BAB 70

20.2K 853 339
                                    

* author cadangakan baca chapter ini sambil mendengar lagu diatas. Konfem korang semua akan merasai apa yang author cuba sampaikan..terima kasih!!

Zayne memandang dirinya dihadapan cermin. Ubat yang diberikan oleh Dr. Hafiz sudah pun habis. Hari ini dia cukup merasa lelah yang tak pernah dia rasa.

Mukanya yang pucat dipandang. Dia mencapai apron dan mengikat perlahan.

Syaura yang menanti dia luar, dipandang. Beberapa ketul donut diambil dan diletakkan diatas dulang.

" Abang.. Ura nak honeydew creamer boleh? " Zayne tersenyum lalu mengangguk.

Dia melangkah merapati kaunter. Tangannya tidak selincah dahulu. Dadanya yang sakit ditahan.

Syaura menyorong kerusi rodanya menghampiri Zayne yang berdiri dikaunter.

" Abang okay? Kenapa muka abang pucat? Abang tak sihat ke? " Hatinya gusar melihat wajah pucat Zayne. Tapi wajah itu tetap gagah tersenyum memandangnya.

" Nope..abang okay je sayang. " Selesai itu, dia meletakkan secawan honeydew creamer diatas meja.

Cafe masih ditutup kerana belum sampai lagi waktu dibuka. Pekerjanya belum lagi datang. Dia dan Syaura datang awal kerana ingin menyiapkan beberapa kerja disini.

" Terima kasih abang.. " Satu kuncupan hangat melekat didahi Syaura. Syaura menyedut airnya dan mengambil sebiji donut.

Zayne tersenyum memandang Syaura. Hari ini dia kurang bercakap apa-apa dengan Syaura. Wajah isterinya dipandang. Dalam leka dia memandang isterinya, mata Syaura membulat.

" Abang..hidung abang berdarah. " Lantas tangan Syaura menahan darah dari hidung Zayne menggunakan tisu yang ada disitu.

Zayne tersenyum memandang Syaura. Sudah tiba masanya ke?

Zayne tetap tersenyum memandang wajah gusar Syaura. Dia mengenggam tangan Syaura.

" Abang sayangkan Ura..sangat-sangat. " ucap Zayne romantis.

" Ish abang ni! Hidung berdarah ni.." Berapa helai tisu sudah dilekapkan dihidung Zayne.

" Abang pergi tandas sekejap. " Dada Zayne terasa seperti dihimpit. Dia tercungap. Dia berdiri dan berjalan perlahan.

Namun langkahnya terhenti. Dia termuntah! Membuak-buak darah keluar dari mulutnya.

Syaura tergamam. Wajah Zayne yang pucat sedang berkerut menahan sakit. Akhirnya Zayne tumbang.

" ABANG!! " Syaura ingin menyorong kerusi rodanya kearah Zayne, namun pergerakkan rodanya tersekat.

" Sa..sayang.. " Zayne cuba untuk bangun, namun dia merasakan sakit yang terlampau pada bahagian dadanya.

Darah masih lagi keluar dari mulutnya. Syaura menangis.

" Abang.. " Syaura cuba turun dari kerusi roda itu. Kepalanya yang terhentak pada bucu meja diabaikan. Darah pekat mengalir dari kepalanya.

Dia mengesot kearah Zayne. Dia kuatkan dirinya untuk mendekati Zayne.

" Ab..abang.. Kenapa ni?!! " Syaura memangku kepala Zayne. Darah Zayne yang mengalir dilap.

Airmatanya jatuh mengenai pipi Zayne. Tangan Zayne digenggam.

" Sa..saya.sayang.." ucap Zayne lembut. Walaupun sukar untuk dia berkata, namun dia memaksa dirinya mengeluarkan suara.

" Abang..jangan buat Ura takut abang.." Syaura memegang dada Zayne.

" Abang sayang Ura sangat-sangat.. " Syaura menangis.

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now