BAB 33

10.2K 513 14
                                    

Syaura mengambil tempat disebelah Zayne. Melihat riak wajah Zayne yang selamba, Syaura menepuk meja.

" Sayang..kenapa ni? " Zayne mengerutkan kening. Dia punyalah fokus nak siapkan kerja, isteri tercinta pula yang mengganggu konstruksinya.

" Abang kata nak bercerita. " Zayne menyeringai.

" Kalau abang cerita..abang dapat apa? " Dah mula miang dia. Syaura menjulingkan mata keatas.

" Tak akan nak cerita pun, nak kena bagi upah. "

" Mestilah, sambil menyelam minum air. " Tangan Zayne melingkari pinggang Syaura.

" Sayang nak tanya apa? "

" Banyak. " Zayne tersenyum.

" Okay, kita mulakan dengan soalan yang pertama. "

" Abang pergi mana tetiap malam? " Zayne menyimpul senyum.

" Cafe. "

" Cafe mana? "

" Honeydew creamer satu." balas Zayne. Syaura terdiam. Minuman favourite dia kalau datang ZD cafe. Eh!

" ZD cafe?! Abang kat ZD cafe?! " Zayne ketawa. Kelakar mimik muka Syaura.

" Yelah, cafe abang. " What?!!

" Abang punya cafe?! Kenapa tak bagitahu?! " Syaura terkejut. Tak sangka.

" Saja je nak rahsia. " Syaura menarik muka masam. Kurang asam punya suami.

" Abang ke yang ambik order Ura time Ura bungkus je tu? " Mata Zayne seperti lelaki yang jaga kaunter time dia order hari tu. Yang buatkan hati dia..

" Haah. Time tu abang tak sangka yang Ura tenung abang macam nak rogol abang je..seram abang. " usik Zayne.

" Ish! Ura tengok je.." dalih Syaura. Padahal dalam hati mohonlah Zayne tak perasan.

" Ala tak pelah, cinta pandang pertama. Lagipun dah jadi suami Ura dah pun. " Usik Zayne lagi. Merah muka Syaura.

" Selama ni kitaorg lepak, kitaorang tak pernah perasan abang. "

" Abang tahu kat situ ramai pelajar abang jadikan port diorang lepak. Before abang jadi lecturer pun abang dah pesan awal-awal dekat staf abang supaya identiti abang dirahsiakan. " terang Zayne. Bila pensyarah yang terangkan mestilah satu per satu.

" Abang tak nak sesiapa kenal owner ZD cafe sebab cafe tu peninggalan arwah mama. Zaf yang minta abang ambil alih ZD cafe tu. Masa tu abang dah habis belajar dan abang uruskan cafe. " Syaura mendengar dengan khusyuk.

" Masa arwah mama buka cafe tu, ramai betul yang cemburu dengan rezeki mama. Sampaikan ada satu tahap, cafe mama kena pecah masuk. " Zayne menggenggam penumbuk.

" Tapi mama tak buat report. Sebab dia tahu siapa yang buat dia. Mama tak nak orang yang mama sayang meringkuk dalam penjara. Sampailah mama meninggal, Zaf yang ambil alih jagakan cafe, tapi Zaf banyak lagi kerja yang dia kena uruskan. "

" Habis je graduate, abang tolong Zaf jagakan cafe tu..sampailah satu masa Zaf serahkan tanggungjawab sepenuhnya dekat abang. " cerita Zayne.

" Kenapa abang kena rahsiakan owner cafe tu? " soal Syaura.

" Abang tak nak nanti, ramai perempuan yang terhegeh-hegeh datang kat abang..nak-nak si Mia tu. Abang tak diorang ganggu pelangan abang menikmati suasana cafe tu. "

Agak masuk akal. Tapi Syaura tetap rasa ada sesuatu.

" Mia tu siapa pada abang? " Zayne terdiam. Mia?

" Dia ex abang. " Syaura pula terdiam.

