BAB 61

9.1K 531 81
                                    

Syaura mengenakan pakaian putih yang terhias cantik ditubuhnya. Shawl putih dililitkan. Mak andam yang melihatnya tersenyum manis.

" Cantiklah Ura! Mak suka dengan kulit awak! Bersih! " Affa yang mengibar-kibarkan tangannya dimuka Syaura. Walaupun dia lelaki dan bekerja sebagai mak andam, batasnya dijaga.

Hari ini adalah hari dimana dia dan Zayne akan bersatu. Datangnya peluang kedua apabila dia redha dengan apa yang terjadi. Allah telah bukakan pintu hatinya untuk menerima Zayne kembali. Menjadikan ia buat kali kedua adalah peluang mereka untuk menebus semua masa dan waktu yang masih tersisa untuk mengecapi bahagia.

Saat ini kakinya melangkah turun kebawah untuk upacara akad nikah. Matanya bertembung dengan bakal suaminya. Senyum mesra dilakarkan. Zayne yang kembali memandang tok kadi menahan debar didada. Walaupun ini bukanlah kali pertama, tapi ia masih terasa gemuruhnya lagi.

" Sedia? " Tok kadi menghulurkan salam dan disambut oleh Zayne. Lafaz diucap.

" Aku terima nikahnya Adelia Syaura Binti Alif Zakri dengan mas kahwinnya sebanyak 200 ringgit tunai." Semua saksi mengangguk. Tanda sah.

Air mata Syaura tidak dapat ditahan. Dia menjadi sebak! Dulu neneknya yang berada disampingnya. Neneknya yang menyapu lembut airmata sebaknya. Kini hanyalah kenangan. Jika ini adalah takdir untuknya, maknanya doa yang selama ini yang dipohon sudah pun dimakbulkan.

" Tahniah Ura.." bisik Mira perlahan.

Zayne mendekatinya dengan langkah perlahan. Zayne tidak langsung melepaskan pandangan dari terus melihat isterinya.

" Assalamualaikum isteri abang.." Syaura menganggkat mukanya. Wajah kacak Zayne ditatap. Zayne menyarungkannya cincin dan gelang tangan.

Seusai itu, tangan Zayne dicium lembut. Walaupun ini bukanlah kali pertama dia dengan Zayne bersalaman, tapi gementar itu masih ada lagi. Kini bibir Zayne sudah pun mendarat didahinya. Lama.

" Terima kasih untuk sekarang sayang..Ura masih menerima abang sekali lagi. Abang janji abang akan bahagiakan Ura tak kira macam mana pun keadaan. " bisik Zayne lembut. Mata dia dan Zayne saling merenung antara satu sama lain.

Zayne berazam untuk menghargai setiap waktu dan masanya bersama dengan Syaura. Sayangnya dia pada Syaura bukanlah perkara yang biasa. Kehilangan Syaura pada ketika dulu, memberikan dia kesedaran betapa berharganya seseorang yang dianugerahkan untuk dia.


Aku nak kali ni semuanya berjalan lancar ! - Mia

Ok - Unknow

Jangan okay je! Aku tak nak jadi macam hari tu!  - Mia

See you at 12 oclock - unknown

[ Skip ]

Makin petang makin berkurang tetamu. Ramai yang meminta diri untuk pulang. Kawan-kawan Syaura juga sudah pun minta diri untuk pulang. Selesai sahaja diluar, Syaura masuk kedalam. Zafrul dan Aulia sudah lama minta diri untuk pulang kerumah. Mak andak dan Mak kiah melepaskan lelah didalam bilik.

Selepas menukar baju, Syaura melangkah kedapur. Mengemas mana yang patut. Kesian pada kedua-kedua bidadarinya yang sudah pun menjamah usia. Lincah tangannya membasuh cawan dan pinggan yang dilonggokkan.

Sepasang tangan melingkari pinggangnya dengan tiba-tiba. Bau wangian itu pun sudah dia tahu. Bahunya dicium lembut. Zayne menampung dagu dibahu Syaura.

" Sayang tak penat ke? " Syaura berdebar. Hembusan nafas Zayne terasa dilehernya.

" Janganlah kacau..Ura nak basuh pinggan ni. " Syaura mengawal rasa gugupnya.

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now