Bab 3

30.7K 2.2K 562
                                    

                        RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM MURNI. Sumbangan cek sebanyak 10,000 ringgit diserahkan kepada pengurus rumah anak yatim. Bukan Tuan Haji Zamani sahaja yang menyumbang keperluan kepada mereka. Malah, ada juga golongan VVIP yang turut datang memberi beberapa kampit beras dan pakaian. Setelah selesai memberi sumbangan, mereka ditemu ramah pula dengan beberapa wawancara daripada pelbagai media syarikat.

Luth mengeluh kecil. Bosan. Dia sendiri tidak tahu apa tugasnya datang ke sini. Tiada satu kerja pun yang dia lakukan. Apa yang dia buat hanya duduk di bangku berhadapan dengan surau dan memerhati Malik dan Tuan Haji Zamani yang sedang bergambar dengan golongan VVIP daripada jauh. Sorry, aku tak berapa minat nak bergambar dengan mereka. Mereka semua orang baik-baik, aku pula? Heh, tak payah cakaplah...

Luth menggeleng kepala. Dia tayang muka meluat. Anak mata dijeling kan ke atas. Dia menyandarkan tubuh belakang pada dinding surau. "Bila nak balik ni? Bosan betullah! Ergh!" degusnya. Geram.

Luth menghembus nafas kecil. Sabar aje lah Luth. Siapa suruh kau ikut? Kalau aku tahu tugas aku datang sini semata-mata duduk dan memerhatikan mereka bergambar, lebih baik aku pergi melepak dengan kawan-kawan! Tapi apakan daya, dah terlambat.

Sekilas pandang Luth tertoleh ke arah seorang kanak-kanak perempuan yang berdiri tidak jauh daripadanya. Wajah budak perempuan itu kelihatan pucat lesu. Sebelah tangannya menyentuh perut. Seolah-olah dia sedang menahan sakit daripada perut. Luth mengerut kening. Dia kembali tegakkan badan.

"Hoi!" tegur Luth. Dia mengutip sebiji batu kecil lalu dibaling tepat mengena pada lengan budak perempuan itu. Budak itu sedikit terkejut. Sedang dia memerhatikan golangan kaya yang sedang berborak itu, terus anak matanya teralih ke arah Luth.

"Kau apahal?" soal Luth. Bunyinya agak sedikit kasar, tetapi memang itulah caranya menegur seseorang. Malah, budak perempuan itu hanya mendiamkan diri. Soalan Luth langsung tidak di jawab.

"Kau sakit ek?" soal Luth, lagi. Masih tidak di jawab. Luth menjuih bibir.

"Kau ni bisu ke apa? Aku tanya kau baik-baik sekarang ni." ujar Luth. Dia bangun daripada bangku itu, lalu mengatur langkah menghampiri budak perempuan itu. Budak itu kelihatan gelisah apabila Luth mula menghampiri. Dia mula terkulat-kulat memandang sekeliling. Tanpa berlengah, budak perempuan itu terus melarikan diri masuk ke dalam rumah kebajikan anak yatim. Langkah Luth terhenti. Berlapis dahinya berkerut memandang budak perempuan itu.

"Dah kenapa? Gila ke? Haih, pelik-pelik budak dekat kawasan ni. Aku tegur je lari. Aku tegur je semua bersembunyi. Apa muka aku macam Firaun sangat ke sampai diaorang takut?" bebel Luth tidak puas hati. Kanak-kanak di rumah ini semuanya sombong dengan aku. Nak ajak berbual pun tak boleh. Luth mencekak pinggang. Makin lama makin bosan pula jadinya. Dia menyepak batu-batu kecil yang bereda di tempatnya berdiri. Itu sajalah kerja yang ada aku boleh buat.

"Assalamualaikum." sapa satu suara wanita mengalihkan perhatian Luth. Dia mengangkat wajah memandang seorang wanita bertudung bawal serta mengenakan baju kurung moden yang berdiri di sisinya dengan membawa bersama dulang berisi secawan air sirap sejuk.

"Wa... Waalaikumsalam." Balas Luth, lambat. Wanita itu tertawa kecil. Lucu melihat reaksi Luth. Kepala digelengnya berkali-kali. Tanpa banyak bicara, dia letakkan dulang berisi secawan air sirap sejuk itu ke atas meja kayu yang berada di tepi surau. Sempat Luth mengambil peluang untuk meneliti name tag yang di pakai pada baju wanita itu.

"Sha... hi... dah..." satu-satu perkataan dibacanya. Dia mengangguk kepala. Shahidah rupanya nama wanita ini.

