BAB 31

11.2K 564 27
                                    

" Sayang!!! " Zayne menjerit keseronokan. Punyalah dia suka apabila Syaura melabuhkan punggung disebelahnya.

Syaura memandang pelik melihat Zayne seperti kanak-kanak riang. Zayne tersenyum lebar.

" Abang okay tak okay? "

" Okay jelah..abang rindu dekat sayang abang ni. " Kereta mula bergerak menuju ke lebuh raya.

" Ambik donut kat belakang tu, abang ada belikan. " Syaura memusingkan kepala kebelakang. Eh donut!!!

" Auwww !!! Macam tetahu je Ura craving donut. " Dia mengambil sebiji donut lalu disumbat kedalam mulutnya.

" Sedap.."

" Telan dulu donut tu baru bercakap. Ni dengan mulut penuh nak bercakap. " pesan Zayne. Risau tengok Syaura makan donut seketul terus masuk dalam mulut.

Syaura senyum malu. Nak kata Zayne macam budak-budak, dia pun sama je. Matanya melilau melihat luar. Jalan berbeza. Tak macam sebelum ni, jalan yang sama.

" Abang nak bawa Syaura pergi mana? " jalan ni tak familiar.

" Abang nak bawa jumpa abang abang. " Abang abang?

" Abang abang? Banyak abang abang abang. "

" Hahahahaha..."

Abang tu nama panggilan Zayne. Dan abang tu juga merujuk kepada abangnya yang sulung. Muka Syaura blur.

" Abang sayang awak ni, nak bawa awak jumpa abang ipar awak sayang. " terang Zayne.

" Abang ipar? "

" Yup! Abang ipar awak tak pernah munculkan diri. Tak pernah lagi berjumpa dengan Ura. So abang nak bawa Ura pergi jumpa abang Zaf. "

Baru Syaura teringat dengan cerita Zaidi. Megat Zafrul Darris. CEO Zah Holdings. Kenapa hati dia berdebar-debar eh? Kenapa dia rasa lain ni.

" Why Ura tak tahu yang abang, ada abang? "

" Lah sayang tak tahu ke? "

" Mana tahu, abang tak pernah bagitahu pasal abang dekat Syaura! "

" Oh! Abang ingatkan Ura tahu salsiah keluarga abang. "

" Keluarga abang ada dua orang adik beradik. Papa jumpa dengan mama zaman diorang belajar lagi. Then papa ambik keputusan untuk berkahwin dengan mama. "

Nampak muka Zayne sedih apabila mula bercerita tentang mamanya.

" After 6 month diorang kahwin, mama tengah pregnantkan Zaf. Dengan kondisi kehidupan papa mama yang masa tu susah. Lepas je Zaf lahir, rezeki papa bertambah. Then after 3 years dapat abang. "

" Time tu Zaf kena tinggal dengan grandfather dekat luar negara, sebab kondisi papa mama after 2 years merundum jatuh. Lagi sekali kehidupan kami susah. "

Zayne menarik nafas sebelum menyambung cerita.

" Zaf tak nak, tapi dia terpaksa sebab fikir keadaan papa dan mama. Time tu abang kecik lagi. Walaupun Zaf tu baru je berapa tahun, tapi dia faham keadaan papa dan mama. Dia pun membesar dengan grandfather dekat Itali. "

" Selama 10 years dia tinggal dengan grandfather, after that papa suruh dia pulang ke Malaysia. Masa tu papa dah berjaya dalam business. "

" Then dia comeback to Malaysia. Dia just tolong papa almost 2 years tak silap abang, then dia berhenti and dia bukak company Zah holdings tu. " Panjang lebar Zayne bercerita tentang Megat Zafrul.

Syaura berfikir sejenak. Megat Zafrul buka company baru, dan kenapa dia berhenti sedangkan dia adalah pewaris syarikat papa.

Dan kenapa Zayne lari dari bidang. Dato Megat dan Megat Zafrul dalam bidang business, Zayne jadi pensyarah.

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now