Bab 2

35.2K 2.4K 481
                                    

                           SEUSAI sahaja mandi, Luth terus menyarung pakaian T putih berlengan pendek dan seluar jeans berwarna biru gelap. Selepas itu dia mencapai pula baju kemeja bercorak  kotak berwarna hitam lalu disarung ke tubuhnya menutup bahagian lengan pendek bajunya. Butang dibiarkan tidak bercantum. Nampak seperti style moden terkini yang hangat di media sosial. Kedua belah lengan baju kemeja itu di sentengnya hingga ke siku. Dia berjalan pula ke meja solek. Memandang cermin yang memantulkan dirinya sendiri.

Rambut hadapan yang sedikit panjang hingga menutup dahi, diselak sedikit ke belakang. Setelah selesai mengamati ketampanan wajah sendiri, Luth melangkah keluar daripada biliknya dan terus ke pintu utama. Malik yang duduk di sofa ruang tamu, menunggunya yang mengambil masa 15 minit untuk bersiap pula langsung tidak di pandang. Dia terus berjalan ke rak kasut, mencapai peas shoes berwarna hitam. Malik mengerut kening. Dia terus bangun daripada sofa, berjalan menghampiri Luth yang sedang memakai kasut di hadapan pintu.

"Takkan macam ni pakaian kau nak pergi bagi bantuan?"

"Kenapa? Nak buat baik kena pakai macam kau dulu ke?" soalan di balas soalan. Makin pedas Malik berikan, makin sakit hatilah jawapan yang dilemparkan oleh Luth. Mulut berapi itu memang dia sudah hadap daripada dulu lagi. Kecil sahaja pandangannya memandang Luth. Kalau tak kerana engkau tu adik aku, dah lama aku ikat jantan ni dekat belakang pokok rambutan. Biar kena gigit dengan semut api!

"Ha, semua dah bersiap ke?" Tuan Haji Zamani, mencelah. Serentak mereka berdua berpaling ke arah orang tua yang memakai jubah berwarna coklat serta kopiah di kepala yang mengatur langkah ke arah mereka. Itulah Tuan Haji Zamani, bapa kepada dua beranak ini. Dia seorang pengurus hotel lima bintang di ibu kota Kuala Lumpur. Tetapi kerjanya sedikit pun tidak menghalangnya untuk hulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Hasil duit daripada hotel yang berlebihan akan disedekahkan kepada fakir miskin serta anak yatim. Malah, Tuan Haji Zamani juga mempunyai rumah kebajikan anak yatim yang diberi nama Permata Indah. Oleh kerana dia tidak mampu untuk menguruskan kedua-dua kerja secara serentak, tanggungjawab di rumah kebajikan itu diserahkan kepada anak sulungnya, Malik Haqimi.

"Abah, abah tengoklah pakaian dia ni! Kita nak pergi bagi bantuan dekat orang susah, bukannya nak pergi party!" Adu Malik, tidak puas hati. Luth menjeling meluat. Suka hati akulah nak pakai baju apa sekalipun. Daripada aku tak pakai apa-apa, lagi susah hidup kau! sinis di dalam hati. Kalau ikutkan memang nak mengata depan-depan pun, tapi kerana dia hormat Abah. Dia takkan membuat perkara seperti itu.

"Eh, biarlah dia pakai apa sekalipun. Janji dia tak pakai pakaian yang tak menutup aurat."

"Tapi nanti apa pula orang kata dekat kita, abah?"

"Malik... orang nak kata apa sekalipun, itu mulut diaorang. Biar mereka tanggung dosa sendiri sebab mengata. Jangan didengarkan sangat kata orang lain tu." ujar Tuan Haji Zamani. Malik mendengus geram. Sekilas dia menjeling ke arah Luth yang menahan tawa. Padan muka! Nak sangat judge pakaian aku.

Malik menggeleng kepala. Sabar sahajalah aku dengan perangai Luth ni. Tanpa banyak bicara, dia terus melangkah ke arah kereta Alphard yang terparkir di halaman rumah. Tukang pemandu kereta pun sudah siap sedia menunggu mereka di dalam kereta.

"Sentap ke pak ustaz?" ejek Luth, kuat. Sengaja dia ingin Malik mendengarnya. Tuan Haji Zamani menggeleng kepala.

"Luth... jaga sikit bahasa kamu dengan abang Malik."tegur Tuan Gaji Zamani. Kedengaran lembut tapi tegas dalam masa yang sama. Luth tersengih nampak gigi. Sebelah tangannya menggosok belakang kepala.

"Kamu ni pula bila nak berubah jadi macam Malik, huh? Macam mana abah nak bagi kamu kepercayaan untuk uruskan hotel kalau begini perangai kamu? Balik lewat. Kejap pergi ke party, kejap melepak. Sampaikan abah pun dah jemu untuk tegur kamu, Luth. Kamu tu dah besar panjang. Tak perlu di ajar lagi mana yang baik mana yang buruk. Tolong jaga nama baik keluarga kita." ujar Tuan Haji Zamani. Luth tersenyum menyenget.

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon