Bab 56

28.8K 2.2K 470
                                    

                           SHAHIDAH memandang kosong ke arah kolam ikan koi di tepi wakaf. Tak semena-mena, dia termenung apabila teringat semula tentang Puan Sri Maryam yang dengan beraninya mencapak duit ke arah mak saudaranya, Zaiton. Siapa agaknya wanita tua tu? Mengapa dia gelarkan dirinya mak mertua kepada Hawa sedangkan mak mertua Hawa sepatutnya Puan Kalsum.

"Sha, ni mama buatkan air untuk Sha." tegur Datin Hanis, yang memakai baju kelawar bercorak batik mengatur langkah ke arah wakaf dengan membawa secawan air susu kepada Shahidah. Dia meletakkan cawan susu itu di atas meja, sebelum melabuh punggung di sebelah anaknya. Shahidah hanya tersenyum sebagai tanda terima kasih.

"Sha, mama dah lama tak pergi melawat budak-budak dekat rumah kebajikan anak yatim Murni. Esok, boleh tak Sha bawa mama pergi sana?"

"Huh?" Shahidah sedikit terkejut. Dia terus berpaling memandang Datin Hanis. Kenapa tiba-tiba sahaja mama ingin ke sana? Aduh, bagaimana kalau dia perasan yang budak-budak di situ semakin berkurangan?

"Ma...Mama nak melawat diaorang buat apa?"

"Laa... diaorang pun sebahagian keluarga kita juga. Lagipun, mama kesianlah dekat Sha. Dah lah kena jaga seorang diri. Budak-budak dekat situ sudahlah ramai. Mesti anak mama ni stress uruskan rumah tu. Tulah... mama nak bagi Sha pembantu, Sha tak nak. Sufi pun sekarang tengah bercuti dengan suami dia. Sebab tu lah mama cadang nak pergi sana esok. Nak tengok keadaan budak-budak tu, sihat ke tidak?"

"Ish, tak payahlah ma. Lebih baik mama jaga je papa dekat hospital. Budak-budak dekat situ semuanya sihat belaka. Tak ada yang sakit pun. Dan... pasal pembantu tu, Sha rasa tak perlu kot? Sha boleh handle seorang diri. Mama jangan risau." ujar Shahidah. Datin Hanis mengangguk kepala. Ada betulnya juga kata Shahidah, lebih baik dia menjaga suaminya yang sedang terlantar di katil hospital akibat sesak nafas. Dia pun terkejut, apabila melihat suaminya pulang dalam keadaan tercungap-cungap. Katanya kena belasah dan diugut oleh Luth, sampai merayu-rayu agar isterinya tolong membatalkan sihir yang dihantar kepada Hawa. Bila teringat semula hal itu, baru dia sedar lelaki seperti Luth ada juga had kesabarannya.

Datin Hanis menarik nafas sedalam-dalamnya, lalu dihembus keluar sebelum bersuara.

"Tiba-tiba pula mama teringat dekat Luth. Tak sangka ya? Dia sanggup cekik papa dan ugut sampai papa kena tahan dekat hospital? Semuanya sebab seorang perempuan sahaja. Suami macam Luth tu, satu dalam sejuta je yang ada kamu tahu tak Sha? Bila mama fikirkan balik, suami mana yang tak marah bila dapat tahu yang isteri dia kena sihir? Mama betul-betul rasa bersalahlah dengan Luth."

"Mama cakap apa ni? Tak ada apa yang salah pun lah! Si Hawa tu memang patut kena sihir sebab dia dah rampas Luth daripada Shahidah! Sha ni anak mama tahu tak? Mama sepatutnya kena sokong Sha! Ma kena bela Sha!"

"Bukan macam tu maksud mama..."

"Tak! Luth tak cintakan dia, ma. Percayalah. Sha yang jumpa Luth dulu, bukan perempuan celaka tu! Jadi cinta pertama Luth adalah Shahidah. Salah ke kalau Sha nak dia? Mama dengan papa kata sanggup buat apa sahaja demi Sha? And now I want him!" bentak Shahidah tidak puas hati. Turun naik nafas di dadanya penuh amarah. Bengang pula apabila mama sendiri membela orang lain. Rasa bersalah dengan Luth? Cis! Itu semua langsung tak masuk akal. Perempuan tu memang layak terseksa!

Datin Hanis mengeluh kecil. "Tapi Luth tak nak Sha. Dah jelas lagi bersuluh, Sha. Dia sanggup buat apa sahaja demi Hawa. Kita tak boleh desak orang yang tak sukakan kita! Sha kena terima tu. Mama bukannya tak nak sokong anak mama. Tapi mama takut, takut kalau suatu hari nanti dia simpan dendam."

"Buat apa dia nak simpan dendam? Sha cuma nak yang terbaik buat Luth!"

"Sebab cinta, Sha. Lelaki ni kalau dah sayang sangat dengan perempuan yang dia cinta, dia akan sanggup buat apa sahaja. Banyak kes bunuh dekat Malaysia ni berkaitan dengan orang ketiga yang ganggu rumahtangga, Sha tahu tak? Mama tak nak benda tu terkena dekat hidung anak mama! Mama tak nak kehilangan Sha dengan cara tragis. Tolonglah, faham..."

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now