49

25.7K 2.1K 638
                                    

                          PAGI itu, Tuan Haji Zamani terkejut apabila menerima banyak e-mail yang tertulis surat berhenti daripada pekerja-pekerja hotel sri perdana. Bukan sikit, tetapi hampir separuh pekerjanya daripada tukang masak sehinggalah pengurus housekeeping yang menghantarnya secara tiba-tiba. Pengunjung juga sudah semakin berkurang sejak beberapa minggu. Entah apa yang sudah jadi, dia pun tidak tahu.

"Apa ni? Kenapa tiba-tiba je benda ni berlaku?!" soal Tuan Haji Zamani, geram. Digoncang komputer di atas meja itu berkali-kali seperti tidak percaya. Kepalanya sudah berdenyut-denyut, tertekan. Diurut dengan menggunakan sebelah tangan kanannya. Macam mana semua ini boleh berlaku? Tak! Aku tak boleh biarkan perkara ini berterusan. Jika tidak, di mana lagi mereka hendak mencari duit?

"Malik!" panggil Tuan Haji Zamani, sedikit menjerit. Namun, tiada suara yang menyahut. Takkan belum pulang ke rumah lagi? Dia mengerut kening, pelik. Lantas Tuan Haji Zamani bangun daripada meja kerjanya, melangkah keluar daripada bilik itu. Anak mata melilau ke sekeliling laluan yang panjang. Diperiksa bilik Malik yang berada paling hujung, malangnya figura lelaki itu tidak kelihatan. Malah, bilik itu juga kemas dan teratur seperti Malik belum pulang sejak semalam.

"Haih... mana pula si Malik ni?" gumam Tuan Haji Zamani. Dia melangkah menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah. Sampai sahaja di ruang tengah, dia melencong kaki terus ke arah Puan Kalsum yang berdiri di hadapan pintu gelangsar sambil menghubungi seseorang. Riak mukanya tampak gelisah.

"Awak call siapa?" tegur Tuan Haji Zamani. Puan Kalsum menoleh ke belakang. Dia kembali menjatuhkan telefon itu ke bawah.

"Malik, bang. Saya call dia daripada subuh tadi tapi dia langsung tak angkat. Semalam dia kata dekat saya, dia nak pergi masjid. Ada urusan tahlil dekat sana. Tapi bila saya call AJK masjid tu, diaorang kata mereka tak buat apa-apa pun malam tu. Ya Allah... hati saya rasa tak sedap betul hari ni. Selapas satu demi satu benda yang jadi. Saya risau, bang."

"Mungkin dia pergi ke masjid lain kot? Takkan lah dia nak tipu kita pula. Untuk apa?"

Puan Kalsum mengjongket bahu. "Entahlah. Tapi hati saya betul-betul tak sedap sejak semalam. Saya siap bermimpi lagi yang Malik pergi ke rumah Luth dan cuba rogol Hawa. Saya rasa macam benda tu betul-betul berlaku, bang. Apa kata kita pergi cari Hawa? Mungkin dia tahu mana Malik pergi?"

"Untuk apa kita nak pergi cari perempuan murahan tu? Sudahlah, tak payah dilayan sangat mimpi karut awak tu. Awak ingat Malik tu macam Luth ke? Dia tu belajar agamalah, dia tahu mana yang baik mana yang buruk. Bukan macam anak awak lagi seorang tu!" sinis Tuan Haji Zamani. Dia menjeling menyampah. Sofa yang berada di ruang tamu itu menjadi tempat dia melabuh punggung. Puan Kalsum mengeluh kecil.

"Abang... Saya merayu sangat. Janganlah awak hina Luth macam tu. Sejahat mana pun dia, dia tetap keluarga kita bang."

"Heh, keluarga konon... sejak dia keluar daripada rumah ni, nama Luth seolah-olah dah dipadam terus daripada hati saya. Ish, serabut lah bila fikir pasal dia! Hei, awak nak tahu tak? Pekerja-pekerja dekat hotel saya dah ramai minta berhenti kerja secara tiba-tiba? Saya dah tak tahu nak uruskan macam mana lagi? Kalau makin ramai yang minta berhenti, habislah... tak pasal-pasal hotel tu kena tutup sampai bila-bila!"

"Apa? Berhenti?" Puan Kalsum terkejut. Dia terus melangkah mendekati suaminya.

"Entah-entah... ini karma untuk kita kot bang? Kita dah banyak susahkan hidup Luth, dan sekarang...."

"Hei, Sum! Awak boleh tak, sekali sahaja jangan sebut nama Luth depan saya? Ini langsung tak ada kena mengena dengan anak tak guna tu lah! Tak habis-habis daripada semalam lagi awak asyik sebut karma! Karma! Karma! Nak meletup kepala saya ni tahan dengan perkataan karma awak tu!"

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now