Bab 29

24.9K 2.1K 620
                                    

                         PERLAHAN-lahan kelopak mata Hawa terbuka. Siling menyapa pandangan pertama dahulu. Hawa berdesis saat merasa kepalanya yang berdenyut. Perlahan-lahan dia mengangkat tangan ingin memicit kepala yang terasa pening-pening lalat. Dia terpana sejenak apabila melihat sebelah tangannya yang dicucuk dengan jarum drip air. Lantas, dia terus menoleh ke sisi. Tergamam tatkala melihat Luth yang tertidur di atas kerusi sambil memeluk tubuh dengan berpakaian pesakit hospital. Kepalanya tertunduk ke bawah. Jelas sekali wajah Luth menunjukkan keletihan. Dia pun hampir terlupa apa yang jadi semalam.

"Lembab, dungu, otak dekat lutut!" ejek Luth. Hawa tergamam. Lah?! Tak tidur rupanya mamat ni. Luth membuka kelopak mata. Dia mengangkat wajah memandang Hawa dengan riak bengang. 
Terus kerusi dienjak sedikit ke hadapan.

"Kau ni memang tak reti nak jaga diri, kan? Lain kali, kalau aku call kau terus angkat! Jangan nak tangguh-tangguh lagi. Sekarang, kau tengok apa dah jadi? Nasib baik aku sempat sampai rumah sebelum tubuh kau ni kena lahap dengan si perogol tu! Aku nak tidur dekat hospital tu pun tak tenang disebabkan kau, tahu tak? Siap lompat daripada balkoni sampai sakit kaki aku semata-mata nak kejar si syaitan tu! Lastly, satu habuk aku tak dapat! Yang dapat, kau! Cicak terbaring dekat atas lantai. Mujur aku tak pijak je bagi sampai mampus!" panjang lebar dia membebel. Memang mengalahkan pak cik dan mak cik yang membuat mesyuarat tingkap. Bukannya nak kasihankan aku ke apa? Tolong ambilkan air dahulu ke untuk aku minum? Ini tidak! Terus hambur dengan bebelan tak berhenti dia!

Hawa mengetap bibir geram. Kain selimut digenggamnya, kuat. "Lembab! Dungu! Otak dekat lutut!" ejek Hawa pula. Mengulangi ayat lelaki itu tadi. Luth terpempan sejenak. Matanya membulat memandang Hawa.

"Habis yang awak pandai-pandai lari daripada hospital tu kenapa?! Dah tahu demam, bukannya nak rehat! Manalah saya tahu awak call saya. Waktu tu saya tengah takut, awak ingat saya sempat ke nak angkat call awak tu huh? Lagi satu! Siapa suruh awak pergi lompat daripada balkoni? Ada tangga, kan? Awak fikir awak tu siapa? Cicakman nak main lompat sana sini huh?! Saya pengsan pun disebabkan awak tahu tak?"

"Eh, kenapa kau pengsan sebab aku pula?" soal Luth, dingin.

"Yalah! Jenis tak penyabar! Saya baru nak buka pintu bilik, awak dah terjah pintu tu! Tak pasal-pasal kepala saya yang jadi mangsa sampai saya pengsan!" herdik Hawa geram. Ambik kau! Ingat dia sahaja yang pandai membebel panjang? Aku pun pandailah! Kalau tak kerana dia terjah pintu tu, aku mungkin takkan pengsan.

Luth terdiam sejenak. Matanya berkelip memandang Hawa. Sebab aku rupanya dia pengsan. Manalah aku nak tahu, aku ketuk pintu berkali-kali tapi dia tak buka. Situasi waktu itu pun sedang cemas, takkan lah aku nak lepak depan pintu bilik dia sambil minum kopi!

"Ah! Tak kisahlah. Tapi ini semua salah kau! Kau tak reti nak jaga diri. Asyik aku sahaja yang kena jaga kau. Baru sehari aku tak ada, dah macam-macam jadi. Belum tiga hari lagi. Entah-entah dah jadi bangkai dekat rumah tu!"

"Eleh, awak marah-marah pun masih selamatkan saya juga!"

"Memanglah! Sebab aku risaukan kau! Kalau aku tak risau, aku takkan bergegas datang rumah pagi-pagi semata-mata nak selamatkan kau!" bentak Luth. Kepala Hawa ditujahnya geram. Hawa mengaduh sakit. Sebelah tangan menggosok-gosok kepala. Ish! Sudahlah aku sakit, ditambahya pula sakit kena tujah dengan jari mamat ni.

Hawa mengecilkan mata merenung lelaki itu dengan pandangan tidak puas hati. Bibir dicebernya. Geram betullah!
Tapi, bila difikirkan balik memang salah aku pun. Aku yang lambat angkat panggilan dia, kalau tidak pasti dia akan sampai ke rumah dengan lebih awal. Dan kalau tak kerana aku juga, kaki dia takkan sakit sebab lompat daripada balkoni, getus Hawa. Mula menyedarkan diri sendiri. Hawa menghembus nafas kecil.

"Saya minta maaf." gumam Hawa, perlahan. Dia melemparkan anak matanya ke tempat lain. Malu pula ingin menatap muka Luth saat ini.

"Kau cakap apa? Ulang lagi sekali." pinta Luth. Dia mendengar tetapi sengaja ingin Hawa menyebutnya lagi. Biar ikhlas sikit!

"Terima kasih." acuh tak acuh, Hawa mengulangi buat kali kedua.

"Apa dia?"

"Ish! Te... Ri... Ma... Ka... Sih!!" jerit Hawa kuat-kuat. Biar pekak telinga mamat tu! Berdarah telinga lagi bagus! Hawa mendengus geram. Luth tersenyum menang. Puas hati apabila dia dengarkan perkataan itu dengan jelas sekali. Ya. Itu sahaja ayat yang dia ingin dengarkan daripada mulut Hawa setelah dia berkorban saparuh nyawa untuk wanita itu.

"Sama-sama, sayang..." leretnya manja sambil mata dikerdip berkali-kali. Hawa membuat mimik muka geli.

"Eiii... Mengadalah!"

"Mengada dengan kau seorang je." gumam Luth, kepala ditundukkan ke bawah.

Kening Hawa berkerut pelik. "Apa?"

"Tak ada apalah! Bangun sekarang, pergi ambik wudhuk dan solat. Selepas tu kita balik. Kau tu cuma pengsan je, bukan cedera parah pun." arah Luth, tegas. Hawa mengangguk kepala tanda akur. Saat dia ingin turun daripada katil, lantas Luth bangun menghulurkan bahunya untuk Hawa paut semasa ingin berdiri. Perlahan-lahan Hawa turun dengan berhati-hati. Katil itu agak tinggi, takut tersembam jatuh ke bawah pula. Buat malu sahaja!

Apabila kaki sudah menjejak ke lantai, dia mengatur langkah ingin menuju ke surau yang berdekatan. Baru beberapa langkah dihayunnya, Luth segera menahan. Sebelah tangan kanan Hawa digapainya. Hawa tersentak. Dia terus memusing ke belakang. Luth menyelak sedikit lengan baju Hawa ke bawah. Menampakkan kesan calar yang ditinggalkan oleh si perogol semalam.

"Satu lagi soalan aku terlupa tanya, siapa lelaki ni?" soal Luth, suaranya kembali serius. Air mukanya langsung tak bergaris riak senyuman. Hawa sudah terkulat-kulat mencari jawapan. Nak bagitahu tapi dia terlampau takut. Takut jika Luth di apa-apakan. Hawa hanya mampu menggelengkan kepala sebagai jawapan.

"Sa... Saya tak tahu."

"Kau tipu. Tengok muka kau sahaja aku tahu kau kenal lelaki ni."

"Betul! Saya betul-betul tak tahu..."

"Just tell me the truth!" bentak Luth, tanpa sengaja dia menggenggam pergelangan tangan Hawa dengan lebih kuat. Hawa mengerang sakit. Luth tergamam sejenak. Dia pantas menggeleng kepala. Aduh, kenapa dengan aku ni? Lantas tangan Hawa pun dilepaskan. Dia meraut wajah buat seketika dan mengeluh.

"I'm sorry."

"Tak, Tak apa..."

"Hawa, seriously aku minta maaf. Aku tak patut berkasar dengan kau. Aku... Aku cuma nak tahu siapa lelaki tu. Itu sahaja." ujar Luth. Kedengaran begitu kesal sekali. Hawa mengukir senyuman nipis dan menggeleng kepala.

"Saya faham. Kalau tak ada apa-apa, saya pergi solat dulu. Awak pun pergilah solat."

Luth mengangguk kepala. "Okay. Hati-hati." ucapnya. Hawa turut mengangguk kepala. Lantas, dia mengatur langkah terlebih dahulu beredar ke arah suara wanita yang berada tidak jauh daripada situ. Luth pula masih lagi tercegat di tempat yang sama. Kedua belah tangannya mencekak pinggang. Aku pasti, Hawa tahu siapa orang itu cuma dia takut hendak beritahu kepada aku. Sama ada Hawa diugut, atau Hawa sengaja tidak mahu memberitahunya dia akan tetap cuba mengorek sedikit demi sedikit identiti lelaki durjana itu.

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now