BAB 26

11.1K 553 10
                                    

Mereka telah diberikan penerangan bagi aktiviti ATV.  Pasukan Syahmi antara pasukan yang paling bersemangat. Syaura dan Zayne kerap kali main mata.

Syaura tersipu-sipu malu apabila Mira memandangnya. Mira perasan dengan kelakuan pensyarah dan kawan baiknya.

" Hoi ! Semalam buat apa sampai kenyit-kenyit mata. " Mira mencuit bahu Syaura.

" Apalah kau ni ! Sebok nak tahu ! " Syaura menjuihkan bibirnya. Rahsia orang sibuk nak tahu!

" Eleh ! Dah ada suami ni bukan main gatal lagi eh kau ni. " Mira mengusik Syaura. Minah ni kalau dah bercinta memang macam ni agaknya.

" Kau jeleskan? Sebab tak de suami lagi. " bercerita tentang suami ni memang mereka berdua kena kawal suara.

" Kau nak tahu tak? Sehari ni kau dapat dosa sebab kau kutuk orang sendu macam aku tau! " Syaura ketawa. Mira ni bukannya boleh serius pun, apa yang dia kata tu semuanya lawak.

" Oh ye? Ada aku kisah mrs sendu! "

" Hoi! Korang dengar tak apa yang fasi terangkan pasal ATV? " Syahmi menyampuk. Dari tadi dia perhatikan mereka berdua bisik sesama sendiri. Cerita apa yang mereka bualkan pun dia tak tahu.

" Eleh! Aku tahulah! Kau ni.. Sibuk! " bentak Mira. Syaura pula menjulingkan mata keatas.

" Aku nak group kita menang..point itu penting." Syahmi memeluk tubuh sambil anak matanya memandang Mira.

Mira menjeling tajam. Syahmi yang terlebih over dalam pasukan ni. Kalau Rafiq leader, diorang semua boleh enjoy tanpa memikirkan menang.

Adat permainan, semestinya semua nak menang. Tapi bagi Rafiq kira nasib kalau menang. Berbeza dengan Syahmi, dia lebih bersemangat untuk berjuang dapatkan kemenangan.

Mereka semua bersenang hati bermain ATV. Riuh suara mereka apabila mula menyusur jalan-jalan yang berlikuk-likuk.. Tidak ketinggalan juga, pensyarah turut serta bagi melakukan aktiviti yang menyeronokkan.

Jelas gembira terpancar diwajah pelajar semester akhir apabila tiba kegarisan penamat.

Pemandangan yang sangat luas terbentang. Angin yang sepoi-sepoi bahasa menjamah kulit muka mereka. Seronok!

Baru sahaja Zayne ingin mendekati Syaura dengan yang lain, Mia memeluk lengannya.

" Zayne! Kaki I terluka! " jerit Mia. Syaura dan yang lain semua memandang aktor terhebat diabad ini, Mia!

Zayne mengerutkan keningnya. Sememangnya kaki Mia terluka. Dia menyuruh Mia mengambil tempat. Dia berlari meminta bantuan.

Setelah beberapa minit, Zayne membawa first Aid dan diikuti oleh Nadine. Mia merengek manja kepada dua lelaki dihadapannya.

Syaura memandang dengan wajah yang menyirap. Mengada-ngada! Mia yang perasan dengan figura Syaura, tersenyum sinis. Mengejek Syaura, yang dia mampu menarik perhatian Zayne.

Syaura pula menjeling melihat Zayne yang bersungguh merawat luka Mia. Tapi segera dia tepiskan rasa marah bersarang dalam hati. Anggap sahaja Zayne bantu Mia sebagai kawan.

Setelah selesai menjalankan aktiviti ATV, mereka seterusnya menjalankan aktiviti kedua iaitu flying fork.

Semua pelajar termasuk pensyarah teruja dengan aktiviti kedua. Tiba giliran kumpulan Syahmi, mereka semua berebut-rebut untuk mendahului, kecuali Syahmi.

" Korang buat dulu, aku akhir. " arah Syahmi.

Mira tersenyum sinis. Nampak muka Syahmi pucat. Apabila kumpulan lain mengikuti flying fork, jeritan demi jeritan membuatkan lutut Syahmi bergetar.

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora