BAB 64

9.5K 508 110
                                    

Zayne memandang sayu pada tanah yang masih merah. Air matanya yang ditahan dilepaskan. Dia tidak pernah meminta untuk rasa yang sebegini. Entah kenapa hatinya dipagut rasa sedih.

Zafrul menepuk bahu Zayne perlahan. Dia juga sedih dengan apa yang terjadi. Perlahan-lahan Zafrul melabuhkan punggung disebelah Zayne.

Suasna ditanah perkuburan islam itu mengundang rasa sebak ramai orang. Perginya seorang lagi hamba Allah yang sangat dikenali.

Rakan-rakan office Ferhand Company meminta diri. Encik Ferdi memandang sayu pada kawasan perkuburan itu.

" Kenapa dia selamatkan aku dengan Ura? " Zayne mengelap lembut airmatanya.

" Kau dengan Ura layak untuk teruskan hidup. " Zafrul berkata perlahan.

Iqbal mempunyai perasaan sayang dekat Syaura. Sebab itu dia sanggup korban diri dia untuk Syaura selamat. Dia mahukan Syaura hidup bahagia, dia mahu tebus salah dia kepada Syaura.

Zayne terdiam. Dari segi pandangan matanya, Iqbal menyimpan satu rasa yang dia sendiri dapat tangkap. Cara matanya memandang Syaura. Cara dia bercakap dengan Syaura sudah pun Zayne mengerti maksud itu.

Encik Ferdi mendekati Zafrul. Bekas menantunya dipandang lembut. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan bekas menantunya.

Tidak sangka Zafrul munculkan diri disini. Setelah 5 tahun Jasmine meninggalkan mereka semua, Zafrul turut sama meninggalkan Austria.

Saat Zayne dan Zafrul hendak melangkah kekereta. Telefon Zayne berbunyi. Menandakan masuknya panggilan. Dr. Hafiz.

" Hello? "

" Hello Encik Zayne..kami dari pihak hospital..Puan Syaura dalam kondisi yang lemah. Minta Encik Zayne datang kehospital dengan kadar segera. "

" Allah..." Zayne tergamam!

"Apahal ni Zayne? "

" Cepat Zaf! Ura tengah dalam kondisi yang lemah! " Mereka bergerak laju menuju kehospital.

Zayne menangis lagi. Sungguh dia tidak kuat sekiranya ada apa-apa yang berlaku terhadap Syaura.

Zafrul mengerling Zayne. Dia kesian melihat adiknya. Zayne memang sangat menyayangi Syaura lebih dari diri sendiri.

Masihkah ada peluang untuk Zayne mengecapi bahagia? Masihkah ada peluang untuk mereka hidup bersama?

" Ura..jangan tinggalkan abang.. " Suaranya kendur apabila teringatkan kenangan dia dengan Syaura.

Zayne menurunkan tanda tangannya. Selesai itu dia jatuh terjelepok. Dia menekur memandang lantai hospital. Airmatanya dibiarkan mengalir.

Zafrul hanya memandang sayu. Syaura terpaksa menjalani pembedahan kerana kaki Syaura sudah tidak berfungsi. Saraf kedua-dua kaki Syaura tidak dapat berfungsi lagi. Jika dibiarkan nanti kuman naik sampai keorgan-organ lain.

' Ya Allah..kuatkan hati aku Ya Allah..selamatkan isteri aku..'

" Puan Syaura terpaksa buat pembedahan memandangkan kakinya sudah mati..tapi saya minta sangat Encik Zayne supaya bertabah dengan apa yang akan berlaku. Kami tidak meletakkan 100 peratus terhadap operation ni..tapi pihak kami akan cuba sedaya upaya.."

" Abang nak hidup dengan Syaura..kalau keadaan boleh bertukar tempat, abang sanggup tanggung derita ni..abang sanggup! Abang tak sanggup tengok Syaura dalam keadaan yang macam tu..abang minta maaf sayang.."

[ Dalam bilik pembedahan ]

" Doktor!! Tekanan darah Puan Syaura rendah! " Defibrilator Syaura turun mendadak kepada 40 percent.

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now