BAB 21

11.8K 612 8
                                    

Mereka bertiga mengambil tempat hadapan pantai. Ya LaVendar adalah salah satu tempat kunjungan para pelajar untuk menenangkan diri. Kawasan itu berhadapan dengan pantai.

" Tahniah baby.. Awak tak bagitahu saya pun yang awak dah kahwin. " Zaidi yang penuh dengan gaya buaya tersenyum memandang wanita yang memandangnya.

" Tak payah berbaby sangatlah Idi ! Menyampah aku ! " Mira menjeling kearah Zaidi.

Mulut tu kalau sehari tak manis, berbuih agaknya mulut.

" Kau jeles aku panggil Ura baby? " Syaura menggelengkan kepalanya. Mereka berdua ni tak sah kalau tak gaduh.

" Eh ! Tolong sikit eh ! Lambertlah lagi aku nak jeles. "

Mereka bertiga bertukar-tukar cerita. Zaidi menceritakan kisahnya diluar negara. Itali. Ada masa mereka bertiga serius, ada masa mereka bertiga tergelak.

" Tak sangka, sir hot yang si sendu ni cerita, akan jadi suami awak Syaura. " Mira menjeling tajam. Dia labelkan aku sendu?!

Telinga tidak asing lagi dengan sir hot. Syamira selalu bercerita tentang Syaura dan sir hot.

" Takdir. " acuh tak acuh Syaura menjawab. Zayne sendiri yang kata, perjalanan hidup mereka adalah takdir. Pertemuan mereka juga adalah takdir.

" Tapikan Syaura, awak rasa suami awak tu sekadar lecturer je ke? Tak rasa lain ke?"  kata dari Zaidi buatkan mereka terdiam.

" Asal lak kau cakap macam tu? " Mira mengerutkan kening. Syaura pula terdiam.

" She told your husband Megat Zayne Darris bin Dato Megat Zainuddin right ? "

" Yup. " jawab Syaura.

" Dato Megat very famous baby, dia ada syarikat baby, how much company yang dia create? Walaupun bapa mertua awak tu pendiam, tak banyak cakap, but semua orang tahu dia siapa. "

Syaura masih menghadam kata Zaidi. Mira pula terlopong apabila mendengar cerita Zaidi.

" Dia ada tiga orang anak, yang sulung Megat Zafrul Darris, yang kedua Megat Zayne Darris and the stepsister Nur Afifah."

" Stepsister? " Syaura agak terkejut. Zayne tak pernah bagitahu pasal family dia. Nak bawa jumpa? Jauh sekali.

" Yup! Tapi saya tak surelah Syaura yanh stepsister tu betul ataupun tak. "

" Cop-cop, aku pernah dengar about Megat Zafrul ni. Bukan dia ke CEO ZAH holding's?" Ya! Mira baru teringat, dia pernah baca artikel businessman. Kisah CEO Megat Zafrul.

" Yup. Exactly sendu! Aku tahu sebab aku kenal Megat Zafrul. "

Syaura masih terdiam. Betul ke ni? Maknanya gelaran Dato bukanlah sekadar gelaran. Walaupun gelaran Dato Megat lebih rendah dari gelaran Puan Sri, tapi dari segi cerita Zaidi..yang Dato Megat seorang bangsawan.

Kecil sungguh dia rasakan apabila Mira dan Zaidi bertukar-tukar cerita mengenai Megat Zafrul. Semasa hari pernikahannya, dia hanya berkenalan dengan Fifi dan Datin Syafinas. Tapi Fifi tu adik tiri Zayne.

Tapi kenapa Zayne tak nak cerita? Atau Zayne akan cerita. Tapi bila masanya. Zayne dikenali sebagai lecturer sahaja. Nenek pun tak pernah nak cerita, atau dia yang malas nak dengar ?


Zayne melepaskan lelahnya. Jam ditangan dikerling. Tepat pukul 10 malam. Kereta kepunyaan Syaura juga masih tiada. Menandakan Syaura belum pulang kerumah.

