Bab 4

29.1K 2.1K 257
                                    

                     SETELAH empat jam perjalanan, akhirnya mereka sampai di destinasinya. Hari pun dah makin gelap. Jadi Hawa meminta kebenaran daripada Zaiton untuk singgah dahulu di surau yang berdekatan. Kasut ditanggalkan di hadapan pintu masuk surau wanita. Sekilas Hawa menoleh ke arah Zaiton yang hanya tercegat di luar surau, menatap pemandangan sekeliling.

"Mak Ton tak solat sekali ke?" soal Hawa. Zaiton tersengih menampakkan gigi.

"Cuti. Hawa pergilah solat. Mak Ton tunggu di luar." ujar Zaiton. Hawa mengangguk faham. Tanpa berlengah, dia pun melangkah masuk ke dalam surau. Setelah hilang pandangan Hawa daripada mata, Zaiton terus duduk di bawah pondok yang sedia ada di situ. Cepat-cepat dia mengeluarkan telefon canggihnya dan menaip nombor telefon seseorang. Lantas, menghubunginya.

"Hello. Kau tunggu sekejap ek. Anak saudara aku ni nak solatlah pula! Alaa... kau jangan risaulah. Bukannya aku mungkir janji pun. Sabarlah kejap! Haih, sudahlah. Bye!" panggilan diputuskan. Zaiton menaip pula nombor telefon suaminya.

"Hello, bang. Eton rasa mungkin esok kot Eton balik. Abang tidurlah dulu ya."

"Awak pergi mana tu bawa Hawa sekali? Kenapa tak bagitahu saya dulu?" Soal Ayah Harun di dalam talian. Zaiton mengeluh kecil.

"Adalah. Nanti lepas dah selesai, Eton bagitahu abang." ujar Zaiton.

"Mak Ton. Hawa dah siap." celah Hawa. Dia menyarung semula kasut sebelum mengatur langkah menghampiri Zaiton. Cepat-cepat Zaiton mematikan talian, lalu dia menyumbat telefon itu ke dalam kocek seluarnya. Dia berpaling memandang Hawa dengan melemparkan senyuman lebar.

"Hawa dah siap? Kalau macam itu, jom lah kita bergerak sekarang." cadang Zaiton. Hawa mengangguk kepala. Tanpa berlengah, mereka terus masuk ke dalam sebuah teksi yang terparkir berdekatan dengan kawasan surau. Lantas, pacuan empat roda itu pun bergerak meninggalkan kawasan itu.













                                  TEKSI di berhentikan di hadapan sebuah kelab malam. Hawa keluar daripada perut kereta. Dia agak sedikit tercengang melihat pemandangan sekelilingnya yang penuh dengan gadis-gadis pelacur. Keningnya agak sedikit berkerut menahan bau busuk yang disangkakan daripada bau minuman syaitan. Dia menoleh memandang Zaiton di sisi.

"Tempat apa ni Mak Ton? Mak Ton kata nak hantarkan stock jamu? Tapi, mana jamunya? Hawa tak nampak Mak Ton bawa pun." ujar Hawa. Dia mula rasa was-was. Baru Hawa perasan, di tangan Zaiton tiada satu pun beg yang di isi dengan jamu melainkan beg tangan. Zaiton tersenyum menyenget.

"Alaa, Hawa jangan risaulah. Ada je dalam beg ni." bohong Zaiton. Dia menepuk-nepuk beg tangan, mengacah seperti ada jamu yang di simpan di dalam beg tangannya.

"Kalau macam tu, Mak Ton sahajalah yang masuk. Hawa tunggu dekat luar. Huh?!" Hawa terkejut saat lengan kanannya diterkam kuat oleh tangan Zaiton. Zaiton masih lagi tersenyum dengan senyuman yang penuh makna.

"Ikut ajelah aku masuk ke dalam." arah, Zaiton. Dia mengancing gigi. Zaiton tayang muka meluat. Tanpa berlengah, dia terus menarik tangan Hawa memaksa wanita itu untuk mengekornya masuk ke dalam tempat itu. Hawa Sudah mula terpinga-pinga. Anak matanya tak henti melilau memandang suasana pemandangan kelab malam itu. Ada juga beberapa pengunjung yang memerhatikannya daripada jauh. Mungkin kerana pakaiannya yang sangat jauh beza dengan mereka yang berada di sini.

Seorang lelaki sudah menunggu dengan senyuman miang dan gembira sambil mengurut-ngurut dagunya.

"Hawa nak balik Mak Ton..." rayu Hawa. Dia sudah terasa tidak selesa biarpun baru seminit berada di dalam. Dia cuba untuk melepaskan tangannya daripada genggaman Zaiton, namun makin lama semakin kuat.

