BAB 68

9.1K 516 23
                                    

Selesai cek assignment kelasnya, dia memandang semua pelajarnya yang menekur memandang meja.

" Class? Semua diam ni, okay tak? " Kali ini tanggungjawab Zayne lebih besar dari sebelum ini. Kelas yang menjadi mentee dia adalah kelas yang mempunyai attitude yang agak agresif. Tapi dia dapat mengawal keadaan dengan baik.

" Hari ni sir lupa nak cerita pasal Syaura.. " kata salah seorang pelajar perempuan dari kalangan pelajarnya.

Zayne ketawa. Memang setiap kelasnya dia akan menceritakan tentang isteri tercintanya. Dia bangga mempunyai isteri seperti Syaura.

Kelas dia agak terkawal kerana kisah dari cerita dia dan Syaura. Dalam pada dia bercerita, dia akan selitkan moral yang akan disampaikan.

" Today, saya nak cerita about Syaura tentang kekuatan dia.. " Semua pelajarnya mengangkat kepala.

Cerita dari Zayne membuatkan mereka semua tersenyum. Coleteh dari Zayne tidak membosankan. Mereka suka dengar. Agaknya bagaimana rupa Syaura itu?

Hania membetulkan shawl yang menutupi kaki Syaura. Hari ini dia membawa Syaura kepejabat. Kata Syaura hari ini ada meeting penting.

Walaupun pergerakan Syaura terbatas, tapi dia tetap bersemangat untuk menjalankan hari-harinya.

" Apa rahsia Puan Ura sentiasa bersemangat? " Syaura tersenyum sebaik sahaja Hania bertanya kepada dia.

" Rahsia? Urm...saya rasa maybe sebab Zayne.. " kata Syaura lembut.

" Sir Zayne? "

" Yup.. "

" Macam mana Puan boleh berjumpa dengan Sir Zayne? Dulu Puan pun pensyarah juga ke? " soal Hania.

" Nope..saya pelajar dia.. " Hania terlopong.

" Maknanya, Puan dengan Sir Zayne pelajar dan student lah? " Anggukan dari Syaura membuatkan Hania tersengih.

" Auw..so sweet! Mesti seronok husband jadi pensyarah kita.. " Syaura ketawa.

" Seronok ke? Miang lagi adalah.. " Hania ketawa dihujung kata Syaura.

Hania membantu Syaura mengambil fail yang diminta. Zayne sudah memesan padanya, jangan bagi Syaura ambil barang-barang yang tinggi.

Seboleh-bolehnya dia diminta untuk meringankan pergerakan Syaura. Dia seronok bekerja dibawah Syaura. Syaura begitu baik.


Selepas sahaja kelasnya tamat, Zayne menuju kepejabatnya. Entah kenapa hari ini dia rasa badan dia lemah. Saat kakinya mula menapak masuk kedalam pejabat, pandangannya menjadi balam.

Dia cuba untuk melangkah kearah mejanya. Saat itu, tangannya mencapai botol kecil yang ada didalam laci, tapi makin lama, makin kabur pandangannya.

Tubuh Zayne akhirnya terjatuh. Dia cuba bangun tapi kepalanya berat. Makin lama, matanya berat. Akhirnya, gelap menyapa pandangannya.



" Okay.. Puan Ura nak apa-apa tak? Saya buatkan before saya balik. " Hania menyediakan semua dihadapan Syaura. Baik air, makanan, selimut. Remote TV dan segala perkakasan Syaura.

Hari sudah pun menginjak kesenja. Syaura mengerling dipintu rumah, kelibat Zayne masih lagi tidak nampak.

" Tak ada apa-apa kot lagi..Hania jangan risau sekejap lagi Sir Zayne balik. " Hania tersenyum lalu mengangguk.

" Saya tunggu sampai Sir Zayne baliklah..nanti Puan Ura sorang-sorang pula..risau saya. " Syaura ketawa.

" Saya okay jelah Hania.." Saat ini mereka berdua membisu. Hanya suara dikaca televisyen sahaja yang memecah sunyi mereka.

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now