BAB 25

11.4K 539 13
                                    

Syaura membuka pintu bilik Zayne perlahan. Itupun puas juga dia berjaga-jaga dari diperasan oleh orang lain. Dia minta Mira cover dia apabila disoal jawab oleh Sara dan Mei Ling.

Dia menguak pintu bilik Zayne. Sunyi. Dia meletakkan beg sandangnya diatas katil. Dia dipaksa oleh Zayne. Menyirap sahaja darahnya apabila Zayne mengugutnya.

" Kalau Ura tak datang bilik abang, abang bagitahu semua orang yang kita dah kahwin. Abang memang jenis yang bila abang cakap, abang buat! "

Jadi dia pun menyelinap keluar dan berjalan dalam keadaan gelap supaya tiada siapa yang perasan dia datang kebilik Zayne.

Zayne memberi dia kunci bilik. Zayne ada perjumpaan dengan fasilitator Tadom Hills untuk aktiviti mereka pada hari esok.

Kadang-kadang Zayne sweet, kadang-kadang manja tak bertempat. Tapi sikap miang Zayne bukan kadang-kadang, hari-hari miang dia datang.

Syaura mendengar derapan kasut. Tahu sahajalah dia yang Zayne sudah balik kebilik.

Saat Zayne melangkah masuk, dia tersenyum memandang Syaura yang memandangnya tajam.

" Sayang.." suka dia melihat bidadarinya walaupun Syaura menyambut dengan wajah yang mencuka.

" Suka hati ugut orang, lepas tu nak bersayang-sayang dengan orang. " Syaura memeluk tubuhnya.

Zayne mendekati Syaura dan menarik Syaura dalam pelukannya. Cuba memujuk isteri tercinta.

" Abang rindu Ura. Seharian abang tahan nak peluk Ura tau! " Zayne mengusik hidung Syaura yang mancung.

" Ura pun rindu abang.." dia pun dua kali lima dengan Zayne. Manja sangat.

" Abang nak tunjuk Ura sesuatu." Syaura teruja. Tak sabar dia nak tengok sesuatu dari Zayne. Excited !!

" Yeke?! Apa dia ? "

" Mana boleh tunjuk lagi, kalau Ura nak ada syaratnya.." Zayne membisik. Syaura ingin tahu.

" Apa syaratnya? " soal Syaura.

" Syaratnya..Ura kena mandi dengan abang.." Zayne menarik Syaura masuk kebilik air sama-sama.

Selesai sahaja mereka mandi, Zayne menarik Syaura supaya lebih dekat dengan dia.

Syaura mengerutkan kening apabila dia melihat Zayne tersenyum memandangnya.  Apahal ni?

" Abang kenapa? Tersengih-sengih? " Zayne melepaskan tawanya. Bukan senang nak tengok muka Syaura yang on mood ni. Selalunya out mood. Hehe.

" Saja je nak tengok muka Ura.." Syaura menjulingkan mata keatas.

" Lah itu ke sesuatu yang abang cakap tadi? Nak tengok muka Ura dengan senyum miang macam ni? "

" Hahahaha..dia tunggu rupanya ' sesuatu ' tu.." Syaura menarik muka. Zayne memang sengaja nak kenakan dia.

Zayne mencapai sebuah kotak berwarna biru yang sederhana besar. Syaura hanya memandang sahaja apa yang ada ditangan Zayne.

" Inilah sesuatu yang abang cakapkan tadi." lantas Zayne membuka kotak itu.

Syaura terkedu. Seutas rantai yang reka bentuknya simple tapi bertatahkan diamond. Rantai mahal ni.

Zayne tersenyum apabila melihat air muka Syaura yang berubah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Zayne tersenyum apabila melihat air muka Syaura yang berubah. Dia pergi kebelakang Syaura dan memakaikan rantai itu.

" Abang..rantai ni mahalkan? " Syaura meraba-raba lehernya.

" Tak mahal pun, mahal lagi wanita dekat depan abang ni.."

" Hurh? " Syaura pelik. Aku mahal ke?