"Kau ikut sajalah. Jangan banyak bunyi boleh tak?" herdik Zaiton. Dia menarik tangan Hawa, berjumpa dengan lelaki yang sedang menunggu itu.

"Rizal! Inilah anak saudara aku." ujar Mak Ton, memperkenalkan Hawa kepada lelaki itu.

"Wah. Banyak cantik kau punya anak saudara. Kalau begini, makin ramai pelanggan aku." Rizal tersenyum sumbing  sambil anak matanya meratah wajah dan tubuh Hawa. Tangan lelaki itu juga tidak duduk diam meraba-raba tudung yang di pakai Hawa. Hawa rimas. Dia menepis tangan lelaki itu dengan kasar.

"Hawa nak balik..." Hawa cuba untuk melarikan diri, tetapi malangnya genggaman Zaiton amat kuat. Dia sudah mula berasa takut. Fikirannya tak henti berteka-teki dengan apa yang bakal jadi sebentar lagi. Ya Allah, selamatkan lah Aku!

"Kau nak buat apa dengan dia, kau buatlah. Aku tak kisah. Kalau untung, aku harap kau bolehlah kongsi sedikit duit dengan aku."

"Of course. Jarang nak dapat anak ayam segar macam ni. Perempuan ni dah dapat first customer petang tadi. Dia dah booking anak saudara kau awal-awal lagi. Orang kaya pulak tu!"

"Baguslah. Aku serahkan segalanya pada kau. Perempuan ni pun gatal jugak dengan laki aku. Sesuai sangatlah dengan tempat macam ni." sindir Zaiton. Dia melepaskan tangan Hawa dan tangan lelaki itu pula yang mengambil alih memegang kuat pergelangan tangannya.

"Apa ni Mak Ton? Lepaslah! Kenapa Mak Tom tipu Hawa?!" soal Hawa. Air matanya sudah mula berlinangan. Dia cuba untuk menepis tangan lelaki itu, namun gagal.

Zaiton menjuih bibir. Dia tayang muka berlagak. "Aku tipu kau? Sejak bila aku tipu kau? Memang aku nak jual jamu pun. Kau lah jamu aku. Nak sangatkan menggatal dengan laki aku? Sekarang ni... aku bagi kau menggatal dengan jantan puas-puas dekat dalam bilik tu!"

"Apa Mak Ton merepek ni huh?! Bukan ke Mak Ton dah percayakan Hawa? Hawa tak goda suami Mak Tom! Percayalah!"

"Engkau goda ke tak goda ke... aku tetap tak suka tengok muka kau dalam rumah aku. Kau nak sangat hilang dara, kan? Tempat ini memang layak dengan perempuan macam kau. Enjoy your night, Hawa. Lepas ni kalau kau lahir anak luar nikah, jangan datang rumah aku lagi ek? Rumah aku bukan tempat untuk simpan anak haram macam kau." sinis Zaiton dan ketawa jahat. Hidung mancung wanita itu ditujahnya. Zaiton menggeleng kepala. Tanpa berlengah, dia terus melangkah pergi meninggalkan tempat itu. Hawa sudah mula gelisah.

"Mak Ton, jangan tinggalkan, Hawa Mak Ton! Mak Ton!!" jerit Hawa sekuat hati. Malangnya, Zaiton hanya membiarkan sahaja wanita itu meronta-ronta memanggil namanya. Puas aku dapat balas dendam dekat kau, Hawa!

Hawa menggerak-gerakkan tubuhnya, cuba untuk memboloskan diri daripada lelaki itu. Bila dia berjaya melepaskan diri, Hawa terus membuka langkah seribu. Namun, lelaki itu lebih pantas menarik tudungnya. Leher Hawa di cekup dengan kuat.

"Kau nak ke mana, sayang? Huh? Tak apa, lama-lama nanti kau terbiasalah. Tak susah pun kerja kau. Jadi pemuas nafsu jantan-jantan dekat sini sahaja."

"Aku bukan perempuan murahan lah! Puih!" Hawa meludah air liurnya tepat mengena wajah lelaki itu. Rizal mengetap bibir. Amarahnya mula membuak-buak.

"Kurang ajar!" satu tumbukan hinggap ke wajah Hawa. Terus tubuh Hawa jatuh terbaring ke atas lantai. Hawa mengerang sakit. Rizal tersenyum sinis. Sebelah kakinya memijak perut wanita itu dengan kuat. Hawa cuba untuk menolak, Tetapi daya kekuatannya tidak mampu untuk semua itu. Pengunjung di situ hanya melihat sahaja adegan itu.

"Tak apa, kali ni kau ludah muka aku. Kejap lagi ada benda yang akan ludah balik dekat kau!"

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Onde as histórias ganham vida. Descobre agora