Bab 32

25.9K 1.9K 582
                                    

                        SIAP! Milo ais air tangan Hawa sudah siap dibancuh. Acewahh! Berangan pula aku ni? Buat air sahaja bukannya buat benda susah pun. Hawa ketawa sendiri. Dia meletakkan dua gelas Milo ais ke atas dulang untuk di bawa ke bilik Luth. Namun, langkahnya terhenti serta-merta apabila terdengar jerkahan Tuan Haji Zamani daripada tingkat atas. Ini semua sebab minah pekak tadi tu! Gara-gara peminangan tidak masuk akal ini, Luth diherdik oleh bapanya kerana menolak.

Teruk jugalah Luth kena membebel sehingga terdengar suara Tuan Haji Zamani sampai je tingkat bawah. Betapa kuatnya dia menjerit kepada Luth. Aduhai, kasihannya...

Hawa mengeluh kecil. Dia meletakkan semula dulang berisi air Milo itu ke atas meja. Sekilas dia menjenguk ke tingkat atas, takut pula untuk hantar air ini ke bilik Luth. Takut-takut, kemarahan Tuan Haji Zamani sehingga mencampakkan air Milo ini ke wajah anaknya sendiri. Hawa pantas menggeleng kepala.

"Tak boleh... Tak boleh... baik aku tunggu dulu dekat sini." gumamnya. Dia menarik satu kerusi di meja makan lalu melabuh punggung di situ.

"Pelik jugakan Luth ni? Perempuan cantik macam Shahidah pun dia boleh tolak mentah-mentah. Mesti buah hati dia lagi cantik daripada minah pekak tu. Tapi... Setahu aku Luth tak ada pun kawan perempuan. Setiap masa dia dengan aku. Pukul satu pagi pun, dia call aku bukan teman wanita dia. Hmm..." Hawa bermonolog sendirian. Entah mengapa dia masih lagi belum melupakan tentang wanita misteri yang sudah menawan hati lelaki itu. Hebat sangatkah dia? Cinta sangatkah Luth terhadap dia? Terlampau banyak soalan yang bermain di fikiran Hawa saat ini yang tak mampu untuk dia rungkaikan sendiri.

"Takkan perempuan tu aku pula? Ish, kau ni Hawa... bab berangan memang nombor satu! Mamat tu siap panggil kau cicak kobeng lagi. Takkan lah dia suka kau? Padahal, orang lain kalau dah suka panggil sayang, baby, bucuk-bucuk manja... paling kurang pun 'awak'. Ini tidak, dia bercakap dengan aku pun ber 'kau', 'aku'. Ish, tak romantik langsung!" beleter Hawa lagi. Kalau bab romantik, lelaki itu memang kalah! Tapi, jika caring. Ya. Itu memang Luth Mikail. Betapa gembiranya hati aku apabila dapat tahu dia sanggup terjun daripada balkoni semata-mata nak kejar si perogol tu. Seolah-olah sama seperti cerita puteri Rapunzle pula yang terperangkap di dalam sebuah istana, dan muncul seorang hero yang berani menyelamatkannya biarpun harus berlawan dengan seekor naga dahulu. Oh, caring betul!

"Aduh!" Hawa mengaduh sakit saat perutnya terasa mengulas. Kedua belah tangannya menekan perut. Berkerut wajahnya menahan sakit.

"Sakit perutlah pula. Sempat lagi kot aku pergi tandas? Lagipun, bapa Luth pun tak habis membebel lagi." desis Hawa. Tanpa berlengah, dia terus beredar ke arah bilik air yang berada bersebelahan dengan dapur. Dua gelas Milo ais dibiarkan sahaja di atas meja.

Setelah memastikan kelibat Hawa menghilang, Malik melajukan langkahnya turun daripada anak tangga. Sampai sahaja di ruang tengah, dia terus melencong ke dapur. Segaris senyuman sinis terbentuk di bibir saat melihat dua gelas air Milo berada di atas meja. Pasti itu untuk Luth. Sekilas dia memandang kiri dan kanan, memastikan tiada siapa yang berada di situ.

Lantas, dia mengeluarkan paket kecil berisi serbuk putih lalu dituangkan sedikit ke dalam dua gelas air Milo itu. Sudu teh yang berada di atas kabinet dicapainya, lalu dikacau sedikit supaya tidak serbuk itu terlarut ke dalam air.

"Bukan main kau kejar aku semalamkan Luth? Kau nak sangat perempuan tu, kan? Sekarang, aku akan bagi dekat kau. Minum air puas-puas, sebab selepas ni kau takkan jejakkan lagi kaki kau ke dalam rumah ni." gumamnya. Dia tersenyum jahat. Setelah habis dikacau, dia kembali membasuh sudu teh itu dan diletakkan ke tempat asal. Tanpa berlengah, dengan pantas dia berlari meninggalkan dapur saat terdengar pintu bilik air dibuka.










MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now