Bab 33

26.5K 2K 796
                                    

                            ARGHH!!!" Shahidah menjerit sekuat hati. Dia mencapai apa sahaja yang berada berdekatan dengannya. Pasu bunga atau apa sahaja barang perhiasan di hadapan matanya, di baling sesuka hati. Semuanya hancur berkecai. Kusyen yang berdekatan dengannya di ambil dan di campak merata-rata.

Datin Hanis dan Dato'Mukhriz hanya terkaku melihat perbuatan anaknya yang serupa hilang akal. Timbul rasa simpati di dalam hati Datin Hanis melihat pinangan untuk yang pertama kalinya ditolak mentah-mentah oleh calon pilihan Shahidah sendiri.

"Tak guna punya jantan! Kau lebih pilih perempuan tak bermaruah tu daripada aku? Sudahlah miskin! Tak sedar diri yang dia tu cuma pembantu rumah sahaja. Ada hati nak ambil hati Luth? Pergi mampuslah kau Hawa!!" terjerit-jerit Shahidah seperti orang gila. Puas! Memang puas apabila dapat melepaskan segala yang terbuku di hati. Makin dipendam, semakin sakit jiwa dan raganya.

Datin Hanis menggeleng kepala sambil dia mengatur langkah menghampiri Shahidah. Kedua belah bahu anaknya dipegang lalu ditarik menghadap ke arahnya. "Bawa bertenang, Sha. Banyak lagi lelaki lain yang mama dengan papa boleh carikan. I'm promise."

"Ah!" tangan Datin Hanis ditepisnya kasar. Tersentak Datin Hanis dengan tindakan Shahidah.

"Sha tak nak orang lain. Sha nak Luth! Please, apa-apa cara sekalipun Sha tak kesah tapi Sha memang dah suka dekat dia, ma. Sha nak dia jadi suami Sha, tolonglah!"

"Tapi Luth sukakan orang lain. Kalau papa paksa dia kahwin dengan Sha sekalipun, hati dia mungkin akan tetap pada orang yang dia sayang. Sha takkan tak rasa cemburu?" celah Dato' Mukhriz. Shahidah berpaling memandang bapanya pula. Dia mendecik kecil. Sayang? Suka? Luth sayang pada Hawa? Cis! Sikit pun aku tak percaya. Dia mungkin rasa simpati sahaja pada perempuan perasan bagus tu! Aku yakin sangat, ciri-ciri kewanitaan tiada pada Hawa tu. Hanya ada pada aku seorang. Cuma Luth sahaja yang buta mata, tak tahu nak menilai yang mana lebih bagus!

"Tak." Shahidah menggeleng kepala.

"Dia tak sayangkan perempuan tu, I know it. Itu semua alasan sahaja untuk dia tolak pinangan Sha!"

"Kalau bukan dia sayang sekalipun, dia tetap tak nak pada Sha. Sha kena terima semua tu. Papa tak nak Sha kahwin dengan orang yang langsung tak cintakan Sha."

"Kenapa pula tak boleh cintakan Sha? Mama dengan papa pun kahwin tanpa mengenali antara satu sama lain kan? Boleh je papa cintakan mama. Macam itu juga dengan Sha."

"Mama dengan papa memang tak kenal sebelum berkahwin. Tapi papa tak bencikan mama. Papa memang ikhlas terima mama, buka terpaksa macam yang Sha buat sekarang ni." sampuk Datin Hanis pula.

Shahidah tersenyum sinis. "Ah, whatever. Either way, I still want Luth to be my husband."

"Tapi Sha..."

"Mama dengan papa kena buat lelaki tu terima Sha. Kalau mama dengan papa sayang Sha, mama kena tunaikan permintaan ni." tegas Shahidah. Masih belum mengalah. Dia tahu, orang tuanya tidak akan menolak apa-apa pun permintaan daripadanya. Sejak kecil lagi dia dimanjakan. Jadi inilah peluang besar untuk Shahidah menggunakan kedua orang tuanya untuk mendapat lelaki yang dia mahukan.

Datin Hanis dan Dato'Mukhriz terdiam. Mereka berpaling memandang sesama sendiri. Tidak mahu tidak, demi membuktikan bahawa mereka menyayangi Shahidah, mereka harus juga menerima permintaan itu. Dato'Mukhriz mengangguk kepala setelah beberapa minit dia mendiamkan diri.

"Baiklah. I will do everything you want, because you are my princess."

Tersenyum senang Shahidah mendengar kata-kata yang terluah daripada mulut bapanya. Lantas, dia berlari memeluk tubuh Dato' Mukhriz dengan erat.

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now