Bab 47

25.6K 2.1K 716
                                    

                             PINTU kaca itu dikuak Luth dengan keluhan kecil dilepaskan perlahan. Seperti biasa, dia tetap tidak dapat peluang pekerjaan. Entah dimana kekurangannya, belajar tinggi-tinggi tapi satu kedai pun tidak mahu mengambilnya berkerja. Bukannya minta untuk menjadi bos, cukup kuli sahaja dia terima dengan hati terbuka.

"Sabar Luth. Ada hikmahnya... banyak lagi kedai lain dekat sini." gumam Luth, memberi semangat untuk dirinya sendiri. Nafas ditarik panjang lalu dihembusnya. Barulah dia mula melangkah menuju ke gerai makanan yang tidak jauh daripada situ. Namun, langkahnya terhenti apabila bertembung dengan seorang lelaki tua. Dato' Mukhriz.

Dia masih lagi ingat. Inilah bapa kepada Shahidah. Tanpa membuang masa, Luth teruskan sahaja langkahnya tanpa memandang muka orang tua itu.

"Luth Mikail." panggilnya. Sekali lagi Luth berhenti. Dia tidak menoleh ke belakang, sebaliknya menunggu sahaja apa yang Dato' Mukhriz ingin katakan. Dato' Mukhriz tersenyum sinis. Dia memusing memandang Luth yang membelakanginya.

"Boleh kita berbincang sekejap?"

"Kalau pasal Shahidah, saya minta maaf Dato'. Saya dah lambat."

"Lambat nak ke mana? Awak bukannya ada kerja pun."

Luth terdiam. Dato' Mukhriz ketawa sinis. Tergeleng-geleng kepalanya memandang Luth, sambil dia mengatur langkah menghampiri lelaki itu. Bahu Luth disapanya.

"Saya cuma ajak awak berbincang sebab nak tawarkan awak bekerja dengan saya. Takkan itu pun tak boleh? Saya tahu, awak seorang pelajar usahawan dulu kan? Jadi, saya tak nak sia-siakan awak punya pelajaran dengan kerja dekat tempat-tempat kecil macam ni." ujar Dato'Mukhriz.

Luth menjeling menyampah. Entah hendak percaya ataupun tidak. "Hmmm... cakaplah."

"Takkan nak bincang dekat sini? Jom, ikut saya pergi ke restoran sushi depan sana tu. Boleh saya belanja awak air sekali. Mari." ajak Dato'Mukhriz. Bahu Luth ditepuk-tepuk, sebelum dia melangkah ke arah kereta Alphard berwarna hitam yang terparkir di situ. Pengawal peribadi yang tercegat di tepi kereta, terus membuka pintu sebaik sahaja Dato' Mukhriz menghampiri.

"Silakan masuk, Dato'." pelawa pengawal peribadi itu. Dato' Mukhriz tidak membalas apa-apa, dia menoleh ke belakang memandang Luth yang masih tercegat di hadapan kedai buku.

"Cepatlah, Luth. Apa yang awak fikirkan lagi? Jangan risau, saya bukannya nak sabotaj awak. Saya betul-betul nak tawarkan awak bekerja." ujar Dato' Mukhriz. Ingin meyakinkan Luth. Lama Luth berfikir sama ada ingin masuk atau tidak ke dalam kereta Alphard itu. Namun, dia tiada pilihan lain. Manalah tahu jika orang tua itu benar-benar serius ingin mengambilnya bekerja. Akhirnya, Luth mengangguk perlahan. Dia ikut sahaja ke mana Dato'Mukhriz ingin membawanya.






 



         

                                  RESTORAN Sushi Daddy. Dua gelas ais green tea diletakkan ke atas meja, bersama sepinggan sushi ablone Mayo dan Shashimi.

"Ada apa-apa pesanan lagi?" soal Azim, dia memandang muka Dato' Mukhriz dan Luth silih berganti. Menantikan jika ada pesanan baru. Malah, Luth menggeleng kepala.

"Tak ada."

"Saya pun tak ada."

Azim mengangguk kepala. "Okay. Selamat menjamu selera. Besar ya lengan bodyguard awak? Macam bos saya. Tapi tu lah... takut isteri juga." ujar Azim, sempat lagi dia mengejek lengan lelaki yang memakai uniform lengkap berwarna hitam seperti seorang pengawal peribadi. Tegap sungguh badannya. Sekali dilayang penumbuk, mahunya sampai ke alam disebalik mata. Azim ketawa mengekek.

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Där berättelser lever. Upptäck nu