BAB 48

9.6K 488 13
                                    

Zayne memandang sayu pada halaman Zafrul. Dia pergi kerja dan balik kerja sahaja. Lagaknya seperti zombie. Dia tidak lagi marah pelajarnya, tapi dia tahu..ramai pelajar yang bosan dengan kelasnya. Dia tidak ceria seperti dulu.

Kawan-kawannya juga sudah lama tidak mendengar khabar. Nadine? Kadang-kadang terserempak dikolej, tapi dia lebih menjauhkan diri dari Nadine.

Sudah acap kali, Zafrul menegurnya untuk kembali pada yang dulu tapi dia tak berdaya! Dia terlalu asyik mengingatkan Syaura. Dia tak perduli dengan keadaan dirinya.

Dia sedang menahan sakit. Dia rindu Syaura. Patutlah selama 2 tahun dia hidup dengan rasa yang bersalah sedangkan Syaura yang curang.

Rupanya Syaura tak salah. Dia yang buat keputusan terburu-buru tanpa mencari bukti. Zayne mengeluh.

Cafe ZD sudah lama dia tidak menguruskan. Semuanya Zafrul yang uruskan. Walaupun abangnya membesar dengan evironment yang kurang kasih sayang tapi Zafrul tetap melangkah maju kehadapan.

Zayne yang membesar dengan ibu, sekali dia rasa kehilangan, dialah manusia yang paling lemah. Hari-harinya dikelilingi dengan rasa suram.

" Ura..abang tahu, abang salah..abang nak jumpa Ura sangat. Abang takut abang tak sempat minta maaf dengan sayang.." rintih Zayne perlahan.



Aulia mendekati daddynya. Dia memeluk Zafrul dan tersenyum.

" Ada apa ni? Mesti nak sesuatukan? " Zafrul sudah masak dengan cara Aulia.

" Lia nak aiskrim. " Kan dah cakap.

" No! "

" Alah daddy!! Dah lama Lia tak makan aiskrim! " bentak Aulia manja.

Zafrul masih busy menyelak kertas walaupun jam sudah menginjak keangka lapan malam. Melihatkan Zafrul yang masih mendiamkan diri, membuatkan Aulia lagi merengek.

" Alaaa pleaselah daddy!! Lia nak aiskrim.."

" Lia..selain ice cream tak boleh ke? " pancing Zafrul.

" Tak nak! Lia nak ice cream je daddy. " Zafrul mengeluh. Dia bukannya apa, bila Aulia makan aiskrim tak ingat dunia! Lepas tu demam.

Tengok wajah anaknya yang mula sedih dia segera menarik Aulia. Dia memeluk Aulia erat.

" Yelah.. Nanti kita beli okay. " seganas-ganasnya pun, dia akan tumbang bila melibatkan Aulia. Kasih sayangnya begitu dalam pada satu-satunya anak dia.

" Yeay!!! Thanks daddy! Nanti Lia belanja daddy. " bukan main seronok bila daddy dia bagi lampu hijau.



Syaura mengemas apa yang patut. Dia tidak mahu tangguhkan kerja. Memandangkan minggu ini minggu terakhirnya diFerhand Company, dia curi-curi masa untuk mengemas mana yang patut.

Pada awal pemberitahuan dia, Marialah orang pertama yang menangis. Lepas tu kecoh satu office yang dia akan berhenti kerja.

Pilihan yang dia buat sudahpun difikir masak-masak. Sudah tiba masanya untuk dia kembali ke Malaysia untuk uruskan hal disana. Selama ini dia minta Liyana yang uruskan syarikat Puan Sri Yasmin.

Memang terbukti Liyana seorang yang jujur dan baik. Kini syarikat Puan Sri Yasmin masih lagi berjalan lancar. Memang patut arwah neneknya selalu memuji Liyana.

Dia tersenyum sebaik sahaja Iqbal mendekatinya. Walaupun Iqbal ini adalah boss mereka tapi dia selalu melawat pekerja. Tidaklah dia terperuk dalam pejabatnya.

" Banyak lagi kebarang awak? "soal Iqbal.

" Eh tak banyak dah..tinggal yang ni je. " Syaura ingin mengangkat kotak itu tapi Iqbal terlebih dulu mencapai.

" Eh! Encik Iqbal! Biarlah saya yang buat..kang orang lain tengok, apalah yang diorang fikir. " Iqbal ketawa.

" Biarlah diorang nak fikir apa pun..lagipun dekat sini diaorang tak akan fikir pelik punya. Melainkan kita berpeluk bercium baru diorang fikir yang kita ni couple. " terang Iqbal.

Syaura tersengih! Erk? Couple? Memanglah mustahil dalam hidupnya bercinta dengan lelaki sebaik Iqbal Ayden ni.


Mia dan kawan-kawannya keluar masuk kelab malam. Hari ini mereka dijemput hadir kemajlis party birthday. Gelas minum keras disisip perlahan.

" Hey Mia! Bila you nak kahwin dengan Zayne? " tanya Fara. Lima pasang mata memandang Mia. Suasana yang bingit sedikit pun tidak menganggu mereka. Malah buatkan mereka lebih asyik.

" Oh! I dengan Zayne tengah pilih tarikh.. " tipu Mia.

" Hebatlah you Mia dapat tundukkan lelaki baran macam Zayne tu..kalau I dah lama I tinggalkan dia. " sambung Maya.

" Well.. I kan memang dari dulu sayangkan dia. " jawab Mia.

" Tapi jahat betul bekas wife dia..pergi curang..apalah.. " mereka muka mengkritik Syaura. Macam-macam tohmahan yang mereka hebohkan.

Mia pula hanya mendiamkan diri. Dia masih lagi cari jalan supaya Zayne dan dia berkahwin. Tapi Zayne dah benci dia! Apa yang patut lakukan?

Dendam pada Syaura makin lama makin tinggi. Perempuan tu patut mati je! Mia tersenyum sinis apabila otaknya mula berkerja.

Holla guys!! So this chapter Qay buat sikit je sbb saja. Hehehheehe..teruskan vote dan comment okay!

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Kde žijí příběhy. Začni objevovat