne.

Telah ditetapkan bahawa semester akhir mempunyai dua kelas. Kelas pertama dan kelas kedua.

Sir Zayne yang mewakili kelas pertama dan Miss Zana meawakili kelas kedua. Tetapan bagi bahagian kedua kelas telah diagihkan mengikut pencapaian setiap semester.

Dua lagi pensyarah adalah pembantu bagi setiap mentor. Mentor ini dikira sebagai pensyarah untuk kelas.

Kelas kedua telah berpindah ke hall yang lagi satu dan kelas pertama masih tetap dihall tadi.

Sir Zayne menayang senyum apabila melihat semua pelajarnya berborak sakan mengenai program motivasi.

" Saya pun agak terkejut dengan pengumuman dari Sir Mail tadi.." Zayne melangkah mendekati para pelajarnya.

" Jadi memandangkan kita semua akan mengikuti program tu..ada apa-apa nak tanya? " matanya tertumpu pada pelajarnya. Tapi lebih tertumpu pada Syaura yang menongkat dagu.

" Sir saya! " Sara menganggkat tangan terlebih dahulu.

" Silakan Sara.."

" Why kena ada program ni sir? Senior kitaorang dulu, tak ada program outdoor dan program motivasi macam kitaorang.." terang Sara.

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now