Bab 57

45K 2.5K 563
                                    

                        PRITTTTT!!
       Kedengaran bunyi whistle ditiup dengan kuat. Tergesa-gesa sepuluh orang lelaki yang memakai uniform maid berwarna hitam berlari menuju ke ruang tengah dan berbaris dengan kemas. Setelah melihat semua pembantu rumah sudah berbaris, whistle pun dijatuhkan ke bawah. Dibiarkan tergantung di lehernya. Rotan yang berada di atas meja dicapainya lalu disepit ke bawah ketiak. Dia berjalan menghampiri seorang demi seorang pembantu rumah sambil mengira.

"Tujuh, lapan, sembilan, sepuluh..." Noah berhenti pada barisan ke sepuluh. Keningnya bertaut pelik. Sepatutnya ada dua belas orang? Oh, ya kelibat Luth dan Hawa masih belum muncul. Dia mengeluh kecil. Baru semalam dia pesan, seorang pekerja harus cepat dan mengikut arahan.

"Maaf lambat!" jerit Luth. Terpinga-pinga dia dan Hawa meniti anak tangga menuju ke tingkat bawah. Segera mereka melangkah laju menuju ke arah ruang tengah. Mereka berhenti serentak di hadapan Noah. Lelaki itu kembali mencapai rotannya. Kepala digeleng berkali-kali memandang muka Luth. Cermin mata yang dipakainya, diturunkan separuh ke bawah. Dia mengecilkan sedikit mata merenung Luth yang tercegat di hadapan.

"Kenapa lambat?"

"Aku..."

KEPISH!
Rotan itu diayunkan ke lengan kiri Luth secara tiba-tiba. Luth mengaduh sakit. Segera dia menggosok lengannya yang dirotan tadi. Bibir diketap Luth geram. Kecil sahaja pandangannya kepada Noah yang tersenyum menyenget. Hawa pula sudah ternganga. Seram pula apabila melihat Luth yang dipukul. Giliran aku pula ke nanti?

"Kenapa kau pukul aku?!" lagi sekali rotan itu diayun ke lengannya. Luth mengerang sakit. Terkacip-kacip giginya menahan sabar. Kalau diikutkan nak sahaja dia melepaskan tumbukan ke muka Noah. Suka-suka hati sahaja nak pukul orang. Mentang-mentanglah dia ketua housemaid!

"Call me Tuan."

"Apa pula Tuan? Semalamkan..." Luth terdiam saat Noah mengangkat rotan ditangannya ke atas. Luth mendengus kecil. Nak tak nak, terpaksa juga dia akur.

"Baiklah, Tuan."

Noah tersenyum menang. Tahu pun nak ikut arahan. Ingatkan susah sangat? Dia berpaling memandang Hawa pula. Entah ke berapa kali Hawa menelan air liur. Gugup pula apabila melihat Noah merotan suaminya tadi. Hawa tersengih nampak gigi.

"Err... maaflah Tuan sebab..."

"Eh? Apa pula tuan? Untuk awak saya bagi special. Panggil abang Noah je."

"Hei, kau..." Luth mula menyirap.

"Diam!" cantas Noah, tegas. Dia mengayunkan sekali lagi rotan itu ke lengan Luth. Jangan sesekali menyampuk apabila dia sedang berbual. Luth tarik nafas dalam-dalam, lalu dihembus keluar dengan perlahan. Sabar Luth, sabar.

"Kenapa lambat awak lambat Hawa?" soal Noah, lembut sahaja. Seolah-olah ada dua roh pula lelaki ini. Apabila berbicara dengan Hawa, roh baik akan masuk. Dan apabila dengan Luth, automatik roh jahat yang mengawal Noah. Ish, kecil besar kecil besar sahaja Luth memerhatikan Noah. Nasib baik ketua housemaid, kalau tidak aku pula yang rotan dia.

"Semalam saya dengan Luth tidur lambat. Maaflah sebab tak ikut jadual betul-betul, saya janji lepas ni saya takkan lambat lagi dengan Luth."

"Eh, it's okay. Lambat tu benda yang biasa. Bukannya lambat sangat pun. Lewat seminit je. Saya maafkan awak, Hawa. Tapi... bukan Luth." ujarnya. Dia menoleh ke arah Luth pula dengan muka mengejek. Luth terlopong.

"Kenapa pula?"

"Sebab kau punca Hawa lambat."

"Excuse me? Bukan aku punca dia tidur lambat. Semalam..."

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon