Bab 17

26.3K 2K 993
                                    

                         KERETA Alphard berwarna hitam meluncur laju memasuki ruang hadapan sebuah bangunan Hotel Seri Perdana yang bertarafkan lima bintang. Rekaan bangunan yang diperbuat daripada kaca, dan memiliki 88 tingkat setanding dengan bangunan tertinggi di Malaysia iaitu Petronas Twins Tower. Di hadapan pintu laluan masuk ke hotel Seri Perdana, terdapat air pancut suria yang berada ditengah-tengah taman roundabout itu. Di dalam hotel, berdekatan dengan buffet mempunyai sebuah aquarium yang besar bersebelahan dengan meja makan. Membolehkan para pengunjung menikmati hidangan lazat mereka sambil menjamu mata melihat pelbagai spesies ikan yang diternak.

Pintu penumpang di bahagian belakang dibuka oleh pengawal peribadi mereka. Tuan Haji Zamani terlebih dahulu melangkah keluar daripada perut kereta, lalu Luth pula yang menyusur daripada belakang. Anak matanya melilau memandang sekeliling pemandangan Hotel Seri Perdana itu. Dia kagum. Lama juga dia tidak datang ke sini, banyak perubahan yang berlaku. Daripada sekecil-kecil hotel biasa dan murah, boleh bertukar menjadi hotel yang sangat mewah. Semua ini hasil kerja keras bapanya sendiri, Tuan Haji Zamani.

"Cantik betul hotel, abah. Dah lain." puji Luth. Tuan Haji Zamani mengangguk kepala. Dia pun tidak menafikan apa yang Luth bicarakan. Memang banyak sangat perubahan yang dia lakukan.

"Ya. Dan abah harap bila hotel ni diserahkan kepada kamu suatu hari nanti, kamu jaga elok-elok. Jangan melingkupkan lagi." ujar Tuan Haji Zamani. Luth hanya tersenyum kelat. Kata-kata abah, seolah-olah tidak memberikan sepenuh kepercayaan pula kepadanya untuk menguruskan hotel Seri Perdana ini. Well... Kita akan tengok nanti.

Mereka meneruskan langkah menuju ke pintu masuk utama. Pintu kaca itu automatik terbuka apabila mereka tiba dengan lebih dekat. Di situ, Luth sudah melihat ada beberapa pekerja lelaki dan perempuan sedang berdiri di kiri dan kanan. Menyambut kehadiran mereka.

"Assalamualaikum Tuan Haji Zamani." sapa mereka serentak, lalu membongkokkan badan tanda hormat. Mereka kembali tegakkan badan, melemparkan senyuman manis kepada pengurus mereka dan juga Luth.

"Waalaikumsalam. Ini saya perkenalkan, anak kedua saya... Luth Mikail." ujar Tuan Haji Zamani. Mereka mengangguk kepala tanda faham.

"Hai." Luth membalas dengan ceria sambil tangan dilambai ke arah mereka semua. Pekerja yang berbaris di kiri dan kanannya hanya ketawa kecil melihat reaksi lelaki muda itu. Kasihan, dia lihat muka pekerja-pekerja di sini semuanya seperti lelah. Tak salah pun jika dia menceriakan sedikit keadaan. Nampaklah juga senyuman bahagia mekar di bibir mereka.

"Jadi, inilah bos baru kami?" soal salah seorang wanita yang memakai cheff uniform berwarna hitam. Kedengaran nada suaranya agak teruja apabila pertama kali melihat Luth Mikail di hadapan mata. Kalau tidak, sebelum ini mereka hanya mendengar khabar angin sahaja yang menceritakan Luth seorang yang kacak. Bila muncul benar-benar di hadapan mata, bukan setakat kacak malah segak sekali. Tak seperti Malik. Mereka sangat jauh beza daripada segi penampilan.

"Yup! Bakal pengurus hotel ni tak lama lagi. Itupun... kalau dia tak buat hal."

"Luth takkan buat hal, abah. Luth takkan rosakkan hotel ni. You just have to trust me." ujar Luth, bersungguh-sungguh. Sudah lama dia menantikan kerja mengambil alih hotel ni. Duduk di rumah, bukannya dia buat apa-apa pun. Apa gunanya belajar tinggi-tinggi tapi hanya duduk mengangkang di rumah?

Tuan Haji Zamani tersenyum menyenget. "I don't care about this hotel."

"Habis tu?"

"Maksud abah, abah tak kisah kalau hotel ni merosot sekalipun di sebabkan kamu, sebab abah tahu macam mana nak naikkan semula. Tapi... macam yang kita janjikan semasa kamu bawa balik perempuan tu. Di antara Malik atau kamu yang mula dulu, abah tak kisah. Abah takkan sesekali serahkan harta ni pada anak yang memalukan nama orang tua dia." ujar Tuan Haji Zamani, serius sekali bunyinya. Dia memandang Luth dengan pandangan berlagak. Dia tahu, Luth mungkin akan kecut perut mendengarnya. Lagipun, dialah yang paling banyak buat hal dalam keluarga mereka.

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now