Bab 31

25.8K 2.1K 458
                                    

                     “ABANG, sakitlah!" rengek Shahidah. Lelaki ini memang tak berhati perut langsung! Dengan Hawa bukan main baik lagi layanannya. Kalah tuan puteri diberi kasih sayang. Kalau aku, macam ahli sihir pula dilayan. Semasa dekat rumah anak yatim Murni pun sama, luka dekat dahi sedikit pun. Luth dah menggelabah bagai nak rak pada perempuan tu. Ish! Tak adil betul!

Sampai sahaja di hadapan kolam renang, pergelangan Shahidah dilepaskan. Luth mengatup mata dalam beberapa saat, mengambil nafas sedalam-dalamnya lalu dihembus keluar dengan tenang. Dia cuba untuk mengawal emosi daripada menjerkah tindakan Shahidah. Memang, kalau boleh dia hendak memaki betul-betul di hadapan muka wanita itu. Nak dijerit sepuas-puasnya betapa bodohnya tindakan wanita itu yang berani menghantar rombongan meminang. Tetapi dia tidak sampai hati. Lagipun, Shahidah juga wanita yang dia harus hormati sama seperti Hawa.

"Sampai hati abang, kan? Tangan Sha melecur pun, abang boleh pula utamakan Hawa? Padahal baju dia cuma basah je! Tak seteruk apa yang abang buat pada Sha!"

"Hey..." Luth memusing memandang Shahidah. Ditunding jari tepat ke muka lelaki itu dengan gigi yang terkacip-kacip geram.

"Apa masalah kau ni huh? Hantar rombongan meminang secara tiba-tiba, kau tak malu ke?"

"Kenapa Sha nak malu? Sha cuma buat benda baik, bukannya benda buruk pun! Sha sukakan abang, salah ke kalau Sha nak abang jadi yang halal buat Sha sampai bila-bila?" soal Shahidah, bengang.

Salah itu memang tidak, tetapi sekurang-kurangnya bincanglah dulu dengan tuan empunya badan! Ini main sergah, kau fikir kahwin itu suatu benda yang kecil untuk dibuat main? Luth menggeleng kepala. Sebelah tangannya meraut wajah buat seketika. Dia mengeluh kecil.

"Benda tu tak salah. Cara kau je yang salah. Kau langsung tak berbincang dengan aku, kau langsung tak tanya tentang perasaan aku!"

"Perasaan? Untuk apa Sha fikir tentang perasaan? Bila-bila masa sahaja perasaan manusia boleh berubah. Sama juga dengan, abang."

Ish! Tak reti bahasa betul perempuan tak tahu malu ni. Getus Hawa. Dia berdiri di belakang pintu gelangsar sambil memerhatikan mereka berdua daripada jauh. Perlakuannya tak ubah seperti seorang penghendap upahan. memang bizzy body betul tentang orang lain!Telinga dipasang dengan rapi, ingin mendengar perbualan mereka dengan lebih jelas. Walaupun tak ada kena mengena dalam kes tersebut, namun perasaan di dada tetap bergolak.

Luth menggeleng kepala. Dia tidak tahu lagi bagaimana cara ingin menerangkan perasaannya terhadap wanita itu. I just want to say I don't like you! Tetapi perkataan itu seolah-olah tersekat di kerongkongnya.

"Suruh mak bapak kau balik sekarang." arah Luth. Tegas.

"Tak nak!" Bidas Shahidah. Masih lagi menangkan dengan dirinya sendiri. Dia tetap mahukan Luth! Selagi tak dapat, selagi itu dia akan terus mengemis cinta biarpun kelihatan hina.

"Kenapa dengan kau ni? Suruh mak bapak kau balik sekarang, aku takkan terima pinangan ni!"

"You have to! Sha cintakan abang, Sha suka dekat abang! You have to trust me. Sha janji, Sha akan buat abang bahagia sampai abang takkan pandang perempuan lain lagi dalam dunia ni. Percayalah, bang..." tangan kanan lelaki itu ditariknya. Cuba untuk memujuk. Lantas, Luth menepis. Dia pantas berundur setapak ke belakang.

"Don't touch me! Aku tak suka kau sentuh aku. Tolonglah... suruh keluarga kau balik. Batalkan semua ni. Please."

"Kenapa? Kenapa abang benci sangat bila Sha sentuh abang? Habis orang gaji tu boleh pula abang sentuh dia macam dia itu isteri abang! Sampaikan sanggup teman dekat hospital tanpa sesiapa pun suruh. Kenapa dia boleh, dan kenapa Sha tak boleh?!"

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now