Bab 14

25.4K 2.1K 189
                                    

                       “INI bilik Hawa. Hawa rehatlah dulu ya. Esok baru mula kerja." ujar Puan Kalsum. Dia membuka pintu bersebelahan dengan bilik perpustakaan yang terletak paling hujung. Masih ada 12 pintu lagi di sebelah kanan Hawa. Tidak pasti pula bilik apa kerana semuanya tertutup rapat. Mungkin bilik tidur, atau juga kamar mandi untuk tetamu yang datang ke rumah agam Tuan Haji Zamani. Kaya sungguh keluarga Luth. Ini baru sahaja bilik yang banyak, belum termasuk dengan ruang tamu lagi. Di sini terdapat empat ruang tamu sepanjang laluan ini. Entah macam manalah nasib aku hendak mengemas nanti. Pasti penat tak terkira.

Hawa tersenyum lebar. Kedua belah tangannya erat menggenggam beg bagasi berisi pakaian yang di beli Luth tadi. Berat sungguh! Tak tahulah pakaian apa yang mamat tu beli. Jangan pula dia beli baju sekerat lutut. Tak ke mampus aku kena tatapan si buaya darat tu? Pakai baju biasa pun si Malik tu boleh berani mengambil kesempatan, apatah lagi baju yang havoc?

Hawa melemparkan pandangannya ke dalam bilik. Luas sungguh. Ada sebuah katil bersaiz king. Cermin besar yang hampir memenuhi dinding sebelah kiri katil. Manakala di sebelah kanan katil mempunyai sebuah meja solek berwarna keemasan. Segala jenis brand  barang kosmetik terletak kemas di atas meja solek itu. Malah, di dalam bilik ini juga mempunyai kamar mandi tersendiri dan sliding door yang menghadap ke arah pemandangan luar rumah. Tolak sahaja sliding door itu ke tepi, terpampang balkoni di depan mata. Tempat untuk merehatkan diri dan menghirup udara segar bila-bila masa.

"Cantiknya bilik ni, Mak cik. Saya ni orang gaji je. Bukannya anak saudara ke apa sampai nak bagi bilik mewah macam ni." ujar Hawa.

"Ish, tak apalah. Duduk aje. Lagipun, bilik ni dah lama tak ada orang duduk. Dulu, bilik ni kepunyaan anak mak cik. Sejak dia dah tak ada, sunyi sepi sahaja bilik ni. Kamu ambillah Hawa. Buat macam rumah sendiri sahaja. Tak perlu malu-malu."

Hawa mengangguk kepala. Dia mengatur beberapa langkah masuk ke dalam bilik sambil anak matanya ditebarkan ke sekeliling. Beg bagasi diletakkan ke atas birai katil. Barang kosmetik yang berada di atas meja solek menjadi sasarannya.

"Itu semua milik anak mak cik juga ke?" soal Hawa lagi. Dia memusing memandang Puan Kalsum. Puan Kalsum mengangguk kepala mengiyakannya.

"Haah. Hawa kalau nak pakai, pakailah. Anak mak cik dah tak gunakan lagi kosmetik tu. Cuma... jangan bersolek dekat dalam rumahlah." ujarnya. Hawa mengerut kening, pelik.

"Kenapa? Pak cik Zamani tak suka ke?"

"Eh, bukan. Tapi takut dua orang anak mak cik tu tergoda dengan kamulah. Cantik sangat." ujar Puan Kalsum dan ketawa mengekek. Almaklumlah, dalam rumah ini satu-satunya perempuan muda adalah Hawa. Macam-macam perkara boleh jadi. Dia pun risau juga dengan dua orang anak lelakinya itu. Lebih-lebih lagi, Luth. Pantang nampak perempuan lawa, adalah benda nak menyakat nanti.

Hawa turut ketawa kecil. Tergeleng kepala dia mendengarnya. "Mak cik jangan risaulah. Saya takkan pakai pakaian yang mencolok mata pun. Insyaallah, tiada apa-apa yang bakal jadi."ujar Hawa, meyakinkan Puan Kalsum. Ya! Yalah tu takkan jadi apa-apa. Kau tak ingat ke tadi apa yang hampir jadi waktu Puan Kalsum dengan Tuan Haji Zamani tengah menunaikan solat di bilik? Si Malik tu hampir sahaja nak buat perkara tak senonoh dalam rumah ni. Nasib baik Luth pulang tepat pada masanya. Tahu pun takut! Buat amal kebajikan waktu malam konon... padahal melencong ke lorong! desis Hawa di dalam hati. Geram sahaja apabila dia teringatkan kejadian di dapur tadi.