Dia baru sahaja sampai. Penat juga dia menguruskan hal tadi. Dia mengambil tempat disofa. Menunggu kepulangan Syaura.

" Awak..bangun.." Syaura menggoyangkan bahu Zayne.

Zayne membuka matanya. Wajah Syaura dipandang. Nampak gaya Syaura baru pulang kerumah.

" Ura baru balik? Pukul berapa sekarang? " tanya Zayne. Suaranya dikawal.

" Pukul 12 malam." jawab Syaura selamba.

" 12 malam?! " suara Zayne seoktaraf.

" Hey ! Kenapa nak marah pulak? " Syaura terkejut.

" Kan tadi saya dah cakap dekat awak, before 9 o'clock kena ada dekat rumah. " Zayne memandang Syaura. Pandangannya menjadi redup. Dia cuba untuk bersabar, walaupun dalam hatinya menggelegak.

" Sorry.." suara Syaura mula kendur. Dia bukan tak ingat arahan Zayne. Cuma tadi mereka lepak sampai tak ingat dunia. Sedar-sedar pukul 11.30 malam.

Hati Zayne sejuk. Syaura meminta maaf dengan silapnya. Dia menghampiri Syaura.  Dia menggosok kepala Syaura.

" Tak apalah, next time jangan buat macam ni okay."

" Okay. " 1,2,3. Okay sekejap je, esok-esok buat lagi.

Mereka beriringan naik keatas. Lampu bilik sudah pun menyala. Syaura ingin membersihkan diri. Zayne mengambil tempat dikatil.

Selesai sahaja rutin Syaura. Dia menapak kekatil. Melihat Zayne yang tidak berkutik, dia mengambil tempat disebelah Zayne.

Buat kali pertama dia sekatil dengan lelaki. Dia tidur mengiring membelakangi Zayne. Terasa tubuh Zayne bergerak. Tilam mereka beralun.

Pinggang Syaura dipeluk. Syaura dapat rasakan hembusan nafas Zayne betul-betul ditengkuknya.

" Dosa kalau membelakangkan suami. " bisik Zayne. Syaura menelan air liur.

Dia mula bergerak perlahan. Walaupun Syaura bergerak, tapi tangan Zayne masih lagi dipinggan Syaura.

Syaura meninjau mata Zayne. Mata Zayne masih lagi terkatup. Hati Syaura meronta-ronta. Wangian ditubuh Zayne buatkan jiwanya meronta-ronta.

Zayne meratapakan dirinya ke Syaura. Dia mengucup lembut dahi Syaura. Syaura diam tidak berkutik.

Syaura masih lagi berperang dengan perasaan. Pelukan Zayne yang hangat mendamaikan suasana. Hatinya berdebar hebat.

" I love you.." bisik Zayne. Syaura terkedu. Zayne mengungkapkan kata cinta. Dalam keadaan mereka sebegini. Baru sahaja, bibir Zayne mahu berpindah kebibir Syaura, Syaura menolak sedikit dada bidang Zayne.

" Sorry..Ura tak bersedia. " tubuh Zayne sedikit mengeras.

"Sokay, saya tak lebih-lebih. " Dia memejamkan mata semula. Syaura meneguk air liur. Nasib baik selamat.

Zayne faham. Mungkin ini terlalu awal bagi Syaura. Dia cuba bersabar. Berharap agar esok lusa Syaura membuka hati untuk menyambut cintanya.

Mereka berdua diulit mimpi. Syaura rasa selamat berada didalam pelukan Zayne. Rasa tenang. Saat inilah yang buatkan dia rasa selesa apabila berada dalam pelukan seseorang.

Zayne pula sudah lama mendambakan cinta dari Syaura. Perkenalan mereka membawa kepada mereka yang sekarang. Berharap hari-hari mendatang, wanita ini jugalah yang berada didalam pelukannya.

~ hai, thanks yang sudi singgah baca story author. And thanks for vote and comment.

~ So this is new chapter jadi vote and comment part mana yang buatkan korang maltingg 😍

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now