Bab 48

26.3K 2.2K 964
                                    

SEUSAI menunaikan solat maghrib, Luth melangkah keluar daripada surau itu. Dia melabuh punggung di tangga kecil yang berada di hadapan surau. Sepasang kasut dicapainya lalu disarung terus ke kaki. Hari pun dah makin gelap, eloklah dia pulang ke rumah semula. Bimbang jika Hawa tercari-cari dirinya yang masih belum tiba di rumah.

Siap memakai kasut, lantas dia berdiri. Baru sahaja hendak melangkah, jalannya sudah di halang oleh dua orang lelaki berpakaian seragam polis. Langkah Luth terhenti. Malah, kening pun turut berkerut pelik. Sekilas dia menoleh ke arah kereta polis yang terparkir di hadapan surau. Dan kembali memandang dua orang lelaki itu.

"Kenapa ya?"

"Kami terpaksa tahan encik, sila ikut kami ke balai sekarang."

"Huh?"

"Kamil, gari tangan dia." arah anggota polis itu kepada pembantunya yang bernama Kamil. Tak banyak cakap, terus gari dikeluarkan daripada belakang seluarnya. Kedua belah tangan Luth disilangkan ke belakang, lalu digari dengan ketat. Luth mula cemas.

"Apa salah saya encik? Kenapa tiba-tiba gari saya? Mungkin Encik silap orang ni..."

"Kami tak silap orang. Kami dah diarahkan untuk menangkap encik atas tuduhan cuba merancang pembunuhan."

Luth terkejut. Kepala digelengnya laju menafikan tuduhan itu. Sejak bila pula aku merancang pembunuhan? "Bu... Bunuh? Ya Allah. Sumpah encik, bukan saya! Saya tak pernah langsung rancang nak bunuh sesiapa. Tolonglah lepaskan saya, saya ada isteri dekat rumah. Dia sakit, encik!"

"Tak apa. Kita bincang sahaja di balai nanti. Bawa dia Kamil!"

"Baik, Tuan!" dia akur dengan arahan. Lantas, lengan Luth ditarik memaksa lelaki itu mengekornya menuju ke arah kereta polis yang terparkir di hadapan surau. Luth menggeleng kepala, dia cuba merentap kedua belah tangannya agar gari itu terbuka. Namun, gagal. Lengannya pula yang tercalar gara-gara bergesel dengan besi. Sedaya upaya dia cuba menahan kaki agar langkah mereka berhenti.

"Tolonglah, lepaskan saya! Bagi saya jumpa isteri saya dulu, saya takut dia risaukan saya. Tolonglah! Saya merayu, encik!"

"Jangan banyak cakap, masuk!" tubuh Luth ditolak kasar masuk ke dalam perut kereta. Lantas, pancuan empat roda itu bergerak meninggalkan kawasan surau.









PUKUL 9:30 malam, Luth masih belum pulang. Makin berdebar-debar jantung Hawa. Tak pernah lagi Luth pulang selewat ini. Ke mana dia agaknya? Dah dapat kerja ke, atau dia pergi ke rumah Tuan Haji Zamani? Berbolak-balik jiwanya sekarang. Sejak pukul 8 dia menunggu Luth di pintu rumah, namun kelibat lelaki itu masih tidak muncul-muncul.

Tambah pula, dia sudah menyiapkan makan malam untuk mereka. Dia terlampau gembira, kerana beberapa jam yang lepas dia sudah sihat daripada demam. Tak sangka, berkat doanya bersama Luth. Allah telah makbulkan segalanya. Aku bersyukur, Ya Allah. Dia tidak sabar ingin memberitahu Luth tentang kesihatannya. Tentu suaminya bakal gembira. Tak perlu lagi bersedih melihat dia terbaring di atas tilam dalam keadaan lesu.

"Awak... awak pergi mana? Kenapa tak balik lagi ni? Saya tak sedap hatilah..." gumam Hawa. Kedua belah tangannya melekap ke dada. Merasakan ada debaran di yang cukup kuat.

"Saya dah sihat. Awak tak perlu nak bersedih lagi lepas ni. Tapi awak dekat mana? Baliklah... saya dah masak makanan untuk awak. Kita boleh makan sama-sama." ujar Hawa seorang diri. Entah mengapa air matanya mengalir secara tiba-tiba. Dia pantas mengesat menggunakan belakang tangannya. Hendak hubungi Luth pun, dia tidak mempunyai telefon.

"Atau... awak balik rumah abang awak?" soal Hawa. Kali ini diserbu rasa kecewa pula. Takkanlah lelaki itu sanggup meninggalkan dia secara senyap-senyap?

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now