BAB 6

12.5K 686 16
                                    

Bukan pertama kali dia melangkah masuk kedalam banglo terbesar ini. Ruang tamu yang sunyi itu direnung. Seperti biasa neneknya akan sambut apabila dia pulang ke rumah ini, tapi hari ini..dia disambut dengan sekujur tubuh yang terbaring lemah.

Matanya sayu melihat insan yang selama ini mengambil tahu tentang halnya sedang melawan sakit. Dia mula mengambil tempat disebelah neneknya. Dia meraba dahi Puan Sri Yasmin. Panas.

" Ura.." panggil Puan Sri Yasmin lemah. Bau Syaura yang membuatkan dia terjaga dari tidur. Tangannya diangkat dan diletakkan ke atas kepala Syaura.

" Nenek..baru seminggu Syaura tinggalkan nenek, nenek dah jatuh sakit sebab rindukan Ura" Dia memeluk seerat-eratnya pinggang Puan Sri Yasmin.

" Nenek okay jelah sayang..cuma demam sikit je. " Dia bersyukur kerana Syaura masih sudi lagi pulang kerumah walaupun anaknya ada disitu.

" Nenek dah makan ubat ke belum ni ? "

" Dah..tadi dah telan ubat.."

" Nenek, nenek kena cepat sihat tau, Syaura janji Syaura dah tak buat hal lagi.." air matanya mula bergenang. Dari zaman sekolah sehinggalah dia 21 tahun, Puan Sri Yasmin jugalah yang datang berjumpa dengan guru sekolah dan lecturernya. Selalu bikin masalah ini budak !

Dia merasakan kasih sayang neneknya sangat besar. Sungguhpun neneknya itu dimamah usia, tapi nenek juga tetap menguruskan hal syarikat walaupun dari rumah, siapa yang mahu lagi Puan Sri Yasmin harapkan. Tiada orang yang mahu mengambil alih syarikat neneknya. Mujurlah PA Puan Sri Yasmin baik dan selalu membantu neneknya.

" Ura, manusia ni memang tak lari dari melakukan kesilapan, bukan disebabkan itu kita sesuka hati nak buat benda yang melalaikan.. " Puan Sri Yasmin memeluk Syaura dengan erat.

" Kita sebagai manusia yang Allah berikan akal dan buah berfikiran untuk kita melangkah atau bertindak dengan situasi sepatutnya..Syaura dah besar, Ura kena pandai jalankan tanggungjawab dan bertindak dengan betul..kalaulah hari ini hari terakhir nenek dengan Syaura, nenek harap sangat yang Ura pandai jaga diri..jangan buat benda yang bukan-bukan.."

" Kenapa nenek cakap macam tu..Ura tak nak.." Dia mula melepaskan tagisnya. Sungguh dia paling takut kehilangan orang yang paling dia sayang. Cukuplah Ibu dan ayahnya meninggalkan dia ketika dia berumur 7 tahun.

Kehidupannya tidaklah seindah kehidupan kanak-kanak lain. Dari kecil lagi neneknya memberikan apa sahaja tapi setiap kegembiraan akan pasti ada kedukaan. Mak Andak yang memang tidak suka dengan kehadirannya selalu menderanya dalam diam. Kepalanya selalu menjadi tunjulan Mak Andak. Dengan neneklah dia menumpang kasih-sayang. Mak Kiah pula sudah dianggap seperti maknya. Mereka berdua selalu ada dengannya ketika dia sedih. Kasih yang diberi tidak pernah sekalipun luak malahan menjadi sebuah kekuatan untuk dia teruskan hidup.

Menginjak dewasa baru dia mula memberontak. Itupun kerana Mak Andak selalu bawa pulang anak buah suaminya. Mak andak selalu membandingkan dia dengan Tasha ! Itu membuatkan dia tidak lekat dirumah. Walaupun nenek dan mak Kiah ada, tapi hatinya sakit dengan dua orang manusia yang tidak suka dengan dirinya.

Sebab itulah, Café ZD itu menjadi peneman dirinya. Perkenalan dengan Syamira menambahkan lagi keindahan dalam hidupnya. Mira sangat memahami dan sering menjadi motivasi dirinya.

Syaura mengeratkan lagi pelukannya. Puan Sri Yasmin tersenyum apabila Syaura mencium lembut pipinya. Sungguh dia sayangkan cucunya ini. Sakit kepalanya apabila mengenangkan yang jantungnya mula menginjak ke tahap lemah. Untung sahaja masih ada ubat untuk dia terus bangun dan bangkit melakukan kewajipan.

Sir Zayne hanya memandang dari pintu melihat kemesraan Syaura dan Puan Sri Yasmin. Hatinya tersentuh melihat Syaura yang menagis ditepi Puan Sri Yasmin. Dia sudah tahu dari Mak andak yang Puan Sri Yasmin telah mencapai ke tahap lemah. Sebelum pulang ke rumahnya, Puan Sri Yasmin telah menceritakan kehidupan Syaura. Dia perlu buat sesuatu untuk Syaura.

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now