BAB 37

10.6K 608 68
                                    

" Ura!!! " Mira segera memeluk tubuh Syaura. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Syaura.

" Hoi! Bukannya dah setahun tak jumpa. Baru berapa minggu je tak jumpa aku. " Syaura menonjol bahu Mira.

Zaidi gelakkan Mira. Dia hanya memandang sahaja tingkah laku perempuan dihadapannya.

" Baby..saya ada benda nak bagi awak. " Zaidi ni memang tak lari dari bermulut manis. Siapa yang tidak kenal dengannya pasti akan terjatuh dalam dakapan buayanya.

Sekeping sampul surat dihulurkan. Syaura menyambut. Dia mengerutkan keningnya.

" Sampul apa ni? " Mira tersengih. Syaura membuka sampul itu dan matanya membulat.

" What? Are you seriously Idi? " Syaura terkejut.

" Yes! Hujung bulan ni saya akan berkahwin. " Seronok masing-masing.

" Oh! Patutlah lately ni send gambar pelaminlah, baju melayulah apalah kat group whatsApp. " usik Syaura.

" Siapa perempuan ni? " Mira memandang Zaidi.

" This girl make me feelinglah sendu! Dia lain dari yang lain. She make me fall in love! " Zaidi malting.

" Apo kau ni?! Aku tanya siapa dia? Kitaorang kenal ke tak? " Mira menjeling tajam. Lain yang ditanya, lain yang dijawab.

" Sarah Adlina. Satu class dengan korang. " beritahu Zaidi.

" Sara?! " Serentak Syaura dan Mira menjerit.

" Hey relaxlah.." Zaidi tersengih.

" Apasal kitaorang tak tahu yang selama ni korang fall in love? " tanya Syaura.

" Macam mana kau boleh kenal dia? " soalan dari Mira pula.

" Hey, hey chill girls.." Zaidi menenangkan dua perempuan dihadapannya.

" Aku kenal dengan dia dekat depan kedai buku. Time tu aku bawa girlfriend aku pergi shopping. Then secara tak sengaja, aku langgar dia sampai dia terjatuh. Then dia kena marah dengan girlfriend aku. "

" Siapa girlfriend kau waktu tu? Yang keberapa? " soal Mira.

" Lydia. Yang ke 26. " terbuntang mata Syaura. Yang ke 26?

" After that, dia marah Lydia. Dia kata macam ni..mulut tu jaga sikit. Biar skirt kau tu singkat jangan otak kau yang singkat. Dah sah-sah balak kau ni yang langgar aku. "

Syaura dan Mira bertepuk tangan. Puas hati bila dengar Sara melawan.

" Then Lydia terdiam and dia suruh aku marah Sara. Dan aku pun bagilah kertas. "

" Kertas? Kertas apa? " Mira dan Syaura pelik.

" Kertas tu ada number phone aku. " Mereka berdua menepuk dahi. Apa yang Zaidi ni cuba nak buat?

" End up, time aku serahkan kertas dekat dia, ada sorang lelaki datang dekat aku..dia tarik Lydia dan dia kata Lydia tunang dia. "

" Aku katalah, ya..Lydia kawan sekolah aku dan aku tarik Sara, aku kata..kenalkan ni future wife aku. Dan Lydia punya muka macam tercekik biji durian. Nasib baik aku tak kena sebat dengan tunang Lydia. After je kejadian tu..aku dengan Sara makin rapat. "

Syaura dan Mira terlopong mendengar cerita Zaidi.  Macam tak masuk akal. Muka Zaidi pula serius. Patut ke tak diorang percaya dengan cerita Zaidi.

" Dan aku jatuh cinta dengan dia. Aku serius dengan dia. " jujur Zaidi. Berapa puluh wanita yang dia pernah dampingi, Sara seorang sahaja mampu buatkan dia rasa feeling cinta.

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now