BAB 60

9.7K 483 29
                                    

Sudah dua hari dia tidak berjumpa dengan Syaura. Hari ini dia bawa Syaura datang kecafe untuk dating berdua. Syaura tersenyum manis apabila air honeydew creamer dihidangkan.

" How your day? " Zayne mengeluh halus.

" Busy sikitlah sayang..abang kena uruskan budak-budak final. Sebab tulah abang dah lama tak jumpa Ura.. " adu Zayne.

" Lah baru dua hari je.. " Syaura ketawakan Zayne. Muka monyok ingatkan sebab apa, tapi sebab tak jumpa selama dua hari.

" Hmm..dua hari tu macam dua ribu tahun tau! Lainlah Ura, taj jumpa abang pun tak apa..sebab Ura bukannya sayangkan abang pun." Makin besar ketawa Syaura. Sekali pandang Zayne memang macam budak-budak!

" Siapa cakap tak sayang? " Syaura menyedut minumannya.

" Jadi Ura sayang abanglah?! " Mata Zayne bersinar.

" Yup! " jawab Syaura pendek.

" Hujung minggu ni abang suruh family abang datang merisik Ura. Minggu depan kita nikah."

" Hoi! Gelojoh betul! " Syaura menepuk dahinya sendiri. Tahulah mampu tapi awal benor.

" Abang dah tak tertanggung rindu ni sayang.." Zayne mengenyit matanya. Syaura menjulingkan mata keatas! Anoyying Zayne ni!

" I love you sayang.. " ujar Zayne romantis. Sungguh dia menyayangi Syaura lebih dari segalanya. Dia tidak sanggup sekiranya Syaura pergi untuk kali kedua. Syaura membalas pandangan redup Zayne.

" Listen.. Each day I love you more than yesterday and less than tomorrow. " Syaura tersenyum manis. Zayne memang sedang buat dia jatuh cinta.

Yana dan Ali masing-masing mencuit antara satu sama lain sambil mata memandang kearah boss mereka. Nampak dari mata Zayne yang dia benar-benar sedang bahagia.

" Aku harap sangat yang diorang akan kahwin. " Yana melentokkan kepalanya ke dinding.

" Itulah! Aku nak tengok cik Ura dengan Tuan Zayne kahwin. " Ali pun turut sama memandang kearah Zayne dan Syaura yang sedang ketawa bahagia.


[ Seminggu berlalu ]

Syaura dan Zayne sama-sama memilih barang-barang untuk majlis perkahwinan mereka. Walaupun ini adalah kali kedua bagi mereka tapi ini adalah kali pertama untuk mereka meraikannya nanti. Sebelum ini arwah Puan Sri Yasmin yang menguruskan semua.

Banyak masa yang dihabiskan untuk melengkapkan barang-barang mereka. Zayne inginkan majlis itu adalah majlis yang paling bermakna dalam hidup dia dan Syaura. Seharusnya dia ingin membahagiakan Syaura dengan sempurna.

" Lepas ni kita dah tak boleh jumpa sampai hari nikah kita. " pesan Syaura.

" Alooo tak kan tak boleh langsung? " Zayne menjuihkan bibirnya.

" Tak boleh! Nak kena bebel dengan mak andak ke? " gertak Syaura.

" Yelah..tapi tiap-tiap jam abang nak call Ura.."

" Eh! Tak ada kerja Ura nak angkat call abang.."

" Alah tapi kenapa? Abang rindu nanti! "

" Abang ni! Ura banyak kerja tau..abang tu fokus dekat kelas abang.."

" Nanti abang rindu macam mana? " Zayne memandang Syaura. Minta simpati.

" Ish abang ni! Lagi seminggu jekan? "

" Yelah, yelah.." akhirnya Zayne akur. Dia sengaja tadi nak menyakat Syaura.

Lagi seminggu sahaja dia dan Syaura akan disatukan. Walaupun Syaura sudah pun menerimanya tapi dia tetap usaha untuk membuat Syaura jatuh cinta dengan dia. Tetiap hari Syaura akan menerima bunga dari dia. Puas juga Syaura buang dalam tong sampah, tapi dia tetap beri bunga itu tiap-tiap hari. Dan akhirnya bunga itu Syaura kumpul dan simpan dalam kotak.

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now