BAB 39

9.6K 541 35
                                    

Mia tersenyum puas! Mesti Syaura menderita sekarang ni. Zayne pula memang dari dulu tidak berubah. Baran dan suka tuduh melulu.

Memudahkan kerja Mia. Masuk jarum sikit sahaja, musnah hidup Syaura! Zayne pula akan jadi milik dia. Segala yang dirancang semuanya berjalan lancar.

Hatinya sakit apabila Zayne lebih memilih Syaura. Sedangkan dia sudah lama memendam perasaan dengan Zayne. Dia balik semula ke Malaysia atas sebab dia inginkan Zayne semula tapi Zayne pilih Syaura.

" I akan buat you kembali pada I Zayne! " Apa yang dia mahukan semuanya akan ditunaikan. Dari kecil dia telah dimanjakan dengan kemewahan. Kehendak hati sering dipenuhi. Tanpa memikirkan perasaan orang lain, dia sanggup asalkan hajat serta kemahuan dia dipenuhi.

Zayne mencampak fail serta begnya diatas meja. Ramai student kena marah dengan dia. Emosinya terganggu. Hatinya rindukan Syaura tapi kerana ego, dia menindakkan.

Fikiran dia buntu saat ini. Bayangan Syaura bermesra dengan Nadine buatkan jiwanya sesak.

" Abang! Sumpah Ura tak masuk tempat haram tu! "

" Abang jangan salah faham. "

Rayuan Syaura memenuhi ruang telinganya. Syaura yang merayu terbayang dimatanya. Zayne cuba menepis tapi hampa. Dia meraup mukanya.

Selepas dia menghalau Syaura, dia telah dikhabarkan dengan pemergian Puan Sri Yasmin. Kemana Syaura?

Dia mula mengetap rahang! Egonya mula meninggi. Segala kebaikan Syaura sudah tidak jelas lagi dihati Zayne. Dimata Zayne hanya terbayang kemesraan Syaura dan Nadine.

" Kau penipu Syaura! " gumam dia geram.

Telefonnya berdering. Zafrul.

" Hello.. "

" Aku nak jumpa kau. " Zafrul mematikan panggilan. Dia memandang kosong. Wallpaper ditelefonnya dipandang. Gambar perkahwinan dia dan Syaura.

" Segala jiwa Ura untuk abang. "

Zayne meraup muka dengan kasar. Hatinya sakit! Syaura bersalah dalam hal ini! Syaura sengaja cari pasal. Syaura memang menguji kesabaran dia. Syaura patut dihukum!

Syaura hanya mengurung dirinya didalam bilik. Makan tidak minum pun tidak. Airmata? Kering. Sedikit pun Zayne tidak menelefon atau chat dia. Tiada langsung!

Dia masih menunggu kedatangan Zayne. Tapi hampa. Dia merenung jauh diluar tingkap.

" Abang cintakan Syaura. "

" Ura anugerah dari Ilahi untuk abang. "

" Assalamualaikum isteri abang.. "

Tangannya jatuh pada rantai pemberian Zayne. Pemberian Zayne padanya semasa diprogram motivasi. Bayangan Zayne yang tersenyum, gurau Zayne. Nakal Zayne. Semuanya dia rindu.

Sampai bila dia nak macam ni? Tak akan sikit pun Zayne berikan dia peluang untuk berterus terang. Mana hati dan perasaab seorang suami untuknya?

" Abang.. Ura tak salah.. Abang janji nak jaga Ura..." Syaura mengesat airmatanya perlahan. Walaupun hatinya sakit tapi cinta lebih menguasai dari kesakitan.

Aulia menjengketkan kakinya. Perlahan-lahan masuk kebilik Syaura. Syaura yang membelakangkan dirinya dipandang. Puas juga dia lari dari Memey semata-mata untuk melihat Syaura.

Memey adalah pembantu peribadi Aulia. Zafrul tugaskan Memey supaya menjaga Aulia dengan baik. Memey bukan sekadar pembantu peribadi malahan dia mempunyai kepakaran dalam berlawan.

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now