Bab 38

27.1K 2.3K 527
                                    

                       SETIBA di hadapan sebuah rumah papan, Hawa dan Luth keluar daripada perut kereta. Terlopong Luth melihat keluasan rumah itu yang jauh beza dengan rumah agam Tuan Haji Zamani. Kecil sungguh. Kalau orang bujang sesuailah duduk, tapi untuk berdua tidak tahu lagi bagaimana? Rumah papan kampung itu juga kelihatan berusang sedikit di luar. Mungkin kerana rumah itu sudah lama tidak dibersihkan. Takut juga nak duduk dalam rumah ni. Karang baru selangkah masuk ke dalam rumah, papan sudah runtuh.

"Elok lagi ke rumah ni? Macam hidup segan mati tak mahu sahaja?" soal Luth, was-was. Dia mencelek sedikit dinding rumah yang diperbuat daripada papan. Meninggalkan kesan kelabu dijarinya. Fuh! Berhabuk betul. Dia menoleh memandang Salmah yang berdiri di sisi suaminya.

"Tentulah okay lagi. Walaupun nampak macam nak runtuh tapi jangan risau, papan tu masih kuat." ujar Salmah.

"Aku tak kisah pun rumah ni macam mana, Sal. Cuma suami aku ni je yang mengada lebih! Biasalah, anak orang kaya kan?" ejek Hawa. Dia mengerling sekilas ke arah Luth. Luth mengetap bibir geram. Amboi! Sejak ada kawan bukan main berani dia mengutuk aku. Apa? Dia fikir aku ni tak boleh duduk dalam rumah macam ni ke?

"Hei, siapa cakap aku tak boleh duduk dalam rumah ni? Aku bukannya anak manja yang asyik nak duduk rumah mewah je! Eh, Salmah... Hawa ni memang suka mengutuk orang ek? Macam mana kau boleh kenal dengan orang gila ni?"

PAP!

Lengan Luth ditampar Hawa. Sampai hati dia cakap aku gila! Luth menjeling menyampah. Aku menjegilkan mata ke arah lelaki itu. Siapa yang mengutuk siapa sekarang ni?

Salmah ketawa kecil. Tergeleng kepalanya melihat gelagat sepasang suami isteri ni. "So sweet you guys. Untuk pengetahuan awak encik Luth, Hawa ni memang jenis happy sepanjang masa. Bab mengacau orang memang kerja dia dekat kampung dulu! Tak sangka sekarang kacau suami pula?"

"Eh, kau ni Sal! Aku tak macam tu lah." bidas Hawa. Malu pula apabila Salmah menceritakan dirinya yang sebenar. Baru nak control ayu depan suami sendiri. Luth mengangguk kepala.

"Kena sangatlah nama cicak tu dengan kau, kan? Tak sia-sia aku bagi kau nama tu. Asyik nak memekak aje." sinis Luth sambil dahi Hawa ditunjalnya, manja.

"Kauorang ni mesti sekepala, kan? Tengok dari gaya kauorang, nampak macam benci antara satu sama lain. Tapi dalam hati sebenarnya sayang."

"Sayang? Siapa sayang? Sayang cicak ni? Memang tak lah!" ejek Luth. Dia menjeling tajam ke arah Hawa, sebelum melangkah masuk ke dalam rumah papan itu. Hawa mengepal tangannya, kuat. Rasa nak tumbuk sahaja muka si suami tu! Bukannya nak sweet depan kawan aku, baru aku nak berlagak dapat suami kacak macam dia. Tapi menyesal pula!

"Ish! Kau tak payah nak layanlah dia tu Salmah. Otak dia memang macam tu. Mereng! Tak macam suami kau, baik je aku tengok. Asyik berkepit je dengan kau masa dalam kereta tadi. Jealous aku." puji Hawa dengan tersenyum senang.

"Aku dengar!!" jerit Luth daripada dalam rumah. Hawa mengatup mata sesaat. Tajam pula pendengaran Luth ni. Tahu pula nak cemburu bila aku puji suami orang lain. Heh! Hawa mendengus kecil.

"Tak apa, Hawa. Saya yakin suami awak tu cuma berlagak macho sahaja di hadapan awak. Tapi hakikatnya, dia sayang sangat-sangat. Kalau tak percaya, bila awak duduk dalam rumah ni dengan dia. Awak akan nampak diri dia yang sebenar. Trust me." celah Firdaus. Suami kepada Salmah. Dia melemparkan senyuman lebar kepada Hawa. Hawa ketawa kecil.

"Kenapa? Rumah ni ada magic ke sampai boleh buatkan Luth berubah?"

"Maybe like that. Semuanya akan terbukti bila awak jalani hidup dengan dia nanti. Selalunya, lelaki macam suami awak tu susah nak berenggang dengan isteri. Nampak je macam cool, tapi dalam hati ada taman juga." ujar Firdaus, dia ketawa senang.

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now