Bab 45

26.7K 2.3K 645
                                    

PANG!!!
Shahidah terus menghayunkan tangannya tepat mengena ke muka Malik. Menyirap darahnya saat lelaki itu dengan selamba memberi tahu yang dia mengarahkan beberapa orang samseng untuk memukul Luth. Sampai berdarah pula tu! Kalau Hawa yang menjaga mangsa tidak apa, ini Luth! Lelaki yang aku cinta dan sayang.

Beberapa pasang mata yang berada di dalam restoran itu memandang mereka berdua dengan wajah yang penuh tanda tanya. Namun Shahidah tidak peduli.

"Kenapa kau ni bodoh sangat pergi serang Luth?! Kau tahu aku sayang dia, kan? Kau ingat aku gembira ke bila kau cakap kau arahkan samseng-samseng tu pukul dia huh?!" bentak Shahidah, tidak puas hati. Dia mengerus geram. Kedua belah tangannya memeluk tubuh, berpaling ke arah lain.

Malik menarik nafas panjang, lalu dihembusnya. Dia masih cuba untuk mengawal sabar. Mujur di sini ramai orang, kalau tidak sekarang juga dia boleh balas tamparan itu.

"Kau ni bagi aku explain dulu boleh tak?"

"Nak explain apa lagi, kalau kau dah pukul dia sampai macam tu?! Kau ada otak kan? Gunalah otak kau ni!" herdik Shahidah. Kepala Malik ditunjalnya, geram.

"Hei, kau sabar boleh tak? Tak nampak ke orang sekeliling kita ni? Aku buat dia macam tu supaya dia mengalah. Aku tahu, dalam poket dia cuma ada duit sikit je. Sekarang duit tu dah lesap! Plus, dia masih tak jumpa kerja. Aku yang arahkan dekat setiap kedai yang dia pergi supaya orang tak terima dia. Bila dia tak ada duit, dan kena belasah teruk... aku pasti, dia akan balik ke rumah."

Shahidah menjuih bibir. Tergeleng kepalanya memandang Malik. Wah! Yakin betul Malik berbicara, seolah-olah rancangan itu sudah dijamin akan berjaya. "Macam mana kau tahu dia boleh mengalah dalam masa yang sekejap?"

"Oh, come on... dia adik aku lah, Sha. Aku tahu si Luth tu anak manja. Dia takkan boleh terima ujian berat dalam hidup dia. Kau tengoklah waktu arwah Sumaiyah meninggal, terus dia jadi lemah! Mengaku kalah dengan hidup sendiri. And I'm sure, dia takkan terus hidup dengan Hawa. Tiada manusia yang boleh hidup tanpa duit, Sha." ujar Malik.

Shahidah tersenyum menyenget. "Habis? Kalau dia tak balik ke rumah bapa kau juga macam mana? Tak ke sia-sia kau pukul dia?"

"Benda ni takkan jadi sia-sia. Dia dah tak ada apa-apa sekarang, melainkan kalau dia pulang semula ke rumah dan ceraikan Hawa. You just trust me, Sha."

Wanita itu mengangguk kepala. Baiklah, aku akan percayakan dia. Lantas, jus epal di atas meja di capainya lalu diminum. Suasana menjadi senyap buat sejenak.

Entah mengapa tiba-tiba Malik terasa kurang selesa. Jantungnya berdebar-debar, merasakan seperti dirinya diperhatikan. Seperti direnung oleh beberapa pasang mata. Pantas ditoleh ke kanan. Diamati satu per satu wajah asing yang ada di situ. Tapi tak terlihat pula raut wajah yang dicari, kemudian dia berpaling semua ke arah Shahidah. Kedua belah bahu dijongketkan ke atas. Mungkin sekadar mainan perasaan sahaja.

"Wei, Sha. Pasal apa yang aku suruh orang tua kau buat tu, dah buat ke?"

"What do you mean?" soal Shahidah, tidak faham. Dia meletakkan semula jus epal ke atas meja.

"Gambar Hawa yang aku bagi dekat kau tu lah."

Lama Shahidah berfikir, cuba untuk memahami maksud lelaki itu. Tak lama selepas itu, baru kepalanya terangguk-angguk faham. "Oh, maksud kau pasal sihir Hawa sampai dia demam teruk?"

Malik mengangguk tanda benar. Shahidah tersenyum sinis. "Dah. Bomoh tu kata Hawa dah kena. Papa aku bayar dua kali ganda supaya Hawa demam panas gila-gila teruk punya!"

"Seriously?"

"Yeah. Memang itu yang aku nak pun. Alang-alang kau cakap Luth dah tak ada duit, maknanya dia mesti menggelabah sebab tak dapat bawa Hawa ke klinik untuk beli ubat. Well... Demam Hawa tiada ubatnya melainkan sihir tu ditarik semula. Aku cuma nak Luth tertekan, then tinggalkan Hawa." ujar Shahidah, begitu angkuh dengan perbuatan jahatnya. Bertuah rasanya dapat orang tua yang menuruti segala perintah. Mungkin, Kalau suatu hari diminta jilat kaki pun, mereka sanggup buat.











MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon