BAB 49

10.2K 583 48
                                    

Lagi seminggu sahaja majlis perkahwinan Mira dan Syahmi akan berlangsung. Syaura menarik begnya perlahan dan menuju kebalai ketibaan.

Dulu disini jugalah kali pertama dia menjejakkan kaki untuk membawa diri. Kini dia pulang. Tanah airnya. Malaysia.

Sudah dua tahun dia meninggalkan Malaysia. Ketibaannya tidak disambut oleh ahli keluarganya. Tiada seorang pun tahu yang dia sudah pun sampai ke Malaysia.

Baiklah mak andak, mak kiah mahupun Mira, kepulangannya tidak diberitahu. Dia berterima kasih pada Iqbal. Iqbal dan dia dalam satu flight. Memandangkan Iqbal sudah pun habis tugas diluar negara, jadi dia kembali ke Malaysia untuk menguruskan Ferhand company disini.

Tiba diluar pintu keluar, Syaura sempat mengucapkan terima kasih pada Iqbal. Dari Austria sehingga diMalaysia, Iqbal tidak lepas pandang walaupun sesaat dari memerhatikan Syaura.

" Sokay schone frau..ada jodoh kita berjumpa lagi..terima kasih kerana sudah berkhidmat diFerhand selama dua tahun. " Tunduk Iqbal hormat. Memandangkan Syaura berhenti meletakkan jawatan pada ferhand company, dia rasa sangat sedih.

Syaura sememangnya pekerja yang baik dan rajin. Menjadi partner kepada Maria, macam-macam pujian yang keluar dari mulut Maria fasal Syaura.

Sebelum dia ditugaskan untuk menguruskan ferhand company di Austria,  ayahnya juga memberitahu bahawa ada gadis Malaysia yang kerja di Ferhand Company di Austria. Tak sangka orangnya Syaura.

Banyak juga mata yang memandang mereka. Tak kurang juga perempuan-perempuan yang berbisik memandang Syaura. Well perempuan Malaysia!

" Eh! Janganlah encik Iqbal..malulah orang tengok. " Tegah Syaura. Iqbal mengangkatkan mukanya dan matanya meliar.

" Oh! Biarlah diorang jeles tu sebab awak dengan lelaki hensem macam saya. " jawab Iqbal selamba. Erk?! Okay dia perasan!

" Terima kasih encik Iqbal.. Atas semuanya. Sampaikan salam saya pada Mr. Ferdi. " Sebelum Syaura berlalu, Iqbal menjerit namanya.

" Saya tak akan lupa kenangan kita schone frau.. " Syaura tersenyum lalu melambai Iqbal.

" Saya sukakan awak schone frau.. " bisik Iqbal perlahan. Mustahil untuk sampai ketelinga Syaura mengenangkan figura Syaura sudah jauh.

Dari perkenalan awal dia dan Syaura, dia dapat rasakan Syaura bukan datang di Austria atas sebab kerja. Tapi sebab lain.

Dia ingin menanyakan lebih lanjut tapi mengenangkan dia bukan siapa-siapa pada Syaura, dia lupakan hasratnya.

' Ada jodoh kita jumpa lagi schone frau.. ' desis Iqbal.

Mak andak memandang sayu pads tanaman arwah Puan Sri Yasmin. Dulu, dia selalu melayan Syaura dengan tidak baik. Banyak kali kepala Syaura jadi tonjolan dia.

Mengenangkan nasib Syaura membuatkan dia rasa sedih dan rasa bersalah. Teringat kembali semasa arwah Puan Sri Yasmin hendak melangkah masuk kebalai ketibaan, Puan Sri Yasmin meminta dia untuk menjaga Syaura.

" Bilalah kamu nak balik Syaura? " ucap Mak andak sayu.

Mak Kiah yang baru sahaja melabuhkan punggung disebelah Mak andak tersenyum.

" Apa khabarlah budak bertuah tu ye Som?  Lama betul dia duduk negara omputih tu ye.. " Mak andak mengangguk kepalanya.

" Itulah..saya pun rindu kat dia. " Dia rasa bersalah dengan Syaura. Masihkah Syaura menyimpan dendam terhadapnya?

Mengingatkan tentang Tasha, kini Tasha ditempatkan dipusat pemulihan akhlak memandang dia positif dadah. Meraung mak ayah Tasha apabila Tasha ditahan oleh pihak polis.

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now