BAB 9

11.4K 656 17
                                    

Air yang diminum, masuk ke rongga tekaknya, sangat mendamaikan.

" Asal aku macam rasa nak demam eh?! " potong stim betullah Mira ni.

" Kau nak demam?! Jom pegi klinik.. " ajak Syaura. Minah ni susah sikit nak pergi klinik sebab malas nak daftar. Pelik!

" Eh bukan demam sebab tu, tapi nak demam sebab aku dah jatuh cintan dengan Tuan Nadine! " Mira meletakkan tangannya didahi. Acah sakit.

" Eiii kau ni...aku lempang kangg." Time ni pulak nak memain. ZD cafe agak lenggang sedikit. Sesuai untuk mereka berehat dari ceramah motivasi.

" Betullah weh! Dia handsome sangat, mata cantik, kening lebat, bulu mata macam perempuan..rambut dia..fuh! Handsome doh! " Syaura menjulingkan mata keatas.

' Kalau kau tahulah Nadine tu perangai macam apa, baru kau tahu muka dengan perangai sesuai ke tidak. ' desis hati Syaura.

" Weh Syaura, aku peratikan dah lama tau.." Tiba-tiba sahaja Mira, teringat tentang apa yang selama ini dia perhatikan.

" Apa dia ? "

" Aku rasa Sir Zayne tu suka kat kaulah.." Huhuk ! Syaura tersedak ! Mira berlari menepuk belakang Syaura.

" Apasal kau ni ?! Tak sayang nyawa ke ?! " Mira menggosok belakang Syaura. Syaura menjeling tajam.

" Yang kau cakap macam tu dah kenapa ?! Mahu tak terkejut aku ?! Nasib baik aku tak mati, kalau tak..aku jadi hantu aku kacau kau.."

" Hahahaha ! Eloklah tu, boleh aku mintak kau macam-macam. Buat kerusi terbang ke..orang ingatkan aku ada kuasa, padahal tu kau.." usik Mira.

" Kepala hotak kaulah ! "

" Ye Ura..aku nampak Sir Zayne tu layan kau baik tau ! Tengok je pagi tadi, dia tanya kau datang ke tak..belikan kau kasut..ha apa tu kalau bukan suka ?! " bersungguh-sungguh Mira memberitahu.

" Kau tu je yang rasa macam tu, aku tengok dia macam biasa je.." bidas Syaura. Dia tidak mahu Mira tahu tentang dia dan Sir Zayne.

" Kau nak pertikaikan ?! Aku tak pelik kalau Sir Zayne tu jodoh kau.." Syaura mengeluh.

" Hujung minggu ni kau datang tak ? "

" Hey..mestilah datang, Puan Sri kot yang ajak..mestilah aku nak join.." Excited pula minah ni dengan jemputan dari Puan Sri Yasmin. Kenduri kesyukuran dan majlis biasa sahaja.

Ting !

Iphonenya menandakan satu notification.

-esok saya nak awak belanja saya makan..-

Syaura mengerut kening. Siapa ni ?

-siapa eh ? -

typing..

-bakal tunang sendiri pun tak tahu ker ? hahahaha..-

Bulat mata Syaura ! Sir Zayne !

- ouh..- Syaura.

- ouh je ? Macam mana ? Awak okay tak nak belanja saya ? - Sir Zayne.

- okay, esok lepas kelas..- Syaura.

Dia memandang kosong screen handphonenya. Tunang ? Betul ke apa yang dia buat ni ? Hatinya mula berbelah bahagia dengan keputusan sendiri.

Dia tidak boleh pentingkan diri sendiri. Kena fikir perasaan Puan Sri Yasmin. Dalam diam dia mengeluh. Dia pun tidak tahu sama ada dia bersedia ataupun tak jadi tunangan orang.

***********

Zayne tersenyum sebaik sahaja meletakkan telefonnya disebelah. Dia tidak tahu kenapa dengan Syaura dia rasa tenang walaupun Syaura jual mahal. Pertemuannya pada hari pertama dia mengenali Syaura sebagai Adell.

" Eh awak nagis ke ? " Zayne memandang budak perempuan dihadapannya. Dengan kulit putih kemerahan, rambut yang disanggul. Zayne mengelap airmatanya yang tersisa.

