Bab 36

26.6K 2.1K 627
                                    

                        NASI goreng yang di masak oleh pembantu rumah itu terus di buang ke dalam tong sampah. Hari ni tekak Shahidah memang tidak boleh menelan apa-apa pun makanan sekalipun. Hilang selera gara-gara memikirkan tentang peminangan yang di tolak. Perasaan sakit hati masih tersisa di dalam hati. Selagi Luth tidak berada di sisi, jangan harap dia boleh gembira seperti sebelum ini.

Tiba-tiba telefon canggih yang berada di atas meja makan itu berdering menandakan panggilan daripada seseorang. Sekilas dia memusing ke belakang, pinggan kotor itu diletakkan ke dalam singki. Dibiarkan sahaja, menunggu pembantu rumah sendiri untuk bersihkan. Tertera nama Malik muncul di skrin telefon. Tanpa berlengah, panggilan itu terus di angkat.

"Hello, kau nak apa?" soalnya, dingin. Tak sampai beberapa minit, riak wajahnya bertukar terkejut.

"Ap... Apa?! Kahwin? Kenapa Luth kahwin dengan perempuan tu? Ish, aku geram betullah! Pinangan aku bukan main lagi dia tolak. Kononnya tak cintakan aku lah, takkan ada bahagialah... tapi bila dengan perempuan murahan tu senang-senang je dia terima?! Kahwin paksa pula tu!" bentak Shahidah, geram. Sungguh, dia tidak puas hati dengan keputusan Luth untuk berkahwin dengan Hawa malam ini.

"Kau takkan tak boleh nak halang? Hawa je kot? Kau bagilah dia duit ke apa asalkan dia tak kahwin dengan Luth! Apa? Luth warning kau? Habis kau takut dengan dia? Oh, come on lah... siapa adik siapa yang abang sebenarnya ni? Takkan kau takut dengan adik sendiri? Halang je lah! Ish, malaslah aku nak cakap dengan orang bodoh macam kau! Lepas ni... kau jangan harap aku akan bagi kau rasa budak-budak dekat rumah anak yatim tu lagi. Faham?!"

Terus panggilan itu di tutup. Bibir diketapnya geram. Nafasnya mula menderu. Tak! Luth tak boleh kahwin dengan Hawa. Dia takkan boleh kahwin dengan Hawa!

"Arghh!!!" jerit Shahidah sekuat hati. Telefon canggih ditangan terus dilemparkan ke lantai sehingga berkecai. Dia benar-benar tertekan. Sejak bertemu dengan Luth, makin kusut kepalanya memikirkan tentang lelaki itu sahaja. Kenapa susah sangat mamat tu nak terima aku?! Mengapa Hawa boleh pula? Langsung tak adil!

"Tak guna punya Hawa. Kau tunggulah apa nasib kau. Papa dengan mama aku takkan biarkan rumahtangga kauorang kekal lama. Kau ingat Luth boleh hidup miskin dengan kau huh? Dia tu daripada kecil sampai ke besar hidup senang. Tak mungkin dia setia duduk dengan orang yang dah memang miskin macam kau. Tunggu masa nanti, dia sendiri akan berbalik pada keluar dia. You are just nothing, Hawa!" Desis Shahidah, geram. Kedua belah tangannya di tongkatkan kepada kabinet. Dia menunduk kepala ke bawah, menarik nafas panjang lalu dihembus perlahan. Dan secara tiba-tiba,  pinggannya terasa dipeluk daripada belakang.

Shahidah mengeluh kecil. Bau perfume yang di pakai oleh lelaki itu pun dia sudah tahu siapa. Lantas, kedua belah tangannya cuba untuk menolak tangan lelaki itu namun pelukan semakin diketatkan. "Apa ni Ayah Harun?"

"Apa pula Ayah Harun? Bukan ke sebelum ni Sha panggil abang?" soal Ayah Harun pelik. Sejak bila pula panggilan mereka bertukar. Shahidah menjeling meluat.

"Sudahlah, Ayah Harun. Mak Ton nampak nanti." bisik Shahidah. Sekilas anak matanya mengerling ke arah ruang tengah, bimbang jika figura Zaiton kelihatan menuju ke dapur melihat keadaan mereka yang berpelukan. Tentu teruk dia dimaki nanti. Si Ayah Harun pun satu, makin ditepis tangannya makin kuat pula dia peluk.

"Jangan risaulah. Mak Ton kau dah lama tidur. Sekarang ni giliran Sha pula. Abang rindu Sha sangat-sangat. Lama kita tak jumpa."

"Ya, Sha tahu. Tapi bukan sekarang waktunya, Ayah Harun. Sha tengah serabut kepala ni. Tolonglah..."

"Lagi serabut lagi bagus. Abang boleh jadi pengubatnya." bisiknya dengan nada menggoda. Sebelah tangan Ayah Harun lincah menggosok lengan wanita itu ke atas dan ke bawah. Menghantar isyarat yang ditahannya selama ini. Ya, dia rindu dengan layanan manja anak saudaranya.

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now