BAB 66

9.4K 504 5
                                    

[ 3 Tahun kemudian ]

" Okay abang kira sampai tiga, sayang buka mata tau.." Syaura tersenyum lebar sambil menganggukkan kepalanya.

" 1.. " Zayne melepaskan tangan pegangan tangannya dari kerusi roda Syaura.

" 2.." Hati Syaura berdebar sebaik sahaja angka sudah masuk ke nombor 2. Zayne sudah memberitahunya yang Zayne nak buat surprise. Tapi dia masih tertanya-tanya. Nak kata candle light tak kanlah pulak. Disiang hari orang candle light?

" Abang jangan lama sangat..Ura tak sabar ni.." Zayne ketawa.

" 3.." Laju sahaja Syaura membuka ikatan kain dimatanya.

Angin yang lembut menyapu kulitnya mesra

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.


Angin yang lembut menyapu kulitnya mesra. Pandangannya jatuh pada tempat kecil yang dikhaskan untuk dia dan Zayne berkelah. Syaura tersenyum lembut.

" Surprise sayang!! Happy anniversary yang ke 3 tahun..." Dalam tidak sedar, perkahwinan mereka sudah menjangkau ke lima tahun.

Zayne membawa Syaura lebih dekat kearah mini picnic mereka.

" Abang Ura nak duduk bawah dengan abang.. " pinta Syaura.

" Lah..nanti sayang sakit kang.. " Syaura menjuihkan bibir. Dia teringin nak duduk dekat bawah seiringan dengan Zayne. Asyik Zayne yang duduk bawah, dia yang duduk atas.

" Alaa..bolehlah abang..tak de feel lah duduk atas kerusi ni. Mana ada orang picnic duduk atas kerusi roda! " bentak Syaura.

" Alolo..sedih pulak dia, meh sini. " Zayne mendukung Syaura dan meletakkan Syaura perlahan dibawah.

Shawl yang sentiasa menutupi kakinya, Zayne membetulkan bagi rapi.

" Okay tak? " Zayne ingin memastikan Syaura tidak merasa sakit langsung.

" Okay je.. " Syaura membetulkan kedudukannya. Tangan Zayne yang sentiasa berjaga-jaga digenggam perlahan.

" Abang jangan risau..Ura selesa duduk sini.. " Syaura tersenyum.

Zayne meletakkan tangannya dibahu Syaura. Syaura melentokkan kepala dibahu Zayne.

Suasana dipantai Lav sangat mendamaikan. Tidak terlalu padat dengan manusia.

" Terima kasih abang.. " ucap Syaura lembut. Kini kepala Zayne pula dilentokkan diatas kepala Syaura. Bibir merah Zayne terukir senyum.

" Abang ada dengan Ura walaupun Ura menyusahkan.. " Tangan Zayne dicapai daj digenggam.

Ombak yang beralun lembut, menyapa pandangan mereka berdua.

" Ura tak menyusahkan abang.. When abang say Aku terima nikahnya it's mean..abang accepts the responsiblity to protect sayang, give love and give all my soul.." Bibir lembut Zayne sudah singgah didahi Syaura.

" Abang nak sayang happy.. 5 tahun lepas, abang pernah siakan sayang..abang pernah buat sayang sakit..jadi, abang sedar sebenarnya abang tak boleh kalau tak ada sayang dekat sisi abang.." Syaura tersenyum. Bunyi ombak menemani mereka berdua.

" Abang.. " seru Syaura lembut.

" Ye sayang.. "

" First time abang jumpa Ura, apa yang abang think? " Zayne ketawa perlahan. Soalan itu juga yang Syaura ingin tanya.

" Urmm..abang think this is my future wife." Syaura menghambur ketawa.

" Betul-betul lah abang..jangan nak berdrama kat sini. "

" First time abang nampak Ura, bila kaki Ura masuk je kelas abang, abang dah berdebar... "

" Berdebar sebab apa? "

" Sebab time tu firstly student yang singgah kat mata abang, sayanglah. Dahlah garang!  First class dah marah abang.. " Syaura ketawa. Dimana hari tu, dia marah Zayne sebab dia tak nak Zayne panggil dia Adell.

" Tak sangkakan..lecturer yang Ura tak suka, jadi husband Ura.. " Dia dan Zayne ketawa.

" Sir paling hot! " sambung Zayne.

" Abang tahu gelaran yang diorang bagi kat abang? "

" Tahulah..tipulah tak pernah sampai dekat abang.. Sampai sekarang tau gelaran tu melekat kat abang.. Datanglah berapa banyak lecturer baru, abang selalu diranking number 1 tau! " Zayne menepuk dadanya. Jaguhlah kiranya.

" Hamboi! Sir Zayne ni dari dulu sampai sekarang..perasan je lebih. " kutuk Syaura.

" Sir Zayne perasan ni jugalah yang sayang tercari malam-malam.. " Zayne mengusik Syaura.

" Eii mana ada! " Dalih Syaura.

" Eleh! Tak nak mengaku.. " Jari runcing Zayne, mencubit pipi Syaura mesra.

" Abang tu yang tak boleh kalau Ura tak ada kat sebelah abang.. " Zayne tersengih.

" Mestilah! Sayang the only one yang boleh buat abang cair.." Zayne mula menguntum senyum nakalnya.

" Ish! Tak ada kerja lain.." Syaura menjulingkan mata keatas.

" Abang tak boleh kalau sayang tak ada kat sisi abang.." suara Zayne mula mengendur.

" Janganlah sedih abang.. " Syaura memeluk pinggang Zayne. Zayne tersenyum lalu mencium dahi Syaura.

" Ura tak nak abang sedih..cukuplah masa lalu kita dah rasa sedih, sakit semuanyalah.. " Syaura mengeratkan lagi pelukannya. Zayne membalas pelukan Syaura.

" Abang satu-satunya yang Ura ada, harta yang Ura ada..sepatutnya Ura yang takut bila abang tak ada dekat dengan Ura.. " disebalik pelukannya, airmatanya diseka.

" Ura tak sempurna, semua benda abang yang buatkan, dari Ura buka mata..dan sampailah Ura tutup mata..abang yang uruskan..."

" Abang sikit pun tak merungut, kalau Ura give up! Abang bagi semangat.." Zayne memeluk Syaura. Bibirnya didahi Syaura tidak dilepaskan.

" Abang sayangkan Ura lebih dari segala-galanya.. Setiap hari abang nak pastikan yang Syaura okay.."

" Abang akan pastikan Ura okay..abang may not be the best, but I will try to be my best, and that is all I need to do.. "

" Abang dah jadi terbaik..abang dah buktikan yang abang sayangkan Ura dari segalanya.. " ucap Syaura menahan sendu. Dia tidak mahu menyakitkan Zayne dengan airmatanya.

" Shuh.." Zayne menggosok belakang Syaura lembut.

" There are only four words that are so much better than. I love you. And those words are, I'm here to stay.. "  Bisik Zayne romantis.

Mereka menyaksikan ombak kecil cuba menjadi pecahan antara pasir dan laut. Namun kekuatan pasir dan laut menghalang terjadinya perpisahan itu.

Begitu juga dengan kehidupan Zayne dan Syaura. Walaupun ada yang cuba menghalang mereka, tapi kerana kekuatan cinta, mereka tetap bersama.

Haii guys!! Vote dan comment tau..korang dah boleh start lega sebab tak ada konflik lagi next chapter (yeke)

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα