Bab 54*

28.2K 2.4K 610
                                    

                           “JADI ini bilik untuk Encik Luth dan Hawa." ujar Noah, sambil tangan kanannya membuka pintu kamar itu. Memperlihatkan kemewahan bilik yang begitu luas dan selesa. Tingkap kaca yang menghadap ke arah pemandangan tanaman flora milik Puan Sri Maryam dan Tan Sri Adam Lim. Dan juga memiliki kamar mandi di dalamnya. Dapat mereka menghidu bau aroma bunga mawar di dalam bilik ini. Wah, sungguh wangi dan menenangkan.

"Cantiknya bilik ni. Memang semua pekerja housemaid dekat sini dapat bilik yang macam ni ke?" soal Hawa, tiba-tiba rasa teruja ingin tahu. Noah mengangguk kepala tanda benar.

"Ya. Tapi mereka tak tinggal dekat sini, mereka tinggal dekat rest house. Awak berdua sahaja yang special untuk tinggal dalam rumah ni." ujar Noah.

"Berapa housemaid yang kerja dekat sini?" Kali ini Luth pula yang bersuara. Serius sahaja nadanya. Dengan riak wajah yang tak bergaris senyuman dilemparkan ke arah Noah.

"Ada sepuluh orang, termasuk Encik Luth dan Hawa jadi dua belaslah maknanya. Plus, dekat sini semuanya pekerja lelaki. Hawa seorang sahaja satu-satunya pekerja perempuan pertama dekat dalam rumah ni."

"What?!" Luth terkejut. Terhinjut bahu Hawa dibuatnya. Membulat mata memandang Luth. Bukan main terkejut beruk lagi si Luth ni, dah kenapa? Aduhai, kenapalah banyak pekerja lelaki dekat sini. Sudahlah semua pekerja dekat sini ada rupa yang kacak, dah tentu Hawa ni naik menggatal nanti! Getus Luth, geram di dalam hati.

Noah tersenyum halus. Dia melangkah menghampiri mereka. "Kenapa Encik Luth? Rasa tak selesa ke kerja dengan lelaki?"

"Bukan itu maksud aku. Kau cakap satu-satunya pekerja perempuan dalam rumah ni adalah Hawa, jadi kau tak rasa bahaya ke huh? Macam mana kalau pekerja-pekerja dekat sini cuba nak ambil kesempatan dekat dia? Macam mana kalau diaorang cuba nak ngorat isteri aku? Macam mana kalau..." tak sempat Luth ingin menghabiskan ayatnya, pantas sahaja tangan kanan Noah menekup mulut lelaki itu. Luth tergamam. Matanya membulat terkejut melihat tindakan berani Noah. How dare you touch my mouth!

Noah mengeluh kecil. Boleh tahan juga mamat ni membebel. Luth mengecilkan sedikit matanya, geram. Lantas tangan Noah ditepisnya kasar. "Kenapa kau tutup mulut aku?"

"Sebab kau banyak cakap."

"Kau? Bukan encik ke kau gelarkan dekat aku tadi?"

"Actually, i'm your boss. Jadi aku boleh panggil kau dengan panggilan apa-apa sekalipun. Aku ketua housemaid dekat sini, jadi apa-apa yang berlaku. Aku yang akan bertanggungjawab. Trust me, Hawa akan selamat. Dalam rumah ni lengkap CCTV, kecuali dalam bilik sebab ia perlukan privasi. And one more thing, pekerja dekat sini tak pernah lagi buat hal."

"Memanglah tak buat hal sebab tak ada perempuan..." gumam Luth, perlahan.

"Jadi, kau tak perlu risau apa-apa. Plus, aku pun akan pantau Hawa nanti."

Jatuh rahang Luth mendengarnya. Dia mengetap bibir. Makin menyirap darahnya mendengar. Lengan baju panjangnya disenteng hingga ke siku. Sengaja ingin menayang pergelangan tangannya yang berurat kepada Noah. Ada juga yang makan siku sekejap lagi!
Hawa sudah menepuk dahi. Daripada tadi dia asyik menjadi penonton sahaja melihat mereka berdua yang saling bertikam lidah.

"Kenapa kau nak pantau isteri aku? Aku ada, aku boleh pantau dia!"

"Bukan nak cakap apalah Encik Luth..." Noah membuka butang dibahagian pergelangan tangannya, lalu dia menyenteng pergelangan tangannya hingga ke siku. Ingat dia seorang sahaja ada lengan macam itu? Luth terpempan sejenak melihat lengan Noah. Tak berkelip matanya melihat.