" Awak janganlah sedih..nenek selalu cakap, setiap apa yang Allah Tarik mesti ada hikmah. Nenek kata, kalau kita redha dengan apa yang terjadi, akan ada kebahagiaan untuk kita.."

" Kau ni siapa ?! " Zayne merenung budak yang mengambil tempat disebelahnya.Cakap bukan main lagi.

" Adell.."

Tak sangka ! Adell muncul sebagai Syaura. Dia yakin Syaura dah melupakan tentang kisah itu. Waktu dia berumur dalam belasan tahun, dia nagis sebab rindukan arwah ibunya.

Muncul Adell buatkan dia terkedu. Nampak dia sangat lemah. Tidak salah lagi, Adelia Syaura adalah cucu kepada Puan Sri Yasmin, ibu angkatnya, kawan arwah ibu.

Siapa tahu Adelia Syaura lagi sadis ceritanya. Kehilangan ibu dan ayah dalam masa yang sama. Mujur Puan Sri Yasmin seorang nenek yang sangat baik.

Kehidupannya berjalan seperti biasa. Tetapi apabila papanya mula menyatakan hasrat untuk berkahwin, membuatkan dia memberontak lalu meminta untuk kesekolah asrama penuh.

Apabila tiba musim cuti sekolah, dia bekerja sebagai despach. Itu pun tanpa pengetahuan papanya.

Dari situlah dia bertemu dengan Puan Sri Yasmin, sehingga ke hari ini, wanita itu sangat prihatin dan mengambil berat tentang dirinya.

Kasih yang ditabur oleh Puan Sri Yasmin sangat ikhlas. Dia dapat rasakan keikhlasan Puan Sri Yasmin.

***********

Setelah tamat waktu pengajian, Syaura melangkah menuju parking kereta. Hari ini Syamira pulang kerumah ibu bapanya memandang hari ini adalah hari jumaat.

Baru sahaja dia ingin membuka pintu kereta, seseorang menutup semula pintu keretanya.

" Eh apa ni ?! " Syaura mencari wajah disebalik spec mata hitam.

" Adell..saya ada benda nak cakap. " Nadine cuba mencapai tangan Syaura, tapi ditepis Syaura.

" Apa yang kau nak lagi ni Nadine?! " sungguh hatinya sakit apabila melihat Nadine. Apa yang dia buat kat sini?

Mujur kawasan parking itu tiada orang. Syaura menjeling tajam.

" Saya ada benda nak bagitahu awak Adell..please dengar saya nak cakap.. " sehari suntuk dia menunggu Syaura.

Semalam dia terkejut berjumpa dengan Syaura. Sehingga ke hari ini dia mencari peluang untuk berjumpa dengan Syaura.

" 5 minit... " Nadine memandang Syaura.

" Saya minta maaf sebab tinggalkan awak dulu..time tu kita masih mentah.. Saya pun masih mentah.. Saya cuba cari aw.. "

" Apa yang awak nak cakap sebenarnya ni?! " potong Syaura keras.

" Saya nak awak semula Adell.. " Nadine menundukkan wajahnya. Syaura memeluk tubuh.

" Hey! Awak ingat dengan apa yang awak dah buat, saya dengan rela hati nak kembali dekat awak?! Manusia bodoh je nak balik dengan lelaki yang dah lukakan hati dia. " Nadine mengeluh.

Syaura menolak tubuh Nadine yang menghalangnya. Segera dirinya membolos kedalam keretanya.

Nadine hanya memandang sayu kearah kereta Syaura yang bergerak laju.

" Adell..kalaulah masa tu boleh diputarkan, aku tak akan sakitkan hati kau." ujar Nadine lemah.

Zayne hanya memerhatikan dari jauh. Pelik dia apabila melihat Nadine dengan Syaura.

Nampak muka Syaura merah dan menahan geram. Tapi dia memilih untuk melihat dari jauh.

~ hai kesayangan Qay..so this chapter for today..~

~ x lama je lagi untuk korang, Qay akan buatkan korang tersenyum ! ~

~ vote tau ! Comment " nak " for the next chapter !! ~

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now