BAB 11

10.8K 600 34
                                    

Pagi-pagi lagi Syamira sudah terpacak dihadapan rumah Puan Sri Yasmin. Tak sabar dia nak meluangkan masa dengan kawannya sebelum Syaura memegang tittle tunangan orang.

Sehingga ke hari ini Syaura tidak bagitahu dirinya siapa tunang Syaura.

Dia nak check sama ada sesuai ataupun tidak dengan Syaura. Handsome ke tak?

" Eh Syamira? Apa khabar? " Mira menundukkan kepala mencium tangan Puan Sri Yasmin.

" Mira khabar baik sahaja nenek..nenek sihat? " Mira mengikuti langkah Puan Sri Yasmin.

" Alhamdulillah sihat, biasalah sihat orang tua.. " Puan Sri Yasmin menjemput Syamira kemeja makan.

" Ura mana nenek? " soal Mira. Naik segan dia apabila datang kerumah Puan Sri Yasmin tanpa Syaura.

" Ada dalam bilik lagi..dia tak bangun lagilah tu agaknya. "

" Mira pegi kejutkan dia boleh? "

" Eh! Tak susahkan kamu ke? " Rasa bersalah pula Puan Sri Yasmin dengan Syamira.

" Eh tak nenek, saya memang rindukan di Syaura.." Puan Sri Yasmin tersenyum lebar.

Dia memerhati sahaja langkah Syamira. Bukan pertama kali Syamira datang kesini.  Jadi dia sudah biasa dengan selok belok rumah ini.

Bingit telinga Syaura apabila mendengar ketukan bertalu-talu dari pintunya.

Kacau betullah !

Segera dia membuka pintu. Kasar !

" Surprise!!! " jerit Syamira. Tak dipedulikan jelingan tajam Syaura, dia melangkah masuk.

" Surprise hotak kaulah pepagi buta ni ! " Syamira menyelak langsir bilik Syaura.

Silau mata Syaura. Segera dia memakai cermin matanya.

" Weh lawanya taman bunga nenek kau weh..dari sini dah boleh nampak.." teruja Mira melihatnya.

Syaura melangkah malas menghampiri Mira.

" Kau ni, datang pepagi..kenapa? "

" Eiii mestilah aku kena datang, kalau tak datang siapa nak jadi pengapit kau ?" laju sahaja tangan Syaura menjentik dahi Mira.

"  Pengapit kebendanya?! Aku tak jadi kahwin. " terbuntang mata Syamira.

" Auw! Sakitlah budak! " Syaura menggosok lengan.

" Kau biar betul ni? Aku tengok kat bawah tadi busy betul, kak Liyana dengan si kaka bertungkus lumus dengab majlis esok. Kau sesedap rasa je nak batalkan eh! "

" Yang kau excited sangat ni kenapa?! "

" Hoi ! Gila kau tak excited, kawan aku beb!! Nak bertunang!! " jerit Syamira.

Gayanya sebiji macam orang utan, terlompat-lompat. Syaura menyegih.

" Dah layan kau ni buat aku sakit otak, kau tunggu sekejaplah..aku gi mandi.. " ujar Syaura.

Ruang Makan.

Syaura dan Mira mengambil tempat dimeja makan. Nasi goreng dicedok dan dimakan.

Puan Sri Yasmin, turun ketaman untuk melihat persiapan pada malam esok. Kecoh dimedia dan jiran tetangga yang satu-satu cucunya akan diikat tali pertunangan pada esok malam.

Semua orang menumpang gembira. Syaura hanya rasa biasa sahaja. Dia turuti semua kehendak neneknya.

Zayne mengatur langkah mendekati meja makan. Matanya berlaga dengan Syamira. Dia tersenyum.

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now