Bab 9

28K 2K 202
                                    

                           “MANA mamat semalam tu ek? Dia janji nak datang balik. Tapi sekarang dah pukul berapa?" keluh Hawa. Dia berjalan ke kiri dan kanan berkali-kali di hadapan masjid Jamek. Kedua-dua belah tangannya tak henti mengibas daripada tadi. Runsing di hati apatah lagi? Risau jika lelaki semalam tidak muncul semula.

Tiba-tiba Hawa tersentak. Dia berhenti berjalan. "Entah-entah... dia cakap macam tu sebab nak tinggalkan aku sahaja? Dan dia takkan datang sini semula. Argh, marilah aku! Matilah aku!"

Hawa mula panik. Macam mana jika tauke kelab malam itu dapat menghidu jejak aku ke sini? Tentu dia bakal heret dan paksa aku untuk mengikut arahannya. Malah, aku mungkin akan mendapat denda atas sebab melarikan diri. Tidak!!

Hawa menggeleng kepala. Aku tak boleh biarkan benda itu berlaku. Tapi... apa aku boleh buat? Nak lawan? Macamlah aku kuat sangat persis Jackie Chan. Hawa mencebik bibir. Dia terduduk di atas anak tangga di hadapan masjid Jamek bahagian wanita. Wajah disembah ke lutut. Dia menghamburkan tangisannya di situ.

"Tolonglah datang... tolonglah datang..." rayu Hawa berkali-kali.

"Engkau ni memang suka menangis ek?" sampuk satu suara maskulin itu. Hawa terus mengangkat mukanya memandang figura lelaki tinggi di hadapannya yang mengenakan kemeja berwarna biru gelap. Hawa terlopong. Riak wajahnya bertukar gembira.

"Encik!" Hawa terus bangun daripada duduk di atas tangga.

"Saya ingat Encik takkan datang. Itu sebab saya menangis." ujar Hawa. Luth menjeling. Aku datang pun sebab terpaksa. Karang kalau aku mungkir janji, ada juga yang melalak dekat sini. Omel Luth di dalam hati. Dia berpaling wajah ke lain.

"Cantik tudung." tegur Luth. Dia juga perasan gadis itu sudah mengenakan tudung. Kalau tidak silap, semalam Hawa tidak memakai tudung. Yalah, terlampau kejar masa sampaikan tidak sempat hendak mencari tudung milik Hawa di kelab malam semalam. Mungkin juga Rizal sudah membuangnya di tong sampah. Hawa tersengih sambil menunduk memandang tudung bawal yang dikenakannya.

"Saya beli."

"Oh, kau ada duit?" soal Luth, terkejut. Ada duit rupanya minah ni. Kalau aku tahu, aku takkan datang pun tak apa! Biar dia balik naik teksi sahaja.

"Bukanlah. Saya jumpa dalam poket saya ada duit. Alaa... sepuluh ringgit aje pun. Alang-alang tadi ada mak cik tu jual tudung dekat sini, saya belilah."  ujar Hawa.

Luth mengangguk faham. Sebelah tangannya diseluk ke dalam kocek seluar. Suasana menjadi sunyi buat sejenak.

Krukkk....
Bunyi perut yang berkeroncong meminta untuk di isi. Membulat mata Hawa mendengarnya. Cepat-cepat, dia memegang perut dengan kedua belah tangan. Alah, kau ni perut! Time macam ni jugak kau nak bunyi. Malulah sikit dekat mamat depan kau ni!

Wajah Hawa memerah menahan malu. Malah, Luth hanya tersenyum sinis. "Dah, jom." ajak Luth.

"Pergi mana?"

"Mana-mana je..." balas Luth, acuh tak acuh. Tanpa berlengah, dia terus mengatur langkah menuju ke arah sebuah kereta BMW yang terparkir di luar pagar masjid.

"Tun... Tunggu!" Kelam-kabut Hawa menyarung seliparnya. Lantas, mengejar langkah lelaki itu yang semakin menjauh darinya.









