Bab 13

26.3K 2.1K 436
                                    

                        “TAK pasal aku yang kena beli baju perempuan! Buat malu betul! Perempuan dekat sini pun semuanya pandang aku dah kenapa? Ish, geram pula aku!" bebel Luth seorang diri sambil tangannya mencapai beberapa baju T muslimah yang berada di kedai pakaian wanita itu lalu dimasukkan ke dalam bakul yang disediakan untuk meletak barang. Apa sahaja pakaian yang ada di depan mata dicapai ikut suka hati. Malas nak fikir saiz berapa, dia ambil sahaja mana yang dia rasa sesuai untuk Hawa.

Ada juga beberapa gadis yang turut membeli belah di situ memandang ke arahnya. Sekejap berbisik, sekejap ketawa. Entah apalah yang diaorang mengumpatkan tu!

Luth mengetap bibir. Kalau nak diikutkan hati, nak sahaja aku lemparkan baju-baju ni. Nasib bukan kedai aku, kalau tidak dah lama aku buat!

"Apa dia ingat aku ni suami dia ke huh nak kena beli barang-barang ni semua? Ini pertama kali aku masuk kedai-kedai macam ni. Buat malu tujuh keturunan aku sahaja! Sudahlah duit makan aku belanja, ini duit baju pun aku kena belanja! Parah... Parah..." bebel Luth lagi. Leka dia mengambil pakaian yang tersangkut di hadapannya. Tiba-tiba ada satu tangan yang mencapai baju dress biru serentak dengan Luth. Tanpa sengaja Luth menyentuh tangan wanita itu. Mereka berpaling memandang sesama sendiri.

Shahidah?

Pantas Luth menarik semula tangannya. Dia mula terpinga-pinga. Anak mata dilarikan ke arah lain. Macam mana aku boleh terserempak dengan  perempuan ni pula? Aduh...

Shahidah tersengih menampakkan gigi. Dia juga turut menarik tangannya daripada menyentuh baju dress biru yang menjadi pilihannya tadi. "Abang Luth rupanya. Terkejut Sha."

Luth mengerut kening. Dia memandang Shahidah kembali. "Abang?"

Shahidah ketawa kecil. "yalah. Abang. Awak kan tua lagi daripada saya? Kenapa? Salah ke kalau Sha panggil abang, abang?" soal Shahidah. Pantas Luth menggeleng kepala menafikannya. Tak salah pun cuma pelik sahaja.

"Eh, tak adalah. Ikut suka kau lah nak panggil aku abang ke apa?" balas Luth, acuh tak acuh.

Shahidah tersenyum lebar. Sekilas dia menunduk memandang ke arah bakul baju yang berada di tangan Luth. Penuh dengan pakaian wanita. "Untuk siapa tu?"

"Huh?"

"Baju tu." Shahidah memuncungkan bibirnya, menunjuk ke arah bakul yang dipegang Luth. Luth menunduk melihatnya seketika.

"Oh, baju ni... baju ni untuk anak saudara aku. Saja aku nak beli untuk dia.  Err... kau pula buat apa dekat sini?"

"Laaa... dah kalau ini kedai perempuan tentulah saya shopping, bang. Abang tu je yang pelik, ada dekat kedai macam ni. Sebab tu perempuan-perempuan dekat sini asyik tergelak pandang abang." ujar Shahidah. Betul juga katanya. Aku yang patut pelik kenapa aku ada dekat tempat macam ni.

"Kenapa pelik pula? Aku beli baju je pun, bukannya buat benda bukan-bukan dekat sini."

"Memanglah. Tapi abang seorang je lelaki dekat kedai ni. Macam abang shopping barang untuk isteri pula." ujar Shahidah dan ketawa sendiri.

Luth menjuih bibir. "Isteri apanya... calon pun tak ada..." sinis Luth pada dirinya sendiri. Tipulah kalau kata tiada seorang pun wanita yang pernah menyukainya. Tapi malang, seorang pun tidak menepati ciri-ciri wanita yang dia minati. Shahidah tersengih lagi.

"Mungkin kali ni bakal ada."

"I don't think so. Ada memang ada, tapi aku yang tak suka. Bukan senang nak jadi orang yang paling penting dalam hidup aku."

"Kalau 'ada' orang tu macam mana?"

"Maksudnya dia bertuah, sebab aku akan jaga dia separuh nyawa aku." balas Luth. Shahidah mengulum senyuman bahagia. Entah mengapa hatinya pula yang berbunga-bunga apabila Luth berkata begitu. Sekilas Luth menunduk memandang jam yang mengelilingi pergelangan tangannya. Pukul 7. Elok sangatlah aku pulang sekarang. Entah apa pula yang jadi dekat minah sewel tu. Sekejap dia memandang pula ke dalam bakul baju. Hampir penuh satu bakul. Rasanya sudah cukup. Lagipun, dia pun tidak tahu berapa jumlah baju yang dia ambil. Main letak sahaja tanpa lihat dahulu. Ah, tak kisahlah! Janji perempuan tu ada baju untuk pakai.

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now