" Mia tu dulu satu Uni dengan abang. Dia sebaya dengan Nadine. Walaupun masa tu abang ambik master, diorang diploma tapi kitaorang macam belangkas. Abang time tu tak tahu kenapa minat dekat Mia. "

" Cinta tu memang buta." bentak Syaura.

" Ye buta. Buta pada orang yang tak tahu erti sebenarnya cinta. Cinta tak membutakan tapi manusia yang buta kerana cinta. Kalimah cinta tak sepatutnya memberi kesan buruk pada manusia, sedangkan cinta tu adalah satu nikmat dan keindahan yang Allah wujudkan dalam diri manusia. " Syaura tersenyum.

" Back to story, abang dengan Mia putus sebab Mia nak kejar ambition dia. Nak jadi top model. "

" Lah sebab tu je? "

" Yelah, bukan sebab Mia curang like Nadine dengan sayang.."

Pap! Syaura menepuk peha Zayne. Matanya bulat. Nadine?

" Abang tahu? "

" Tahulah, Nadine tu ex Ura kan? Lupa ke abang dengan diorang macam belangkas. " Syaura menjuihkan bibir.

" Ada dua sebab why abang kenal Syaura time first class kita. " Syaura menjungkitkan kening.

" Satu Nadine bagitahu nama kekasih hati dia Adell dan nama Adell tu abang kenal time abang umur belasan tahun. Time tu abang sedih sebab mama meninggal. " sambung Zayne. Syaura berfikir sejenak. 12 tahun?

" Ada sorang budak perempuan ni datang dekat dengan abang..acah heroin time tu..dia nasihatkan abang yang lebih tua dari dia.." Zayne menyimpul senyum.

" Eh jap! Lah abang ke yang menangis tu ? Time tu kawan nenek meninggal, nenek bawa Ura dan time tu Ura nampak ada budak tengah menangis. Ura tegur. Dan dia tu abang ke?! "

Apabila Zayne menganggukkan kepala, Syaura menepuk dahinya.

" Serius Syaura tak perasan abang.." rupanya dia dan Zayne sudah bertemu sejak azali lagi.

" Banyak sebenarnya kebetulan dalam kehidupan kita, cuma kita je tak perasan. "

" Yelah, bila abang cerita baru Ura perasan. Dah terang-terangan ZD tu Zayne Darris tapi Ura tak perasan. Dan kita sebenarnya dah kenal sejak azali lagi cuma Ura je tak ingat. "

" Lagi? Ada soalan lagi tak? " tanya Zayne. Dia ingin menyudahi kerjanya.

" Setakat ni tak ada. "

" So, dengan arahan suami kamu ini, pergi study, minggu depan dah exam. Sibuk nak berborak-borak. " tegas Zayne.

Dengar je suara serius Zayne Syaura kembali kemeja studynya. Buku dibuka dan tangannya menyelak kertas-kertas.

Zayne dengan kerjanya, Syaura dengan kerjanya. Hatinya rasa lega sikit dengan cerita Zayne. Nak marah? Tak benda yang nak dia marah. Walaupun hatinya terasa dengan Zayne yang merahsiakan, tapi cepat sahaja dia menepis semua perasaan negatif.

Mia mencampak semua barang-barangnya diatas meja. Sakit hatinya. Zayne tipu! Zayne bukan bertunang, Zayne dah kahwin. Rasa dirinya makin tipis untuk dapatkan Zayne.

" Tak apa! Aku akan dapatkan kau juga! Kau dah kahwin, tak bagitahu aku..kau janji kau nak hidup dengan aku.." sekejap dia marah, sekejap lagi dia menangis. Emosinya sudah tidak terkawal.

Telefon diambil dan dia menghubungi seseorang. Dia tersenyum sinis apabila menamatkan panggilan. Tunggu I, Zayne!
After semua ni, kita akan bahagia. Wait and see Zayne.

~ maaf atas kesalahan ejaan atau banyak typo dri awal chapter sampailah chapter yg ni. Disebabkan pkp nikan Qay ddk rumah dan jari Qay dah besar. Tapi badan tak besar ( hehehehe) jari je besar. Sorry okay..dan teruskan vote dan comment. ~

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now