Bab 11

26.7K 2.2K 273
                                    

                      SETIBANYA di halaman rumah agam Tuan Haji Zamani, Luth melangkah keluar daripada perut kereta. Dia mengatur tapak menuju ke pintu penumpang di bahagian hadapan, lalu membuka pintu untuk Hawa yang masih duduk terkaku di dalam kereta. Jatuh rahang Hawa menatap rumah banglo mewah empat tingkat di hadapan matanya. Anak orang kaya rupanya mamat ni. Patutlah kerek semacam perangai dia. Lama Hawa tercengang memerhati sekitar kawasan rumah agam itu. Cantik. Siap ada taman bunga lagi di sebelah rumah mereka. Pasti tuan rumah ini minat dengan aktiviti menanam.

"Hoi!" bahu Hawa di duitnya. Hawa sedikit tersentak. Terus dia mendongak memandang Luth yang sudah lama menunggunya keluar.

"Duduk dekat dalam buat apa? Cepatlah keluar!"

"Ish, kejaplah. Saya seganlah. Tak sangka pula encik ni orang berada. Mesti keluarga encik tak suka saya nanti. Kalau macam tu tak apalah, encik hantarlah saya balik ke masjid. Saya rasa mungkin saya lebih elok duduk di sana."

"Eh, kau jangan macam-macam boleh tak? Karang aku bagi makan kaki aku, nak?!" gertaknya, dingin. Acah-acah ingin menyepak Hawa. Geram pula aku dengan minah ni. Buat penat aku bertikam lidah dengan Tuan Haji Zamani, sedap-sedap dia sahaja nak suruh aku hantar dia balik semula ke masjid. Kau ingat aku dirver grab kau? desisnya di dalam hati. Kecil sahaja Luth memandang Hawa.

"Kau yang nak sangat ikut aku balik, kan? Sekarang dah sampai, masuk je lah! Takut apa?"

"Itu sebab saya tak tahu encik siapa..."

"Kalau aku anak orang kaya pun, apa salahnya? Kau ingat orang kaya ni semua jahat-jahat, huh? Hei, kau cermin sikit siapa yang tolong kau keluar daripada tempat jahanam tu?" sinisnya. Dahi Hawa ditujahnya kasar. Membuatkan kepala Hawa sedikit ke belakang. Hawa mengaduh sakit. Dia menggosok-gosok dahinya yang ditolak tadi. 

"Sakitlah!" herdik Hawa.

"Tahu pun sakit! Sudah, jom!" tanpa berlengah, dia terus menggenggam pergelangan tangan kanan Hawa. Lantas, menarik wanita itu memaksa Hawa untuk keluar daripada perut kereta. Pintu penumpang dihempas tutup dengan kuat.

Hawa menepis lembut tangan lelaki itu. Suka-suka sahaja nak sentuh aku! Bagi makan siku aku baru tahu? 

"Apa pegang-pegang ni? Suruh ajelah saya keluar, main tarik-tarik pula."

"Hei, nak tunggu kau keluar. Sempat lagi aku masak nasi goreng cina dekat dalam rumah tahu? Mengada macam anak Puteri raja! Kau ingat aku hamak sangat ke nak sentuh kau?"

"Habis malam kejadian tu awak nak sentuh saya apa dia? Mujur saya sedar, kalau tak... entah apa yang akan jadi dekat saya." rungut Hawa. Mengungkit semula kisah malam semalam.

"Ha, inilah perempuan! Mengungkit aje kerjanya. Aku hantar balik kau ke tempat tu, baru padan muka!" ugutnya. Luth mendengus geram. Habis air liur aku bertekak dengan minah ni sahaja. Ada aje jawapan yang akan keluar daripada mulut dia. Agak-agaknya minah ni juara perbahasan kut masa zaman sekolah dulu? Ish, sabar je lah! Luth menjeling. Sekilas pandangannya teralih ke arah Puan Kalsum yang melangkah keluar daripada rumah.

Luth melemparkan senyuman lebar. Begitu juga dengan Puan Kalsum yang turut mengulum senyuman sambil mengatur tapak ke arah mereka berdua.

"Assalamualaikum, mak." sapa Luth. Dia menunduk menyalami tangan Puan Kalsum.

"Waalaikumsalam. Siapa ni?" soal Puan Kalsum. Matanya tak henti menatap wanita ayu yang berdiri di sebelah Luth. Cantik dan manis orangnya.

"Oh, ni... " Luth menggaru kening. Lupa pula aku nak tanya nama perempuan ni tadi. Sepanjang kenal tak ada pula aku terfikir nak tanya nama. Aduhai...

"Hawa. Nama saya Hawa." sambung Hawa, memperkenalkan diri. Tangan Puan Kalsum disalaminya. Menunjukkan rasa hormat terhadap orang tua. Puan Kalsum mengangguk faham.

"Hawa. Cantik nama persis tuan badannya juga."puji Puan Kalsum. Hawa tersenyum malu. Pipinya mula bertukar merah jambu. Jarang aku dapat pujian sebegini di kampung. Luth yang mendengarnya, hampir sahaja muntah. Celah mana cantik pun tak tahu. Dia menggeleng kepala dan berpaling ke arah lain.