                             

                            SHAHIDAH ketawa sendiri. Banyangan wajah lelaki itu tak henti bermain di fikirannya. Setiap kali ia terlayar di fikiran, pasti dia bakal terasa bahagia. Sampaikan tidak sedar air nescafe yang dibancuhnya tadi sudah bertukar sejuk. Shahidah menggeleng kepala. Apa nak jadilah dengan aku ni. Dia mengangkat kepala, menatap pemandangan kebun bunga yang terletak di sebelah kiri rumah agam Dato' Mukhriz.

Datin Hanis, ibunya memang suka menanam bunga. Boleh dikatakan hobi sejak kecil lagi. Sebab itulah rumah ini memiliki taman bunga milik sendiri. Macam-macam jenis bunga yang sudah mekar. Salah satunya bunga orkid dan bunga mawar merah. Sejuk mata memandang. Hati pula terasa segar.

"Kenapa sejak semalam anak mama ni macam sakit ya?" tegur Datin Hanis daripada belakang. Shahidah sedikit terkejut. Dia menoleh memandang ibunya yang mengatur langkah menghampirinya. Shahidah mengerut kening. Dia menyentuh dahinya sendiri. Tak panas.

"Sakit? Mana ada Sha sakit."

"Sakit dilamun cinta." ejek Datin Hanis. Shahidah ketawa kecil. Kerusi rotan di hadapan Shahidah ditariknya, lalu dia melabuh punggung di situ.

"Dah jumpa yang berkenan ke?" soal Datin Hanis. Tak pernah lagi dia melihat Shahidah bahagia sampai begini sekali. Pasti orang itu memiliki ciri-ciri lelaki idaman untuk anaknya. Shahidah tersenyum malu. Dia menjongketkan bahu tanda tidak tahu.

"Entahlah, ma. Muka dia selalu terlintas dalam fikiran Sha. Mungkin dia kot yang Sha tunggu-tunggu selama ni."

"Amboi. Macam special sangat lelaki tu. Kalau dah berkenan, bagitahulah dekat papa. Biar kitaorang pergi jumpa lelaki tu."

"Ish, apa pula macam tu? Orang sepatutnya keluarga lelaki yang jumpa perempuan. Bukan keluarga perempuan pergi jumpa lelaki." bidas Shahidah.

"Bukannya salah pun. Lagipun, umur kamu tu makin lama makin meningkat. Mama ni dah kemaruk sangat nak tengok cucu, tahu? Kalau dah suka tu, cepat-cepat sahaja kahwin. Tak perlu nak bercinta. Buang masa!"

"Tapi Sha takut kalau lelaki tu dah berpunya. Yalah, Sha tengok dia handsome, baik pula tu. Mustahil tiada perempuan lain yang suka dia selain Sha." Adunya.

Datin Hanis mengeluh kecil. "Sebab itulah mama kata kena cop cepat-cepat. Nak ke tak nak?"

"Ish, mama ni... macam cepat sangat je. Bagilah Sha fikir dulu. Karang, buatnya lelaki tu tolak. Buat malu je."

"Untuk anak mama. Apa je yang Sha mahukan, mama dengan papa akan cuba sebaik mungkin untuk tunaikan. Tak kisahlah benda tu berat atau ringan, tapi kitaorang akan cuba usaha. Termasuklah calon hati untuk Sha. Mama dengan papa akan buat lelaki tu takkan tolak anak mama ni." ujar Datin Hanis. Memang benar apa yang dikata. Sejak kecil lagi Shahidah sudah dimanjakan. Kalau nak A, maka A lah yang akan mereka berikan agar satu-satunya cahaya mata mereka gembira. Tapi, bak kata pepatah sayangkan anak tangan-tangankan, jika tidak ianya bakal memakan diri sendiri.  Shahidah tersenyum lebar.

"That's why I love you so much mama." ucap Shahidah. Dia menggenggam kedua belah tangan Datin Hanis dengan begitu erat.
                           

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now