Bab 1

44K 1.1K 59
                                    

ADELIA SYAURA. Mata yang penuh dengan keindahan, alis mata yang lebat, kening yang terletak elok. Hidung yang mancung,kulit sawo matang, sopan apabila kepalanya dililitkan dengan shawl dan bibirnya yang terbentuk indah. MasyaAllah indahnya ciptaan Allah terhadap makhluknya yang seorang ini. Tapi sayang...
   
" Wey malam ni kita lepak kat tepi taman..pukul 9.00 kita start panjat tembok.. Tak payah tulis nama kat buku kuar..malaslah wey..tau miraaa ! " Syaura menepuk bahunya mira merangkap, housemate,roommate dan classmate
 
Dalam masa 24 jam dan 7 hari muka mira jelah yang dia hadap..macam tak ada orang lain..mahu taknya, siapalah nak kawan dengan budak jahat macam aku..aheks ! Mengaku jahat ?!

" Kau ni tak penat ke ? Assignment banyak tau ! Kena siapkan tau ! Kau ni memanglah tak boleh dipercayai ! Kau ni memang... Aduh ! Sakitlah Uraaaa !! " kepalanya digosok lembut, Syaura memang selalu ketuk kepalanya,nampak kasar tapi tak sakit mana pun sebenarnya.
 
"Kalau tak nak ikut tak apa..aku boleh pegi sendiri.. Kau siapkanlah assigment kau. Dari minggu lepas lagi kau buat derk je bila aku suruh siapkan, akunya dah siap.." Ura memerhati manusia yang ke hulu ke hilir dihadapannya, cafeteria kolejnya dipenuhi oleh manusia yang nampak baik tapi sebenarnya jahat. Eheh aku merepek ke ?
   
 Syaura selalu diburu dengan masalah kerana ramai pelajar yang tidak berapa suka akan dirinya, dia pun pelik..dia yang buat hal, orang lain yang pandang serong kat dia..maybe sebab dia jahat. Selalu sangat buat hal.

Kalaulah aku ni masih ada mak dengan ayah..tak adalah aku jadi macam ni. Mira memicit kepalanya, telefonnya dibelek. Sudah dua bulan dia tidak datang period, nak kata dia dah khawin tapi dia belum khawin. Mengandung ? Dia tak pernah jalani hubungan seks dengan mana-mana lelaki. Adoilah, nak kena jumpa doktor ke ?

" Kau ni macam ada masalah je mira ? Asal picit-picit kepala ? Kau tak sihat ke ? " Syaura memerhatikan muka Mira yang berkerut-kerut. Apa masalah pompuan ni ?

" Entahlah..kepala aku sejak akhir-akhir ni memanjang sakit jee..period aku dah dua bulan tak datang..ni sebab tak turun darahlah ni kepala aku sakit.."
      
" Kita pegi checklah wey.. Risau lak aku tengok kau ni..kita pegi klinik okay." nada risau Syaura.
      
"Tak payahlah weyy..aku okay je." Syaura menggangguk kepalanya. Jam ditilik. Tepat pukul 2.30, begnya disandang, buku dipegang, begitu juga dengan Mira. Mereka melangkah keluar dari cafeteria, Mira yang sememangnya mulut suka bergosip ada saja cerita yang dia ceritakan. Syaura pun tidak lebih kurang berminat mendengar cerita..Almaklumlah PEREMPUAN.

Saat kakinya baru melangkah masuk ke dewan kuliah, Yaya memanggil namanya. Syaura dan Mira laju melangkah kearah rakan sekelasnya.

" Aku ada cerita wey.." Yaya menunjukkan sesuatu ke arah mereka.
Tidak jadi masalah bagi Syaura dengan rakan sekelasnya sebab mereka sentiasa okay dengan dia.
" Aku dengar, nanti ada lecturer baru ajar kelas kita.." Yaya mula berceloteh dengan cerita hangat pada hari ini. Syaura langsung menunjukkan riak muka bosan, lecturer lagi ?
 
" Aku ingat cerita apalah yang best sangat, rupanya pasal lecturer lagi..bosanlah ! "
   
" Wey ni bukan calang-calang lecturer tau ! Dengar cerita..lecturer tu hensem wey.. Tak kanlah Miss Zana gedik time cerita kat office tadi.." ujar Yaya. Yang lain semua tekun mendengar ada yang menggangguk tanda setuju.
     
Ringtone milik Syaura bergema,semua orang dalam dewan kuliah memandangnya. Syaura tersenyum sebaik sahaja, mereka semua melirik ke arahnya.
Lantas dia melangkah keluar, panggilan dijawab.
    
" Hello.." jawab Syaura
    
" Ura... Ni nenek...Ura balik tak minggu ni ? " suara dihujung talian memecahkan kesunyian
    
" Ura banyak assigmentlah nek, nanti-nantilah Ura balik..lagipun kat banglo besar nenek tu kan ramai yang ada.." Syaura menjulingkan mata ke atas apabila mengenang mak sedaranya yang tinggal serumah dengan neneknya
   
" Yelah..nanti kalau Ura tak busy, baliklah..nenek rindu sangat kat Ura..nenek ni dah tua sayang.." mula dah orang tua ni berlakon nak meraih simpati cucu kesayangannya.
   