"Ini ke kawan yang Luth cakap semalam?"soal Puan Kalsum. Dia menoleh memandang Luth pula.

"Haah. Dia lah."

"Laaa... Mak ingat kawan Luth jenis tak cukup kain. Kalau macam ni lah rupa orang gaji yang Luth katakan, jadi menantu pun mak tak kesah." ujar Puan Kalsum. Laju Hawa menggeleng kepala. gila! Tak naklah aku jadi sebahagian keluarga mamat kepala batu ni! Baru kenal sehari pun dia dah banyak mengata tentang aku, apatah lagi kalau berhari-hari? Mahu jadi orang gila aku di dalam rumah ni.

"Eh, tak apalah mak cik. Cukuplah saya kerja sahaja. Saya tak layak jadi menantu orang kaya."

"Sedar diri pun..." desis Luth, perlahan. Cukup untuk dia sahaja yang mendengarnya. Tetapi tajam sahaja telinga Puan Kalsum menangkap sindiran yang Luth lemparkan pada Hawa. Lengan kanan Luth ditamparnya. Luth mengaduh sakit. Dia menggosok-gosok lengan yang ditampar tadi.

"Aduh!"

"Jaga sikit mulut tu." herdik Puan Kalsum. Dia memandang tajam ke arah Luth. Luth tersengih menampakkan gigi putihnya.

"Yalah..." leretnya. Sekilas dia menoleh memandang Hawa yang sedang menahan tawa. Dia mengecilkan sedikit mata. Tak apa... Tak apa... gelaklah selagi boleh gelak. Kau tunggu, ada ubi ada batas, ada hari aku balas! busuk Luth di dalam hati. Bibir diketapnya. Geram.

"Mari, Hawa. Kita masuk ke dalam. Ada suami mak cik, dengan abang kepada Luth."

"Segan pula saya mak cik... tak apa ke ni?"

"Tak apa. Buat macam rumah sendiri sahaja. Jom!" ajak Puan Kalsum. Hendak tak hendak, Hawa mengekor sahaja Puan Kalsum yang menarik lengannya menuju masuk ke dalam rumah agam itu. Luth pula hanya membuntuti langkah mereka daripada belakang.

Berdebar pula hati Hawa saat ini. Dia menggenggam kedua belah tangannya sekuat yang mungkin. Cuba untuk menguatkan semangat. Buat apa kau nak takut Hawa? Lagipun kau kerja juga dekat sini. Bukannya menumpang kosong dalam rumah agam ini. Ujar Hawa, bermonolog dengan dirinya sendiri. Setibanya di ruang tamu, Hawa melihat ada seorang lelaki tua yang sedang membaca surat khabar. Manakala, seorang lagi lelaki muda sedang bermain dengan tablet mahal miliknya.

"Abang, tengok ni. Kawan Luth. Bakal orang gaji kita. Okay, kan?" ujar Puan Kalsum, memperkenalkan Hawa kepada suaminya. Tuan Haji Zamani mengangkat muka. Dia menjatuhkan surat khabar ke bawah, memandang Hawa yang tersipu malu di hadapannya. Hawa buat-buat senyum. Seram betul pandangan pak cik ni. Macam nak bunuh aku pula.

"Assalamualaikum, pak cik." Sapa Hawa, tenang sahaja.

"Waalaikumsalam. Tak sangka pula Luth ada kawan perempuan macam ni." ujar Tuan Haji Zamani. Dia memandang Hawa dengan pandangan atas, bawah. Luth mengulum senyuman, bangga. Pertama kali abah puji aku.

Malik juga turut mengangkat muka memandang wanita yang berdiri di sisi maknya. Serentak juga dengan Hawa yang turut berpaling ke arah Malik. Membeliak biji mata Hawa saat ini. Lututnya mula terasa longlai. Tak terasa seperti nafas berlalu. Hawa gentar. Jantung mula berombak kencang. Kepalanya tak henti menggeleng, cuba untuk menidakkan apa yang berada di hadapan matanya. Tak mungkin! Hawa mengundur setapak demi setapak ke belakang. Namun, ianya terhenti juga saat tubuhnya tidak sengaja melanggar Luth yang berdiri tercongok di belakangnya.

Hawa mendongak memandang Luth. Terketar-ketar jarinya menunding ke arah Malik, seolah-olah ingin bertanya siapakah lelaki itu. Tetapi suaranya saat ini terasa seperti disekat sesuatu. Luth tersenyum menyenget. Kedua belah tangannya diseluk ke dalam poket. Dia membongkokkan sedikit tubuhnya, menyamakan ketinggian mereka. Bibir didekatkan dengan telinga kanan Hawa yang terselindung di sebalik kain tudung.

"Itu abang aku, Malik Haqimi." bisik Luth. Dia kembali menegakkan badan. Hawa ternganga.

"Ab... Abang?" soal Hawa seperti tidak percaya. Luth mengangguk kepala. 

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum