BAB 17

10.5K 550 32
                                    

Selepas sahaja mencuba baju nikah, Syaura meminta Zayne menghantarnya pulang.

Zayne hanya menurut sahaja. Puas juga, dia memancing Syaura untuk berbual. Tapi Syaura hanya mendiamkan diri.

" Nak singgah mana-mana tak before kita balik? " soal Zayne.

" Tak nak! "

Syaura masih menayang wajah yang kosong. Cukup sekadar hari ini dia hanya mendiamkan diri. Tunjuk protes!

Belum waktunya lagi untuk dia memegang tittle wife. Dahlah tittle student tak habis lagi, ditambahkan lagi tittle wife.

Wife pada lecuterer dia sendiri. Sir Zayne?! Sangat tak disangka.

" Kenapa dari tadi Syaura asyik diam je? Period ke? "

Syaura mengerutkan keningnya. Heh orang tua ni!

" Apa kena mengena period dengan diam?"

" Lah..bukan perempuan if bad mood tu disebabkan period ? Semua benda nak mogok. Dengan makanan nak mogok. Dengan husband nak mogok.."

Zayne tersenyum nipis apabila Syaura mencebik.

" Tak de kena mengena! " Syaura memeluk tubuh. Kepalanya dialihkan kearah cermin tingkap.

Sepanjang jalan dia memandang ke cermin tingkap. Zayne pula hanya fokus pada jalan.

" Dah nak sampai.." Zayne membelokkan kereta kedalam lorong jalan menuju ke rumah agam Puan Sri Yasmin.

Setelah menarik handbreak, dia hanya memandang Syaura yang memasang kasutnya. Perempuan ni macam-macam ragam. Dalam kereta buka kasut.

" Awak dah bersedia nak jadi isteri saya? " mulalah dia nak mengusik Syaura.

" Tak!" Syaura menjuihkan bibirnya.

" Kenapa tak?"

" Sebab sir bukan lelaki idaman saya." jawabnya selamba. Zayne pula terkedu.

" Tapi awak gadis idaman saya.." balas Zayne.

" Buat pengetahuan sir..saya ni tak ready untuk pegang tittle apa-apa..kalau tak disebabkan kes jabatan agama islam tu..saya pun tak nak kahwin dengan sir, jadi isteri kepada sir." bidas Syaura.

Zayne masih lagi tersenyum. Keras betul hati kamu wahai budak.

" Syaura...setiap pertemuan ada hikmahnya. Dan setiap apa yang berlaku, terjadi juga adalah takdir. Awak kena terima yang kita ni terpaksa nikah disebabkan kes hari tu. "

" Awak tak boleh nak salahkan saya..tak boleh nak salahkan sesiapa..sebab itu adalah takdir yang dah tertulis untuk kita." Syaura terdiam.

Ada betul juga kata Zayne. Dia cuba menolak takdir Allah. Dia cuba mempersoalkan apa yang dah terjadi. Sungguh dia manusia yang alpha.

" Saya jujur dengan sir. Saya memang tak sedia.." Syaura menunduk. Akur akhirnya.

" Sokay Syaura, saya faham..saya tahu awak buat ni semua atas sebab ibu. Jangan risau, saya tak akan paksa awak dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Saya akan ajar awak dalam menerima dan memberi kasih sayang. "

" Diusia seperti awak ni, perlukan kehidupan yang lebih santai sebab otak awak tu dah penat nak menerima ilmu. "

Syaura memandang Zayne dengan wajah yang sukar difahami. Dia menatap muka Zayne.

" Saya.." Syaura hilang kata.

" Eh dahlah ! Awak boleh turun..saya ada hal nak kena uruskan petang ni.." Zayne halau Syaura.

Syaura mencebik. Ceh ! Baru je nak sweet, potong betul !

Syaura menghantar pandangan kearah kereta Zayne yang menderu keluar dari pagar rumah Puan Sri Yasmin.

" Eh?! Baru balik ke? " suara Mak andak menerjah.

Syaura menjeling tajam kearah mak andak. Matanya memandang tajam.

" Yelah.." jawab Syaura malas. Baru sahaja dia nak mengatur langkah, telinganya menangkap kata mak andak.

