BAB 63

9.1K 523 74
                                    

Syaura meraung sakit. Perutnya ditendang sekuat hati. Lelaki dihadapannya ini naik hantu apabila Syaura menolak untuk makan.

" Bodoh! Menyusahkan aku! " Lelaki itu meninggalkan Syaura yang mengerang sakit. Sudah dua hari dia tidak menyentuh nasi mahupun air. Dia lebih rela menahan lapar dan dahaga dari menyentuh makanan yang dihidangkan.

Tidak sampai 5 minit, pintu ditolak kasar. Terserlah figura tinggi lampai itu mendekatinya. Beberapa orang lelaki turut Bersama dengan Mia.

Laju sahaja tangan Mia menarik rambut Syaura dan mengheret Syaura.

" Aku tengah sakit hati ni Syaura!! Hanip dah mati!!! " Mia menolak kasar kepala Syaura. Air mata Syaura sudah pun turun. Setiap kali Mia mengunjunginya ada sahaja perempuan itu menderanya.

" Kau nagis? Alooo sedihnya..kau sedih? " Mia mengusap pipi Syaura perlahan.

Pang! Pipi Syaura ditampar berkali-kali. Semua yang ada disitu hanya melihat tanpa merasa simpati.

" To..tolong lepaskan aku Mia.." perlahan suara Syaura meminta.

" Ha?! Lepaskan kau?!! " Matanya memandang Syaura tajam.

" Kau bodoh ke Syaura?!! Tak kan aku nak lepaskan kau? Kau tahu tak..hati aku ni masih sakit!! Sakit!! Sebab Zayne tak pandang aku langsung!! Dia tak pedulikan aku!! Sebab kau aku merana!! Sebab abang ipar bodoh kau tu..kakak aku mati!!! " pekik Mia.

" Buat apa kau nak simpan dendam tu lagi Mia? Orangnya dah tak ada! Jangan jadi bodoh Mia!! "

" Hey sial!! Kau tahu apa? Kau tahu apa Syaura?! Kau cakap macam kau tahukan? " Muka Syaura disepak.

" Argh!! " Kaki Syaura dijeling.

" Zack! Hulur spana besar tu.." Spana sudah bertukar tangan.

" Kau pegang kaki dia! " Syaura sudah meraung minta tolong. Dengan sekali hayunan sahaja Mia memukul kaki Syaura menggunakan spana.

" ARGHH!!! SAKIT MIA!! " bertalu-talu hentakkan pada kakinya. Syaura dapat rasakan tulang kakinya sudah patah.

" Sial kau Ura!! Bodoh!!  " Mia memukul kaki Syaura dengan spana tanpa rasa kesian.

" ALLAH !! " Jeritan demi jeritan yang bergema diruangan gudang itu. Beberapa konco Mia sudah pun mengalihkan pandangan kearah lain. Tidak sanggup melihat. Ngilunya terasa macam kaki Mereka yang diperlakukan sebegitu.

" YA ALLAH KAKI AKU!! " kakinya yang hampir lunyai dikerjakan oleh Mia.

Seorang lelaki yang baru sahaja masuk kedalam bilik itu terkejut dengan tindakan Mia. Kaki Syaura sudah pun berlumuran dengan darah. Sehinggakan Syaura tidak dapat menggerakkan kakinya.

Lelaki itu mendekati Mia dan menolak Mia sekuat hati. Spana tercampak. Syaura meraung sakit! Suaranya sudah hilang. Air matanya berjurai-jurai. Tangannya sudah pun luka akibat ikatan ditalinya. Kaki?

" Kau dah gila ke Mia?! " Lelaki itu menjerkah Mia.

" Gila?!! Kau cakap aku gila?!! " Pekik Mia. Darah yang terpecik dimukanya dibiarkan.

" Schone frau.." Iqbal terasa sakit apabila terpandangkan Syaura yang terbaring lemah.

" Aku dah agak! Kau sayang perempuan bodoh ni kan? "

" Hey Ayden!! Memang ini kan yang kau nak? Memang inikan? Kau memang nak bagi adik Zafrul merana sebab perempuan ni matikan? " Syaura menangis. Tidak sangka Iqbal turut serta dalam rancangan Mia. Hatinya terluka.

" Bukan cara macam ni Mia!! Kau jangan ikut perasaan boleh? Sebab kau planning aku yang dulu hancur! Sebab kau buat benda bodohlah kita akan ada dalam kesusahan! Kalau kau nak balas dendam sebab kakak kau mati, bukan dekat Syaura! Dekat Zafrul! " Kasar sahaja Iqbal menolak Mia.

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now