" Ura tak nak cia, cia ke? " Syaura senyum sekilas.

" Necklare ni mahal abang.."

" Sayang..as a husband, abang cuba nak bahagiakan Ura..Ura ni isteri abang. Isteri tu wanita..wanita tu suka dengan perhiasan. Anugerah yang Allah berikan pada setiap pasangan itu adalah amanahNya. Kalau abang tak memberi means abang tak jaga sebaik-baiknya amanah dari Allah. " Zayne menggenggam tangan Syaura.

" Tak semestinya abang nak bagi perhiasan semata-mata, abang hadiahkan untuk Ura sebab Ura isteri abang. Jalankan tanggungjawab sebagai isteri. Abang menghargai Ura. Setiap pemberian abang pada Ura, itu tanda abang cintakan Ura, sayangkan Ura. "

Syaura terharu. Matanya berlinangan. Zayne menarik Syaura kedalam pelukannya. Syaura rasa dihargai. Dia dapat rasakan kasih-sayang Zayne.

" Terima kasih abang.." Syaura mengeratkan lagi pelukkan.

Nadine hanya memandang langit yang gelap. Matanya tidak salah lagi. Tubuh kecil itu dia kenal.

Adelia Syaura. Dia nampak Syaura menyelinap masuk kedalam bilik Zayne. Hatinya sakit. Jelas sekali Syaura yang menyelinap masuk.

" Oh yang ni? Saya dah bertunang.."

Maknanya Syaura bertunang dengan Zayne.

" Aku dah bertunang..nanti majlis bersanding, aku jemput kau. "

Otak Nadine masih memanipulasi dua suara. Seolah-olah itulah jawapan bagi pertanyaannya.

Tapi tak akanlah sampai sebilik. Baru bertunang. Nadine mengeluh. Dia mahukan Syaura. Tapi dengan cara yang baik. Kalau Syaura itu, tunangan orang..masih lagikah dia ingin teruskan usaha untuk merebut cinta Syaura ?

Memandangkan keadaan tidak menyebelahinya. Setiap kali dia cuba mendekati Syaura, setiap kali itulah Syaura buat riak menyampah. Mungkin hati Syaura bukan untuknya.

" Aku akan cuba dapatkan Syaura. "

" Apa?! " Sara dan Mei Ling terkejut.

" Tapi jangan bagitahu sesiapa. " Mira meminta mereka berdua merahsiakan.

" Haiyaa..kenapa kamu berdua tak dak bagitahu maa..kami ini ingatkan Ura keluar jalan-jalan ma.." Mei Ling menepuk dahi.

" Macam mana kau boleh gaduh dengan Ura? Sampai merajuk budak tu.." Sara menggelengkan kepalanya.

Mira memberitahu keberadaan Syaura, apabila mereka mendesak Mira.

" Aku dah tercubit dia kuat sangat. " kelentong Mira. Ya Allah berdosakah aku? Dia dah kekeringan idea nak menipu dua minah dihadapannya.

Dah banyak kali mereka mendesak menanyakan keberadaan Syaura. Terpaksalah dia menipu, pura-pura Syaura merajuk dan duduk bilik lain.

" Ya Allah..sebab cubit je jadi macam ni? " Sara masih lagi menggelengkan kepala. Mei Ling turut sama menggelengkan kepala.

Mira tersengih! Susah betul kalau sebilik dengan dua minah ni.

" Kelakar siot pasal cik Mia tu.." Mei Ling tiba-tiba membangkitkan isu siang tadi.

" Mana kau tahu? " Setahu Mira, Mei Ling bukan sepasukan dengan mereka. Mata dia tertancap pada Sara yang mula mengaruk kening. Sah!

" Haiyaa..Saralah cerita.."

Mereka bertiga saling kutuk mengutuk Mia. Lupa sudah kisah Syaura dan Mira. Mujurlah tidak banyak tanya why dan kenapa, kenapa dibahagikan dengan why jawapan akhir dia, mulut Mira berbuih.

~ Hai kesayangan Qay, teruskan vote dan comment okay..terima kasih support Qay~

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now