" Kena tangkap basah, tu pun sebab kau yang perangkap Zaynekan? " Mak Andak memandang sinis.

Syaura mula mengetap bibirnya. Ada sahajalah mak andak nak cari masalah dengan dia.

Malas dia nak layan perangai mak andak. Sebelum dia naik hantu, baik dia pergi. Tak fasal-fasal orang tua ni masuk hospital !

Sebaik sahaja kakinya masuk keruang tamu, Puan Sri Yasmin memanggilnya.

" Macam mana tadi? Okay tak baju tu? " wajah Puan Sri Yasmin ceria sahaja.

" Mestilah okay..kalau tak okay, Syaura dah koyakkan baju tu.." usik Syaura.

" Hey mana boleh! Penat tau nenek rekakan untuk Syaura. "

" Alololo..nenek ni sweet sangat.." Dia memeluk neneknya. Hari ini hari rabu. Ada masa dalam sehari dia nak meluang masa dengan Puan Sri Yasmin.

Tangan Puan Sri Yasmin dikucup. Mata Puan Sri Yasmin ditatap. Muka Puan Sri Yasmin memang sebiji macam arwah ibunya. 99% arwah ibu mewarisi kecantikan Puan Sri Yasmin.

" Syaura nak minta maaf dengan nenek..Syaura selalu susahkan nenek.. Dari kecil sampai sekarang. " dia mula meletakkan kepalanya dipeha Puan Sri Yasmin.

" Apa pula cakap macam tu..nenek nak yang terbaik untuk Syaura. Zayne tu adalah pilihan yang terbaik. Kat mata dia tu nenek nampak yang dia sayangkan Syaura.."

" Sayang? Jangan tipulah nenek..tak akanlah baru jumpa nak sayang-sayang bagai? "

" Eh budak bertuah ni! Nenek ni tahulah yang Zayne tu minat kat kamu..sebab tu dia setuju je nenek nak kahwinkan kamu dengan dia.."

Yeke nenek?

" Yelah.." akur Syaura. Malas dia nak dengar neneknya puji Zayne.

Puan Sri Yasmin tersenyum sebaik sahaja kelibat Syaura hilang ditingkat atas. Masakan hati tuanya berdoa agar Syaura dijaga baik.

Dia percaya Zayne akan jaga Syaura. Memberi kasih-sayang kepada Syaura. Akan mengubah sikap Syaura.

Walaupun Syaura seorang kaki lepak sampai pukul 2 pagi, tapi dia tahu, Syaura tidak pernah lebih dari batas seorang perempuan.

Tasha meneguk air haram dengan rakus. Arak sudah menjadi kebiasaan baginya. Hatinya sakit !

Zayne akan berkahwin dengan Syaura. Dia sedih. Rancangannya gagal!

Suasana yang bingit itu tidak sedikit pun menganggu Tasha. Baginya tempat itu lebih tenang dari dekat rumah.

" Sepatutnya aku yang kena tangkap basah dengan Zayne! Tapi disebabkan perempuan bodoh tu..aku hilang Zayne !! " dia mengetuk meja tu sekuat hati.

Dia yang menelefon Jabatan Agama Islam. Itu adalah rancangan untuk dia dapatkan Zayne. Tapi musnah !

" Hai you.." seorang lelaki mendekati Tasha. Rambut Tasha dibawa main.

" Hey sayang..." rengek Tasha. Dia memeluk tubuh lelaki itu.

" Jom..I rindu youlah baby.." Haris memaut tangan Tasha.

Tasha hanya menurut langkah Haris. Dia dan Haris adalah kawan. Tapi batasan mereka lebih dari kawan.

Mereka hanyut dengan suasana yang melalaikan. Jiwa remaja lebih menguasai. Tidak menghiraukan sama ada perbuatan mereka itu adalah perbuatan yang salah.

~ hai kesayangan Qay..jangan lupa vote dan comment okay...~

~ Jangan lupa okay follow Tiktok Qay.. ~

~ Mana yang support Qay..thanks baby..nah Qay bagi sunfauwerr 🌻🌻 ~

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now