"Saya kan bos, jadi saya berhak tengok semua pekerja-pekerja dekat sini. Maaflah, sebab senteng lengan baju ni. Tiba-tiba rasa panas pula." sindir Noah. Sengaja dia ingin mengejek lelaki di hadapannya itu. Luth menjeling meluat. Sibuk je lah, mamat ni! Aku nak selak lengan, dia pun nak selak lengan. Apa? Kau fikir kau boleh goda isteri aku dengan badan seksi seksa kau tu?

"Err... rasanya sudahlah tu kot nak lawan lengan siapa paling bagus dekat sini. Sebab saya nak solat. Dekat hospital tadi tak sempat nak solat zohor." sampuk Hawa. Lebih baik aku hentikan segera perlawanan tak masuk akal ni. Bimbang pula jadi perkara tak elok nanti.

Noah mengangguk kepala. Dia mengukir senyuman lebar. "Maaflah, Hawa..."

"Cik Hawa!" tegas Luth.

Noah mendengus kecil. Haih, kecil sahaja pandangannya memandang Luth. "Baiklah, Cik Hawa. Maaf sebab ganggu. Selepas solat, Cik Hawa dengan suami boleh rehat dulu dekat dalam bilik. Esok baru mula kerja ya?"

Hawa mengangguk kepala tanda faham. Lantas Noah pun meminta diri untuk pergi. Sempat dia menampar lengan Luth beberapa sebelum beredar daripada bilik itu. Terketap-ketap bibir Luth menahan geram. Benci betul aku dengan si Noah tu! Nama dah lah tak sedap, heh! getus Luth di dalam hati. Dia buat-buat menepuk lengannya yang ditampar Noah tadi seperti membersihkan kotoran. Setelah kelibat Noah menghilang, pintu kamar itu ditutup rapat dan di kunci oleh Luth.

"Amboi? Siap kunci pintu lagi. Awak buat macam ni rumah awak pula kan?"

"Aku tak suka dengan si Noah tu. Kalau dia ketuk pintu, kau jangan buka ek. Biar aku yang buka. Geram betul aku! Acah seperti dia boleh lawan ketampanan aku pula!" bebel Luth, geram. Dia kembali memusing memandang Hawa.

"Now tell me, siapa lagi Hot? Aku ke dia?" soal Luth serius. Kedua belah lengan Hawa digenggam lalu dipusing menghadap betul-betul ke arahnya. Anak matanya merenung tajam ke dalam mata Hawa, mencari kebenaran yang sebenar. Hawa telan air liur. Cuak pula dengan perangai Luth ni. Dengan Noah pun dia nak cemburu ke? Heh, memanglah. Kalau Santa Claus pun dah boleh buat dia nak simpan jambang, apatah lagi menghadap Noah yang boleh tahan sama kacak dengan Luth. Haih, mati aku kalau macam ni!

"Apa awak merepek ni?"

"Jawab je lah."

Hawa mengeluh kecil. Nak tak nak, terpaksa jugalah dia jawab. "Tentulah awak lagi Hot. Lagi handsome. Lagi meletops! Muka Noah tu ala-ala Lee Jong Suk je. Tak kacak macam awak pun."

"Lee Jong Suk?" kening Luth bercantum pelik. Macam pernah dengar je nama tu. Hawa sudah kecut perut. Harap-haraplah dia tak kenal siapa pelakon Korea yang aku sebutkan tadi. Lantas, tangan Luth yang memegang bahunya ditolak perlahan-lahan ke bawah.

"Err... sa... saya masuk bilik air dulu ya. Nak ambil wudhuk." pamit Hawa. Dia mengundur perlahan-lahan ke belakang.
Aduh, tak sedap hatilah pula. Kenapa Luth pandang macam nak makan aku? Hawa telan air liur, kesat. Setelah dia jauh tiga tapak daripada Luth, terus Hawa memecut laju berlari masuk ke dalam bilik air.

Luth mengerut kening. Kedua belah tangannya mencekak pinggang. "Kenapa aku macam pernah dengar nama mamat tu?" soal Luth, Kebingungan.

"Heh, susah-susah fikir buat apa? Google kan ada?" lantas Luth mengeluarkan telefon canggih daripada kocek seluarnya. Aplikasi Google dibukanya, lalu menaip nama pelakon lelaki Korea yang disebut oleh Hawa tadi. Membeliak besar biji mata Luth melihatnya. Nafasnya mula turun naik. Pantas dia mengangkat muka kembali, memandang ke kiri dan ke kanan mencari kelibat Hawa yang menghilang. Bibir diketapnya geram. Telefon canggih digenggam kuat.

"Kurang ajar kau Hawa! Kau berani samakan Noah dengan Lee Jong Suk?! Mana kau? Oh, pandai kau lari ek! Tak apa, Hawa... tak apa, aku tak nak cakap dengan kau lagi! Don't you dare persuade me! I hate you! Dasar cicak tak sedar diri!"

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now