BAB 36

10.3K 534 10
                                    

Syaura berjalan perlahan sambil memilih barang makanan. Hari ini dia membeli barang-barang dapur. Zayne meminta untuk dia pergi keseorangan atas sebab Zayne ada meeting.

Suami sebagai pensyarah memang sibuk. Sudah seminggu dia menjalani internship. Hubungan dia dengan Mak andak makin hari makin baik.

Hujung minggu ini adalah hari lahir Zayne. Dia sudah pun rancang untuk buat kejutan pada suaminya.

Iphonenya masuk notification.

Sayang..nak selitkan sikit barang abang boleh? Belikan testpad, balik nanti abang bagi upah.  - Zayne

Okay.. - Syaura.

Typing...

Okay je? Mana i love you? Mana muah?  - Zayne.

Syaura tersenyum melihat telatah suaminya. Nak-nak Zayne siap send emoji sedih.

I love you abang.. Muah! - Syaura.

I love you too sayang, jumpa balik ni. - Zayne.

Syaura menolak trolinya perlahan. Dia mengambil bawang dan sayur. Tanpa dia perasan, trolinya bertembung dengab troli lain.

" Eh maaf!  Saya tak nampak. " Syaura menundukkan kepalanya.

" Adell? " Syaura mengangkat kepalanya. Mata dia bertembung dengan mata Nadine.

" Nadine? Buat apa kat sini? "

" Oh beli barang dapur. Mana Zayne? " Mata Nadine melilau mencari Zayne.

" Zayne tak ada, dia ada meeting. " Syaura menolak trolinya. Nadine mengiringi langkah Syaura.

" How intern? " Nadine beramah mesra dengan Syaura. Lama juga dia tidak sebegini dengan Syaura.

" Alhamdulillah. Semuanya okay. " Tak ada masalah pun untuk dia. Semua dipejabatnya melayan dia dengan baik.

" Memang selalu beli barang dapur kat sini ke? "

" Haah..lagipun dekat. " Walaupun kekok bagi Syaura tapi dia sedaya upaya untuk berlagak biasa.

" Okaylah Nadine, saya minta diri dulu. " Nadine hanya menghantar pandangan kosong. Dia menghubungi seseorang.

" Dah settle kerja kau? " Apabila orang disana menyahut dia tersenyum lebar.

" Okay, nanti send kat nombor yang aku bagi kau tu. " Dia mengakhiri dengan pandangan sinis.

[ Di rumah Zayne ]

Syaura menyusun semua barang-barang yang dibelinya tadi. Selesai sahaja menyusun, dia kesingki untuk memasukkan barang-barang basah seperti ayam, ikan, udang, sotong kedalam bekas yang dikhaskan.

Sudah menjadi suri rumah, kerja tetap kerja. Uruskan rumah tetap uruskan rumah. Kadang-kadang bahagian ruang tamu Zayne sama-sama membantu untuk membersihkan.

Dalam leka dia menyusun barang basah, sepasang tangan menjalar dipinggangnya. Wangian itu pun dia sudah tahu. Tengkuknya Zayne cium lembut. Zayne meninjau kedalam singki. Dagunya ditampung diatas bahu Syaura.

" Sayang..busynya. " bisik Zayne. Rindu dia dengan Syaura. Syaura buat dia tak senang duduk. Bayangan Syaura selalu bermain dimatanya.

" Ura tengah susun barang basah ni..abang dah balik. " Syaura memusingkan tubuhnya menghadap Zayne.

" Sorry Ura tak sambut abang balik tadi..Ura uhmppp..." selamat bibirnya dikucup Zayne. Disebabkan tangannya kotor, tak dapat dia nak menolak Zayne, tetahu je bibir Zayne dah bertemu bibirnya.

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now