BAB 50

11.1K 546 41
                                    

Zayne tergamam. Begitu juga dengan Syaura. Mereka berdua saling berpandangan. Aulia memeluk kaki Zayne apabila melihat uncle dan kakak aiskrim tu terdiam.

Setitik demi setitik airmata Zayne terjatuh. Rindunya dia pada Syaura hanya Allah yang tahu. Ingin sahaja dia memeluk tubuh itu. Ingin sahaja dia mengucup dahi Syaura.

Syaura perasan dengan airmata yang keluar dari mata Zayne. Hatinya berdebar. Perasaan rindu itu terlalu dalam baginya. Tapi rasa sakit itu masih berbekas.

" Zayne? " Zafrul yang muncul entah dari mana, tiba-tiba sahaja berdiri disebelah Zayne.

Syaura tersentak! Matanya berlaga dengan Zafrul. Dia nak bercakap tapi suaranya tak terkeluar. Secepat ini dia bertembung dengan Zayne. Tidak sampai 24 jam dia berada diMalaysia.

" Daddy.. Uncle dengan kakak ni dari tadi termenung..diorang okay ke? " Aulia berpindah memeluk kaki daddynya pula.

" Kakak? " Zafrul mengerutkan keningnya.

" Sorry, saya minta diri dulu. " Syaura ingin meneruskan langkah, tapi sekelip mata sahaja Zayne merentap tangan Syaura.

" Syaura.. Ni abang.. Ura tak kenal ke? " Syaura terkejut. Dia menepis tangan Zayne.

" Siapa Ura?! Abang?! Bila masa saya ada abang?! Sorry saya tak kenal awak! " Zayne cuba mengejar langkah Syaura.

" Ura! Ura please dengar dulu apa yang abang nak cakap..Ura! " Zafrul mengerutkan kening. Zayne mengejar langkah Syaura.

" Apa awak ni?! " Syaura terpaksa berhenti memandangkan Zayne menghalang langkahnya.

" Sayang..ni abang, abang kenal suara Ura..please bagi abang bercakap dengan Ura.. " Zayne menahan Syaura.

" Awak salah orang! Saya tak kenal awak! " dalih Syaura. Dia mengalihkan pandangan kearah lain. Ada rasa getar apabila merenung mata Zayne.

" Ura.. " seru Zayne perlahan.

" Saya bukan Ura! Dan saya tak kenal awak!! " Zayne terpana. Tak sangka Syaura tidak mengenali dirinya. Ataupun Syaura berpura-pura.

Syaura berjalan menonong tanpa perdulikan Zayne dan mata yang memandangnya. Zayne meraup mukanya. Figura Syaura sudah pun hilang. Hatinya masih berdebar. Dia mengesat airmatanya. Syaura tidak mengenali dirinya.

" Kau okay tak Zayne?! Adelia ke tadi? " Zafrul menepuk bahu Zayne.

Zayne terdiam! Itu memang Syaura. Suara tu selalu berada dekat dengannya. Mustahil untuk dia lupakan apa yang berkenaan dengan Syaura.

" Daddy..kakak tu tadi auntie Ura ke? " tubuh genit itu masih lagi memeluk kaki daddynya.

" Daddy tak tahu sayang.. Nanti daddy siasat ye.. " pujuk Zafrul. Zayne disebelah dikerling. Zayne hanya menundukkan wajahnya.

Perkhabaran kepulangan Syaura sudah pun dimaklumkan sebentar tadi. Orang suruhannya disana sudah memberi tahu yang Syaura sudah pulang keMalaysia semalam.

Dia tahu Syaura masih lagi tidak bersedia berhadapan dengan Zayne. Cukup sahajalah tadi, Syaura buat-buat tidak kenal dengan Zayne.

Masihkah ada peluang untuk Zayne dihati Syaura?

Sampai sahaja dirumah, Syaura masuk kebiliknya. Muka itu! Mata itu! Diingatannya masih lagi jelas dan nyata mata milik Zayne. Syaura menggigit bibirnya.

" Kenapa selekah sangat eh dia? Mia tak jaga dia ke? " Zayne yang dulu sangat berbeza dengan Zayne yang dia jumpa sebentar tadi.

Mahu sahaja dia menghubungi Mira, tapi mengenangkan dia nak buat kejutan dengan Mira, dia melupakan hasrat hatinya.

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα