BAB 65

10.6K 527 54
                                    

Syaura tersentak! Dia membuka mata dengan tiba-tiba. Bayangan Mia yang menghampirinya dengan sebilah kapak, cuba untuk memotong tangannya. Syaura menangis!

" Abang!!!! Tolong Ura abang!!! " Dia cuba bangkit dari pembaringan tapi ditahan oleh jururawat yang bertugas.

" Telefon Encik Zayne sekarang! " arah Dr. Hafiz. Dia cuba menenangkan Syaura.

" Lepaskan saya!! Lepaskan!! Tolong selamatkan saya!! Suami saya mana?!! " jerit Syaura.

" Sabar puan..sekejap lagi Zayne datang.. " Syaura menggerakkan tubuhnya. Saat ini dia cuba menggerakkan kakinya tapi dia terhenti.

Dr. Hafiz dan jururawat melepaskan Syaura apabila wanita itu tiba-tiba terkedu.

Syaura tidak hirau dengan tekaknya yang payau, bibirnya yang kering. Matanya melorot jatuh pada bahagian kaki yang diselimutkan.

Dia menarik perlahan-lahan selimut itu. Hatinya berdebar. Kenapa dia tidak rasa apa-apa? Kenapa dia cuba menggerakkan kaki tapi tiada apa-apa refleks?

Sekali sentap sahaja, matanya membulat. Separuh dari kakinya sudah tiada! Hanya balutan dihujung lutut sahaja yang dia nampak!

" Kaki aku?! Kaki aku?!!! Arghh!!! " Syaura menjerit kuat! Dia lumpuh selamanya! Dia cacat!

Adakah Zayne sudah mengetahui tentang ini? Adakah Zayne tahu keadaannya sekarang?

" Bawa bersabar Puan Syaura..bawa bersabar. " Dr. Hafiz dipandang tajam.

" Kaki aku!! Aku cacat!! Aku kudung!! Aku cacat!! " Syaura meraung.

Ya Allah, kau telah tarik nikmat yang satu ini.

Zayne berlari mendapatkan bilik yang ditempatkan khas untuk isterinya. Dari arah pintu dia melihat Syaura termenung jauh. Mata Syaura lebih tepat memandang kakinya yang sudah pun kudung.

" Sayang.. " Zayne perlahan-lahan mendekati Syaura.

Syaura mengangkat mukanya. Wajah tenang Zayne dipandang. Airmata mula turun.

" Jangan dekat! " Langkah Zayne terhenti.

" Jangan datang dekat! Aku cacat! Aku tak sempurna!! Aku cacat Zayne!! " Air matanya tumpah. Semangatnya hilang.

Zayne menangis. Syaura yang tersedu-sedu itu dipeluk. Tapi Syaura menolak kuat tubuh Zayne.

" Pergi!!! Pergi Zayne!! Aku cacat!!! " Zayne tetap melangkah mendekati Syaura. Dia menarik tubuh Syaura. Dan memeluk Syaura erat.

" Shuh..shuhh..jangan macam ni sayang.. Sayang tak cacat.. " pujuk Zayne. Dia menahan sahaja pukulan dari Syaura. Raungan dari Syaura menambahkan lagi rasa sayunya.

" Kaki aku kudung!! Aku tak sempurna!! " Mendayu-dayu suara Syaura berkata. Zayne menambahkan lagi erat pelukannya.

" Shuh...shuhh... " Dia mengusap lembut rambut Syaura.

" Sayang tetap sempurna dimata abang..sayang jangan sedih.. Abang ada dengan sayang.. " Pipi Syaura dipegang lembut.

Syaura menangis. Muka penuh dengan air mata. Suara rintihan Syaura menambahkan lagi rasa sakit dihatinya!

" Sayang pandang abang sayang.." pinta Zayne. Anak mata Syaura ditatap lembut.

" Abang terima sayang seadanya..abang tetap setia dengan Syaura! Syaura tetap sempurna dekat mata abang okay.. " Mereka berdua sama-sama mengalirkan airmata.

" Ura cacat!! Ura tak boleh jadi isteri yang sempurna.. " rintih Syaura.

" Shuh...abang tak harapkan Ura jadi yang sempurna..yang abang harapkan Ura tetap ada dengan abang.. " Syaura membalas pelukan Zayne erat.

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now