" Nenek..janganlah cakap macam tu..nenekkan muda lagi..lagi muda dari Ura, hehehe.." usik Syaura, lebih kepada memujuk.
    
"Okaylah kalau macam tu, kamu tu kat sana jaga diri..jangan tinggal solat.." pesan Puan Sri Yasmin kepada cucu kesayangannya.
   
Selepas mengakhiri panggilan Syaura masih menundukkan wajahnya membelek telefon pintarnya. Sambil tu, kepalanya tetap memandang skrin telefon.
    
Dia melangkah masuk tanpa menghiraukan manusia didalam dewan kuliah.
     
" Hoi yaya..sambunglah cerita prince charming Miss Zana tadi.." mak aii..suara pompuan ni tak boleh brain. Gila kuat suara dia.

" Hoi Yaya kau pekak ke..." Syaura menoleh kebelakang memandang Yaya yang menundukkan wajahnya. Mira segera menepuk bahu Syaura memberi isyarat mata. Syaura yang memahami lirikan mata Mira segera memandang ke hadapan. Whiteboard putih dipandang Sir Zayne Darris

Bulat mata Syaura melihat seorang lelaki yang memakai kemeja putih dan seluar slack hitam, dengan lengan baju kemeja yang dilipat kemas, rambut yang disikat rapi, kulit yang cerah dan oh my god..mata hazel dia, sangat mendamaikan.

"Awak yang baru masuk kelas tadi..boleh saya tahu awak kemana tadi ? " ujarnya perlahan tapi sangat tegas.

Syaura menelan air liurnya. Mak aii belum pape lagi aku dah kena. Dia tersentak apabila bahunya terasa perit. Segera menoleh ke arah Mira.

"Bangun wey" bisik Mira. Syaura dengan wajah yang tak bersalah segera berdiri.

"Maaf sir, tadi saya jawab call dari family.."

"Oh okay..awak boleh duduk." Zayne memerhatikan wajah Syaura. Macam pernah nampak. Tapi tak pasti.

"Before we started class, please intro your name and tempat asal then nama panggilan. Kita mulakan dengan awak.." Zayne menuding jari pada pelajar lelaki dibahagian kiri.

" Nama saya bla bla bla...." Syaura mula terasa bosan dengan pengenalan. Dia dapat rasakan benda tu dah biasa dalam setiap kelas apabila ada lecturer baru. Alahai penat nak kena kenalkan diri bagai.

Sementara dia menunggu giliran dia, dia termenung memandang hadapan. Terasa lemah bila nenek dia suruh pulang minggu ni. Dahlah mak sedaranya bukan suka kat dia. Lepas tu nak buat muka tebal balik sana. Memang taklah ! Tanpa dia sedar dia melepaskan keluhan.

"Saya baru suruh awak kenalkan diri..awak dah mengeluh ? Macam mana nak siapkan assigment nanti ? First class pun awak dah mengeluh.." Zayne memandang Syaura yang menongkat dagu. Budak ni pemalasnya !

Syaura yang tersedar bila dia terdengar suara pensyarahnya yang berdiri disebelahnya. Segera dia berdiri.

"Kenalkanlah diri awak.." Zayne memeluk tubuhnya memandang Syaura. Cantik ! Eh ?!

"Saya Adelia Syaura binti Alif Zakri..saya asal dari Seremban dan boleh panggil saya.."

"Adell ? " bulat mata Syaura memandang lelaki dihadapanya.

"No ! Saya tak suka nama tu ! Boleh panggil saya Ura." Zayne terkedu. Aik ? Aku bagi cadangan je, sebab nama tu cute sangat. You, you memang sangat cute, stop itlah being so cute..you buat I hanyut..

"Kenapa awak tak suka saya panggil Adell ?" Syaura buat derk je dengan soalan lecturer disisinya sekarang. Mira mengaruk kening yang tidak gatal.

Zayne yang mula terasa apabila bila melihat Syaura yang buat tak tahu dengan soalannya dia beralih kebahagian belakang untuk mengenal studentnya yang lain.

Syaura menjeling tajam. Adell ? Tiba-tiba je buat dia sakit hati. Huh !


Zayne melangkah masuk kedalam officenya, officenya yang tidak terlalu besar dan juga tidak terlalu kecil. Dia selesa bila berada didalam officenya. Bila teringat tentang studentnya tadi buatkan dia menggelengkan kepalanya. Bayangan wajah Syaura yang menjelingnya tajam terlayar dimatanya.

Dia melepaskan keluhannya. Baru first day dah ada orang perang dingin dengan dia. Nasiblah jadi lecturer ni..

-sorry kalau ada typo dan admin baru first time buat benda alah ni
-harap ada yang suka wokayyy
-iloveyou readers❤❤❤
- AND PLEASE VOTE ✨

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now