"Aku Luth. Luth Mikail. Anak Tuan Haji Zamani." tanpa segan silu Luth memperkenalkan diri. Dia menghulurkan sebelah tangannya ingin berjabat. Malah huluran itu hanya di pandang sahaja oleh Shahidah. Luth baru tersedar. Lupa pula dia tidak boleh menyentuh wanita yang bukan mahramnya.

"Ops! Lupa... Sorry." lambat-lambat dia jatuhkan tangan semula. Malu dengan perbuatan sendiri, dia berpaling muka ke lain.

"Encik Luth minumlah dulu. Daripada tadi saya tengok awak duduk dekat sini seorang diri. Kesian pula." ujar Shahidah. Luth mengerut kening. Dia kembali berpaling memandang wanita itu. Mata sedikit di kecilkan. Dia menunding jari, hampir sahaja terkena hidung Shahidah.

"Kau intai aku ek?" 

"Huh?! Tak... Tak adalah. Mana ada." laju Shahidah menafikannya. Tapi memang betul pun. Lama juga dia memerhatikan Luth dari jauh. Timbul rasa kasihan, jadi dia bercadang untuk buatkan air. Luth tersenyum sinis.

"Kau tak payahlah tipu aku. Aku kenal sangat perempuan ni macam mana? Malu tapi mahu, kan?" ujar Luth. Dia melabuh punggung kembali di atas bangku. Secawan air sirap dicapainya lalu diteguk perlahan-lahan. Shahidah tersengih menahan malu.

"Ni aku nak tanya. Budak-budak dekat sini memang kalau nampak orang akan lari ek?" soal Luth, setelah habis dia meneguk air. Cawan diletakkan semula ke atas dulang. Dia mendongak memandang Shahidah.

"Tak adalah. Mereka semua sporting. Nampak tetamu lagilah diaorang suka."

"Ya ke? Tapi tadi... aku ada nampak ada satu budak tu macam sakit je? Tak bawa pergi klinik ke?"

"Alaa... budak-budak dekat sini memang sengaja buat muka macam tu. Padahal tak sakit pun. Sengaja cari alasan untuk keluar daripada rumah anak yatim." ujar Shahidah. Luth mengangguk kepala, faham.

"Dah habis ke air tu? Kalau dahaga lagi, saya pergi ambilkan sekejap dekat dapur ya." pamit Shahidah. Dia mengangkat semula dulang berisi cawan kosong itu. Lalu mengatur langkah ingin menuju ke dapur yang tidak jauh daripada situ. Kanak-kanak yang berlari di sekitar rumah itu, langsung tidak memandang keadaan sekeliling mereka. Shahidah sedikit terkejut saat salah seorang kanak-kanak di situ melanggarnya tanpa sengaja. Spontan dulang yang dipegang terlepas daripada tangan. Tubuhnya hampir terjatuh ke tanah, tetapi ada tangan yang lebih laju merangkul pinggang wanita itu daripada jatuh ke tanah.

Shahidah terpana seketika saat matanya bertentangan dengan Luth. Entah mengapa debaran mula bertukar menjadi semakin laju dan terus laju.

Lama mereka bertentangan mata. Luth tersedar lagi yang dia tidak boleh menyentuh sebarang wanita. Terus pinggang Shahidah dilepaskan. Tak semena-mena dia jatuh ke atas tanah semula. Shahidah mengaduh sakit.

"Aduh...."

"So... Sorry."

"Tak apa , tak apa. Bukan salah encik. Salah saya." rayu Shahidah. Lekas dia mengutip semula dulang dan cawan yang berada di atas tanah. Lantas bangun dan terus berlari masuk ke dalam rumah anak yatim. Setibanya sahaja dia di dalam rumah, Shahidah memberhentikan langkahnya di ruang tamu. Dia memusing ke belakang, memandang Luth daripada celahan tingkap dan tersengih seorang diri.

"Siapa tu Kak Sha?" tegur Sufi. Penolong kebajikan rumah anak yatim Murni. Dia juga turut menoleh memandang lelaki yang memakai kemeja bercorak kotak itu.

"Handsomenya, Kak Sha! Tadi Sufi nampak dia sambut Kak Sha masa nak jatuh. Haa... ni mesti ada apa-apa?"

"Ish, Sufi ni! Dia tu anak Tuan Haji Zamani lah. Biasalah, orang nak jatuh mestilah ada orang lain yang tolong."

"Iyalah tu. Entah-entah, dia dah suka dekat Kak Sha. Yalah... Kak Sha kan, cantik dan manis orangnya? Siapa aje yang tak tergoda?"

PAP! Lengan Sufi ditamparnya. Sufi ketawa mengekek.

"Sukalah tu!"

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now