Bab 8

28.5K 2.3K 322
                                    

PURGHH!!
TERSEMBUR anak tekak Ayah Harun saat mendengar isterinya yang sudah menjual Hawa di kelab malam yang terletak di bandar Kuala Lumpur. Terkebil-kebil mata Ayah Harun memandang Zaiton. Aduh, isteri aku ni dah gila ke apa?! Zaiton tersenyum sinis. Kedua belah tangannya memeluk tubuh, berlagak. Tubuh di sandarkan ke belakang sofa. Puas hati apabila teringatkan jeritan Hawa semalam. Agaknya, apa dah jadi pada dia? Mungkin dah diperkosa dengan ramai jantan-jantan tak guna di luar sana. Padan muka kau, Hawa!

"Kenapa awak jual, Hawa?!" soal Ayah Harun, sedikit terkejut.

"Perempuan tu memang patut pun kena jual. Abang kata dia selalu goda abang, kan? Jadi saya hantarlah dekat sana. Biar dia goda lebih ramai jantan! Gatal punya perempuan gedik acah alim tu. Saya geram tahu tak setiap kali tengok muka dia!" ujar Zaiton, geram. Apabila teringatkan semula tentang Hawa. Dia terasa seperti ingin mencarik-carik sahaja wajah wanita itu. Memang daripada dahulu lagi dia sudah menyimpan dendam. Tak sangka, akhirnya terbalas juga semalam.

"Hawa tu kan anak arwah kakak awak, kan? Awak tak rasa serba salah ke buat dia macam tu?"

"Tak kisahlah dia anak siapa sekalipun. Janji bukan darah daging saya. Saya memang tak suka orang yang kotor macam dia tu duduk dalam rumah ni. Orang kampung dekat sini pun dah banyak mengata pasal dia! Sampai naik bingit telinga saya ni mendengarnya. Bila dia tak ada, aman sedikit hidup saya."

"Masalahnya aku tak dapat sentuh perempuan tu lagi. Ya pun tunggulah aku sentuh dia. Lepas tu kau nak jual, kau jual lah... bodoh betul isteri aku ni." desisnya perlahan. Cukup untuk diri sendiri sahaja yang mendengarnya. Ayah Harun berpaling ke lain. Zaiton mengerut kening.

"Abang kata apa tadi?" soal Zaiton, kurang jelas mendengarnya. Ayah Harun hanya tersengih sebagai jawapan. Kepala digelengnya.

"Tak ada apalah, sayang. Bila ingatkan semula, rasa ada betulnya juga tindakan Ton tu. Yalah, abang pun selalu sahaja jadi mangsa Hawa. Bila dia dah tak ada, abang rasa selamat. Cinta abangkan pada Ton sahaja. Abang risau kalau abang duakan, Ton."

"Haa... tahu tak apa? Apa yang Ton buat kerana abang. Jadi, abang tak payah fikir dah pasal perempuan tu. Ni! Abang tengok ni!" Zaiton menunjukkan akaun banknya kepada suaminya. RM9000 sudah dihantar masuk ke dalam akaun simpanannya oleh tauke kelab malam itu. Terlopong mulut ayah Harun melihatnya.

"In... Ini duit jual Hawa tu ke?"

Zaiton mengangguk kepala.

"Murahnya!"

"Perempuan macam tu tak payah nak mahal-mahal. Harga maruah dia tu memang dah rendah. Tak guna pun kalau saya jual dia mahal. Orang kampung sahaja... bukannya orang bandar." ujar Zaiton. Dia kembali menyimpan telefon canggih ke dalam beg tangannya.

"Habis? Tauke kelab malam tu pula yang akan untung? Kalau macam tu baik awak tak payah jual dia!"

"Eh, biarlah dia nak untung sekalipun. Lagi dia untung, maknanya lagi banyak jantan yang dah sentuh Hawa. Saya cuma nak tengok perempuan tu terkena HIV. Tak pun... kandung anak luar nikah. Waktu tu, senang sikit saya nak reka cerita pasal dia dekat orang kampung. Tapi... yang abang macam ambil berat tentang dia sahaja kenapa? Abang jangan macam-macam ek? Karang, abang pula yang saya kerjakan macam Hawa!" gertak Zaiton. Dia mendengus geram. Beg tangan dicapainya lalu digalas pada bahu. Lantas, Dia dia berdiri. Jari ditunding tepat ke arah suaminya dengan pandangan tajam.

"Abang jangan sebut nama Hawa tu lagi depan saya ek. Abang tu biawak hidup je dalam rumah ni. Kaya pun sebab harta Ton juga. Jadi ikut cakap, Ton! Faham?"

Ayah Harun mengangguk sahaja. Zaiton tersenyum menang. "Sebab tu lah Ton sayang abang..." leret Zaiton, manja. Dia mencubit pipi suaminya. Ayah Harun hanya mengukir senyuman palsu. kalau ikutkan hati, hendak sahaja aku pijak mulut si Zaiton ini! Tetapi kerana harta sahaja yang aku hormat.

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now