"Kalau dah tak ada apa-apa, mak cik pergi dulu ya. Hawa rehatlah." pamit Puan Kalsum.

"Eh, sekejap!" Pantas Hawa berlari mendapatkan Puan Kalsum. Sebelah tangan kanan orang tua itu digapainya. Puan Kalsum mengangkat kedua belah keningnya ke atas seperti bertanya kenapa.

"Kenapa Hawa?"

"Err... bilik Malik dekat mana ya?" soal Hawa, gentar. Risau juga kalau bilik lelaki itu berada di sebelah biliknya. Lagi senang mamat tu nak buat kerja!

"Oh, bilik Malik dekat hujung sana." ujar Puan Kalsum. Dia menunding jari ke arah bilik yang berada paling hujung sebelah kanan. Hawa menghembus nafas lega. Jauh juga bilik dia. Nasib baik!

"Bilik Luth pula dekat tengah ni." sengaja Puan Kalsum memberitahunya. Alang-alang tanya bilik Malik, baik dia beritahu sekali bilik Luth berada di mana. Hawa mengangguk kepala, faham. Selang tiga pintu daripada bilik aku. Baguslah.

"Terima kasih, mak cik." ucap Hawa dengan menunduk kepala. Puan Kalsum tersenyum lebar.

"Sama-sama. Sudah, pergi rehat."

"Baik, mak cik." Hawa menurut. Lantas, dia mengatur langkah masuk ke dalam bilik. Begitu juga dengan Puan Kalsum. Pintu bilik ditutup rapat. Hawa melabuh punggung di atas katil. Keadaan menjadi sunyi buat sejenak. Rimut kontrol penghawa dingin yang berada di atas sebelah katil di capainya. Dia menekan hingga suhu 17. Sejuk sedikit. Sekilas pandangannya teralih ke arah beg bagasi yang di beli Luth. Oh, aku baru teringat! Baju apa agaknya yang mamat ni beli?

Hawa pantas menarik beg bagasi itu dekat dengannya. Zip beg dilurutkan ke bawah. Jatuh rahang Hawa melihat pakaian yang disumbat ikut suka hati.

"Ish, dia ni! Bukannya nak lipat dulu. Main sumbat aje. Nampak sangat tak ikhlas belikan baju untuk aku!" desis Hawa, geram.

"Ah, lantaklah. Janji dia belikan. Kalau tak beli? Kau nak pakai apa?" ujar Hawa, bermonolog seorang diri. Ada bagusnya juga Luth ni. Walaupun tak ikhlas belikan baju untuk aku, tapi sekurang-kurangnya dia belikan juga walau terpaksa. Hawa tersenyum lebar. Dia mengeluarkan pakaian yang berada di dalam beg bagasi itu. Baru separuh ditarik keluar, laju Hawa menyumbatnya kembali. Matanya membeliak luas.

"Betul ke apa aku tengok tadi?" soal Hawa, tidak percaya. Hilang terus senyuman dibibirnya. Malah, geram pula yang tiba.

"Baju apa ni?!" soal Hawa, tidak puas hati. Dia menarik semula nightgown dress berwarna merah keluar daripada beg bagasi itu. Baju nampak ketiak ini yang dia belikan untuk aku?! Sudahlah singkat, nipis pula tu! Dia ingat aku ni bini dia ke apa sampai beli baju seksi macam ni? Kalau satu tak apa juga, ini sampai lima helai!

Hawa ternganga.

"Nak kena betullah dia ni! Sengaja nak kenakan aku ke apa? Nanti apa pula Mak dia cakap!" bebel Hawa. Dia meneliti pula baju yang lain. Nasib baik ada juga baju T muslimah yang dibelinya. Baru nak lega, Hawa terkejut lagi apabila melihat pakaian dalam yang turut di beli oleh Luth. Ya Allah, rasa macam nak tercabut jantung keluar!

"Yang ni pun dia beli? Ya Allah, malunya aku!" Hawa menutup wajahnya yang mula memerah malu dengan pakaian yang berada di tangannya.

"Ish, kalau aku tahu, aku ikut dia pergi sekali pun tak apa! Buat malu je, aduh... dah lah lelaki yang tolong belikan. Suruh tolong beli pad pun dah malu, apatah lagi beli baju macam ni?! Macam mana aku nak hadap batang hidung dia esok? Mesti dia tayang muka gatal dia tu. Ish! Benci betullah!" bebel Hawa lagi. Dia melemparkan pakaian seksi itu ke tepi. Geli!

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now